2024.12.30 Lelaki Didakwa Cederakan Mata Kiri Untuk Tuntutan Insurans RM1 Juta



Lelaki Nafi Cederakan Mata Hingga Buta Untuk Dapat Pampasan Insurans Bernilai RM1 Juta
Tertuduh didakwa melakukan permohonan tuntutan insurans kemalangan disyaki palsu.
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth semalam atas pertuduhan sengaja mencederakan mata untuk mendapatkan pampasan insurans berjumlah RM1 juta pada Jun, tahun lalu
Menerusi laporan Harian Metro, tertuduh bernama Tan Kok Guan,52 tahun turut didakwa memperdayakan syarikat insurans dengan membuat tuntutan insurans disyaki palsu.
Bapa kepada tiga orang anak itu yang cacat mata kiri mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika dua pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin dihadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan permohonan tuntutan insurans kemalangan disyaki palsu iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada mata kiri untuk mendapatkan pampasan berjumlah RM1 juta.
Difahamkan, kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Gajah, di sini antara jam 9 pagi hingga 6 petang, 8 Jun 2023.
Untuk pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memperdayakan syarikat insurans dengan membuat tuntutan insurans disyaki palsu sehingga mendorong syarikat itu memasukkan wang tunai RM4,153.57 ke dalam akaun milik tertuduh.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Paya, di sini, antara 9 pagi hingga 6 petang, 20 Julai 2023.
Pendakwaan bagi dua kesalahan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga didenda.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Airina Syazreena Zainurin manakala tertuduh diwakili peguam Yaw Xinying.
Semasa prosiding, Airina Syazreena menawarkan jaminan RM16,000 bagi kedua-dua pertuduhan dihadapi tertuduh.
Namun, Xinying yang mewakili tertuduh merayu supaya jaminan minima diberikan atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja, selain hanya mengharapkan pendapatan isteri untuk menyara mereka lima sekeluarga.
“Anak guam saya kini seorang OKU apabila dia buta pada mata kiri dan sudah tidak bekerja sejak tahun lalu.
“Dia juga menghidap penyakit jantung dan strok. Selain itu, dia juga memberi kerjasama sepanjang pihak polis menjalankan siasatan,” katanya.
Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen.
—
涉自残左眼骗保险金 男子不认罪保外候审
涉嫌自残左眼的陈国源(中),被带至北海法庭面控。
(北海30日讯)华裔男子涉嫌诈骗保险赔偿金,蓄意自残致伤左眼索偿100万令吉,被告今日在庭上否认有罪,获准以1万令吉及1名担保人保外候审。
52岁的被告陈国源(译音)今日被控上北海法庭,他面对两项控状。
他抵触刑事法典420条文(欺骗),并可在刑事法典511条文(企图犯罪)同读。在刑事法典420条文,罪成可被判监禁不少过1年及不超过10年,另可加鞭笞及罚款;至于刑事法典511条文,一旦罪成,其最高刑罚不得超过有关犯罪最长监期的一半。
首控状指被告于2023年7月20日,早上9时至下午6时,在北海甘榜牙也某单位,欺骗一家保险公司,企图诱使该公司赔偿一项保险金,导致该公司将4153令吉53仙汇入被告的银行户头。
次控状指被告于2023年6月8日,早上9时至下午6时,在同一地点,蓄意致伤自己的左眼,企图骗取100万令吉的保险金。
被告否认有罪,其代表律师杨诗盈(译音)在向推事求情时说,被告自2023年就无业,且有视障问题和心脏病,由有工作的妻子承担家里3名孩子及生活开销,要求法庭把被告保释金额降至最低。
推事西蒂祖莱卡允许被告首控状以6000令吉,次控状4000令吉,总额1万令吉及1名担保人保外候审。
2024.12.17 POLIS LUMPUH 40 SINDIKET PENIPUAN DALAM TALIAN, 426 INDIVIDU DITAHAN

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Polis melumpuhkan kira-kira 40 sindiket penipuan dalam talian menerusi operasi khas selama 12 hari bermula 25 Nov hingga 6 Dis lepas dengan 63 serbuan dijalankan di pusat panggilan jenayah di seluruh negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata dalam serbuan itu seramai 426 individu ditahan membabitkan 331 lelaki dan 95 wanita berusia antara 16 hingga 55 tahun.
Daripada jumlah itu, seramai 146 terdiri rakyat tempatan manakala bakinya ialah warga asing iaitu 224 warga China, Thailand (21), Indonesia (18) Nigeria (lima), Pakistan (tiga) Zimbabwe dan Ukraine masing-masing dua serta seorang dari Kenya, Tajikistan, Taiwan, Guinea dan Syria.
“Hasil siasatan mendedahkan, kesemua individu yang ditahan ini adalah daripada 40 kumpulan sindiket yang menjalankan aktiviti penipuan,” katanya pada sidang media di pejabat JSJK Bukit Aman di Menara KPJ di sini hari ini.
Ramli berkata 40 sindiket itu membabitkan 12 sindiket judi dalam talian, pelaburan tidak wujud dan tipu pelaburan kerja (sembilan), sindiket e-dagang (lima), sindiket Love Scam (tiga) manakala masing-masing satu melibatkan penipuan derma dan promosi video lucah.
Mengulas lanjut, Ramli berkata siasatan mendapati pusat panggilan itu bukan sahaja menyasarkan mangsa tempatan tetapi turut menjangkau luar negara seperti Amerika Syarikat, China, Jepun, India, Hong Kong, Taiwan, Trinidad dan Tobago, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
“Individu yang ditahan mempunyai peranan yang berbeza termasuklah sebagai pengurus, penyelia, pegawai khidmat pelanggan, pegawai pengiklanan, pegawai kewangan dan pengatur cara komputer,” katanya.
Ramli berkata dalam operasi itu polis turut merampas sebanyak 1,240 telefon bimbit; 187 set komputer; 302 komputer riba; 41 router; 44 modem; 52 monitor, 41 kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM); 21 kad akses; 185 keping simkad; dua utas gelang tangan, enam buah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM79,451.
“Turut dirampas sembilan unit cop, dua keping sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pelbagai barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah yang dijalankan. Jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM1.48 juta,” katanya.
Polis juga mengenal pasti 35 premis kediaman seperti rumah teres, kondominium dan pangsapuri yang dijadikan pusat panggilan bagi aktiviti haram itu.
“Pemilik premis yang menyewakan kediaman diingatkan untuk mengambil tahu siapa dan apakah aktiviti yang dilakukan oleh penyewa. Tindakan membenarkan aktiviti jenayah ini beroperasi di kediaman milik anda boleh dianggap sebagai bersekongkol dan pihak polis tidak menolak kemungkinan untuk mengheret anda ke mahkamah,” katanya.
Setakat ini, 261 individu telah didakwa manakala selebihnya masih dalam siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1)(C), 4(1)(G) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63.

据了解,诈骗集团声称在彭亨州拥有大面积榴梿种植园,并以高回报诱惑受害者投资种植榴莲树。然而,经警方调查,虽然该集团确实在彭亨州拥有种植地,但投资规模远不及其宣传的数额。由于案件皆发生在中国境内,为此大马警方对涉及的具体金额尚不清楚,相关数据皆交由中国公安调查。据悉,该诈骗集团耗资买下一整栋大楼,其中数层楼专门用于设立诈骗基地,其余楼层则出租给商业机构,而其他租户对诈骗活动一无所知。
2024.12.5 Pelajar warga China mengaku tidak bersalah culik remaja



Penuntut Universiti Warga China Didakwa Culik Remaja Perempuan 15 Tahun
JOHOR BAHRU, 5 Dis (Bernama) — Seorang penuntut universiti warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang remaja perempuan, bulan lepas.
Huang Xiaonan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit yang merupakan pelajar universiti di Singapura didakwa menculik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, yang juga warga China, dengan niat supaya orang itu dikurung secara rahsia.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel bajet di Jalan Station di sini pada 4.08 petang, 24 Nov lepas.
Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan diberikan kerana perbuatan dilakukan tertuduh merupakan kesalahan serius selain dia merupakan warga China yang berpotensi untuk melarikan diri.
Peguam Goh Poh Gek memohon mahkamah membenarkan jaminan diberikan kerana Huang memberi kerjasama sepanjang ditahan selain memaklumkan pelajar itu tidak mempunyai sebab untuk melarikan diri kerana mempunyai saudara-mara yang menetap di Taman Ungku Tun Aminah Skudai, yang akan menjadi penjamin.
Salini kemudian memutuskan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh serta menetapkan 27 Jan tahun depan untuk serahan dokumen.
Sebelum ini, Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar dilaporkan berkata polis berjaya menyelamatkan remaja perempuan terbabit di Kuantan, Pahang pada 26 Nov selepas laporan dibuat bapa remaja itu yang juga warga China setelah anaknya tidak hadir ke sekolah di Singapura pada 25 Nov.
Beliau berkata semakan mendapati, remaja perempuan itu yang dilarikan individu tidak dikenali, masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Woodland, Singapura pada 24 Nov.
—
涉嫌将一名15岁中国籍少女从新加坡掳拐到马来西亚,22岁中国籍男嫌犯在柔佛州新山法庭被控绑架和非法禁锢罪。
根据控状,被告黄晓南(Huang Xiaonan,音译)是中国广东省东莞市人,在新加坡求学。他被控在今年11月24日下午4时许,在新山火车站路的一家酒店内绑架及非法禁锢一名15岁中国籍少女。
被告星期四(12月5日)早上被大批警员押送到新山推事庭面控。在法庭通译员以华语读出控状后,被告否认有罪。法官认为他有潜逃风险,不允许保外候审。案件定明年1月27日过堂。
主控官在庭上告诉法官,被告犯下的罪行严重,所触犯的法令不允许保释。加上被告是中国公民,在马国没有近亲,有弃保潜逃的风险,因此建议法官不允许保释。
被告的代表律师吴宝玉代被告求情时说,当事人被捕后配合警方调查,如果获准保释,也愿意交出护照及遵守附加条件,包括定期到警察局报到。
她还说,被告有远房亲戚住在柔州士姑来,这名马国籍亲戚愿意作被告的担保人,因此希望法庭允许保释。
承审推事聆听控辩双方陈词后,决定不允许被告保外候审,并谕令案展1月27日过堂,以提呈相关报告。
根据之前的报道,柔州警方11月26日接获一名48岁中国籍男子报案,称他在新加坡上学的女儿前一天(25日)没有到学校上课,相信是被人掳走。
柔州警方随即展开调查,发现有人在11月24日带着这名少女经新加坡兀兰关卡入境马国。警方之后根据情报,在新山320多公里外的彭亨州关丹展开突击行动,救出少女并当场逮捕一名22岁的中国男子。当局从接获投报到破案不超过24小时。
—
中国籍少女被“拐”至马国 本地警方:其实陷入假公安骗局
2024年12月06日
之前被指从我国(新加坡)掳拐至马来西亚的15岁中国籍少女,实际上深陷假中国公安骗局。她被假公安指学生证出问题并卷入一起洗钱案,必须到新山协助调查,以减轻“洗钱罪行”。她于是按指示独自到新山酒店与一名男子会面,并交出手机,再与他搭车到关丹。
上星期二(11月26日),马来西亚警方接获报案,指一名在新加坡留学的少女未到学校上课,疑被人掳走。当地警方随即展开突击行动,同日在彭亨州关丹救出少女,并逮捕一名22岁中国籍男子黄晓南(译音)。他在新山法庭被控绑架和非法禁锢罪,但不认罪,案展明年1月27日过堂。
这起案件其实始于10月12日。少女当时接到一通据称来自移民与关卡局人员的诈骗电话,声称她的学生证出问题,并指她的个人资料在中国遭泄露,卷入一起洗钱案。少女当下不知所措,又畏惧被定罪入狱,于是一步步坠入骗徒设下的陷阱。
我国反诈骗指挥处调查组组长许振杰副警监星期五(12月6日)接受媒体采访,说明案件来龙去脉。
要求少女全天候 开视讯软件监视
他说,诈骗电话后来转至“中国公安局”。一名陌生男子假称是公安,要求少女登录某软件平台视讯,以便受理线上报案,同时让她在接下来的日子,全天候开着视讯软件用以监视,就连睡觉也不放过。这名假公安也警告少女,不得走漏风声以免干扰案件调查,否则将面对监禁。
少女在本地独自租住一间客房,超过一个月每天按时向骗徒汇报行踪,身边亲友都没有察觉到异样。
许振杰说:“她涉世未深,不清楚法律程序,害怕受到严厉惩罚,又不能询问家人,只能配合假公安指示。对方穿着公安制服,似模似样,让她信以为真。”
假公安声称,少女须缴付保释金配合调查,否则就得到中国法院报到,之后又建议少女到国外帮忙进行“调查任务”,借此“减轻罪行”。
11月24日,骗徒安排少女到马来西亚执行“任务”。经由骗子介绍,少女联系上一名司机,并搭乘他的车子从兀兰到新山去。同日稍晚,上述被告黄晓南则另行离境抵达新山。两人之后在一家新山酒店外碰面。
许振杰透露,两人之前从未见过面,也完全不认识。据了解,黄晓南是我国一家高等学府的学生,来自中国广东省东莞市。
黄晓南相信受到骗徒指使,收走少女的手机,再转交现金和一张马国注册的电话卡给少女。
11月25日,由于少女无故缺席考试,校方通知监护人才揭露这起案件。监护人通知少女的父亲后,父亲即日动身到新加坡,并在获悉少女离境后,匆忙再赶往马国报警。
两国警方互通情报展开行动,最终于26日傍晚,在关丹找到少女和黄晓南。少女失联的几天里,与黄晓南乘坐多趟私召车和德士,从新山到320多公里外的关丹。初步调查显示,少女和她的家人并没有被骗走钱财。据悉,少女被寻获后,已离开新加坡。
许振杰提醒,一些冒充公安的犯罪团伙会指示受害者出国,借此让警方难以追踪受害者的行踪,阻碍查案进展。趁着受害者失联期间,这类骗徒可能会勒索受害者的父母交付大笔赎金。
“有的时候,不是骗子事前掌握受害者的个人资料,而是在沟通过程中,逐步从受害者口中套出来的,希望公众慎防。”
2024.12.4 Court fines two Chinese businessmen for stealing money from airline passengers
Court fines two Chinese businessmen for stealing money from airline passengers

BALIK PULAU: A pair of Chinese nationals were fined after pleading guilty at the Magistrates’ Court here Wednesday (Dec 4) to charges of stealing money from two airline passengers at Penang International Airport last month.
Magistrate Chia Huey Ting ruled that He Da Peng, 51, be fined RM2,000 and Xin Min, 61, RM3,700, with additional three-month jail if they fail to pay the fines. The charges were read separately in Mandarin.
He was charged with stealing RM2,000 in cash from an airline passenger between 8:20am and 8:40am on Nov 21, while Xin Min was accused of stealing NT$24,000 and RM200 from another passenger between 10:20am and 10:30am on Nov 24.
Both individuals, who are businessmen, were charged under Section 379 of the Penal Code, which carries a maximum sentence of seven years’ imprisonment, a fine, or both, upon conviction.
The case was prosecuted by Deputy Public Prosecutor R. Lushini, while the two accused were represented by lawyer Md Yusuf Md Idris.
Earlier, Md Yusuf appealed for leniency, requesting the court to impose a fine instead of a harsher sentence, as this was the first offence for both his clients. He also noted their cooperation in returning the stolen items.
Lushini, however, urged the court to impose a proportionate punishment as a deterrent to ensure the accused do not repeat the offence.
—
法院因盗窃航空乘客钱财对两名中国商人处以罚款
浮罗山背:两名中国公民于周三(12 月 4 日)在当地裁判法院承认犯有上个月在槟城国际机场盗窃两名航空乘客钱财的罪名,并被处以罚款。
裁判官谢惠婷裁定,51 岁的何大鹏被处以 2,000 令吉罚款,61 岁的辛敏被处以 3,700 令吉罚款,如果他们不缴纳罚款,则需额外监禁三个月。两项指控以华语分开宣读。
何被控于11月21日上午8点20分至8点40分,从一名航空乘客手中窃取现金2000令吉,而辛敏则被控于11月24日上午10点20分至10点30分,从另一名乘客手中窃取2.4万新台币和200令吉。
—
2 China Men Plead Guilty To Stealing RM5,500 During A Flight To Kuala Lumpur
The men were fined RM5,700 for the offence.
Two Chinese nationals have been convicted of stealing RM5,500 from two Malaysians during a flight from Penang to Kuala Lumpur on 21 November
The stolen money was recovered and returned to the victims
During the proceedings, deputy public prosecutor R Lushani requested the court to impose a deterrent sentence, stating that the duo must not repeat the offence.
Meanwhile, lawyer Yusuf Idris sought a minimal fine for the accused, saying they both had children and promised to return to China as soon as the case was disposed of.
The court fined He RM2,000 and Xin Min RM3,700, respectively.
Failure to pay the fines will result in three months’ jail.
—
两名中国男子承认在飞往吉隆坡的航班上偷窃 5,500 令吉
两名男子因该罪行被罚款 5,700 令吉。
在审理过程中,副检察官 R Lushani 请求法庭判处具有威慑力的刑罚,称二人不得重犯。
与此同时,律师 Yusuf Idris 要求对被告处以最低罚款,称他们两人都有孩子,并承诺案件结束后立即返回中国。
—
Dua usahawan China mengaku curi duit dalam pesawat

BALIK PULAU – Dua lelaki warga China masing-masing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri wang penumpang lain ketika berada di dalam pesawat, baru-baru ini.
Tertuduh, Xin Min, 61 dan He Dapeng, 51, bagaimanapun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.
Kedua-dua mereka juga mengakui fakta kes yang dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa.
Mengikut pertuduhan terhadap Xin Min, tertuduh didakwa telah mencuri wang tunai berjumlah New Taiwan Dollar 24,000 dan RM200 milik Lye Khai Seng, antara 10.20 pagi hingga 10.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), pada 24 November lalu.
Bagi pertuduhan yang dihadapi He Dapeng, dia yang merupakan usahawan inap desa di China dituduh telah mencuri wang berjumlah RM2,000 milik Teng Chin Wee, antara pukul 8.20 pagi hingga 8.40 pagi di LTAPP, 21 November lalu.
Kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Md Yusuf Md Idris manakala pendakwaan dikendalikan oleh R.Lushini.
Majistret kemudian memerintahkan agar Xin Min dikenakan denda RM3,700 manakala He Dapeng sebanyak RM2,000 dan hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Difahamkan kedua-duanya membayar denda yang dikenakan.
2024.12.4 Lelaki culik remaja perempuan 15 tahun didakwa esok
Lelaki culik remaja perempuan 15 tahun didakwa esok
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga China yang disyaki menculik dan melarikan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sekitar bandar raya ini pada 26 November lepas akan didakwa di Kompleks Mahkamah Johor Bahru esok.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, suspek berusia 22 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik atau melarikan dengan niat untuk mengurung secara sulit dan salah.
“Kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor dan menerima arahan untuk pertuduhan di mahkamah esok.
“Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 27 November lepas, Kumar dilaporkan berkata pihaknya telah menahan suspek berusia 22 tahun dan berjaya menyelamatkan mangsa dipercayai dilarikannya di Kuantan, Pahang.
Kumar dipetik berkata, polis menerima laporan daripada bapa remaja itu yang juga warga China berusia 48 tahun, mengenai kehilangan anaknya selepas tidak hadir ke sekolah di Singapura 25 November lepas, dipercayai dilarikan individu tidak dikenali.
—
涉从狮城拐带少女入境 中国男子被控非法禁锢
涉嫌从新加坡拐带15岁中国籍少女入境大马,22岁中国男子明日将在新山法庭被控非法禁锢罪。
柔佛总警长拿督古马指出,警方已获得柔州检察署的指示,明日将22岁中国籍男嫌犯提控上庭。
他说,嫌犯将在刑事法典第365条文(非法禁锢)之下被控。在上述条文下,一旦罪成,可被判监禁最高7年和罚款。
古马今日发表文告,作出上述透露。
“警方劝告民众尤其是父母,应多关注孩子的活动、情绪及身体状况,及早发现有可能关于儿童的犯罪行动。”
一名在新加坡求学的15岁中国籍少女遭22岁的同乡男子拐带,上个月24日从新山关卡入境我国后,被带往关丹藏匿。
少女父亲是在接获学校通知,女儿没有到校上课后开始找寻女儿下落,并向我国警方报案。
柔州警方是上月26日在关丹寻获少女行踪,并逮捕一名22岁的中国男子,宣布在接获投报后的24小时内破案。
2024.12.4 ‘Call Centre’ di ruang pejabat digempur, 71 individu ditahan
‘Call Centre’ di ruang pejabat digempur, 71 individu ditahan
JOHOR BAHRU: Dua premis pejabat yang disyaki dijadikan dijadikan sebagai ‘call centre’ dalam aktiviti berkaitan judi dalam talian dan tawaran kerja tidak wujud digempur polis, 27 November lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata pihaknya bertindak atas maklumat awam dengan menyerbu dan membuat pemeriksaan ke atas dua premis pejabat di sekitar Iskandar Puteri.
Siasatan mendapati sindiket menjalankan kegiatan itu menyasarkan mangsa di luar negara.
“Dalam dua serbuan itu, seramai 71 individu berusia antara 22 hingga 52 tahun ditahan. Daripada jumlah itu, seramai 36 adalah warga tempatan dan 35 warga asing.
“Dalam serbuan pertama, kita menahan 18 lelaki warga asing berusia antara 26 hingga 44 tahun yang disyaki menjalankan aktiviti ‘calling centre’ perjudian dalam talian.
“Hasil pemeriksaan, kami merampas peralatan yang digunakan dalam aktiviti itu antaranya 27 telefon bimbit, 18 komputer riba, 12 monitor yang semuanya dianggarkan bernilai RM80,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan siasatan, sindiket ini didapati memulakan operasi pada awal bulan lalu dan menjalankan aktiviti membangunkan dan menjual aplikasi perjudian dalam talian untuk pasaran dalaman dan luar negara.
Dalam serbuan kedua, Kumar berkata, pihaknya menahan 53 individu terdiri daripada 36 warga tempatan, masing-masing 18 orang lelaki dan wanita serta 17 warga asing semuanya berusia antara 22 hingga 52 tahun.
Mereka ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti ‘calling centre’ bagi penipuan tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud.
“Hasil pemeriksaan, kita merampas peralatan yang digunakan dalam aktiviti itu antaranya 53 telefon bimbit, 23 komputer riba dan 16 set komputer dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM145,000.
“Berdasarkan siasatan, sindiket ini beroperasi pada penghujung Oktober lalu dan bergiat dalam dua lapisan yang mana lapisan pertama berperanan sebagai khidmat pelanggan dan ‘data entry’.
“Mereka akan menghantar mesej melalui aplikasi Telegram kepada talian luar negara berkaitan tawaran pekerjaan secara dalam talian yang menjanjikan pendapatan lumayan antara AS$100 hingga AS$800 bagi setiap tugasan.
Kumar berkata, sindiket kedua menyasarkan mangsa dari Russia dan India.
—
柔警捣破网赌及求职诈骗呼叫中心捕71人
(新山综合讯)马来西亚柔佛州警方在打击诈骗及网络赌博行动中,捣破两个非法呼叫中心,逮捕71人,包括35名外籍人士,其中的18名中国籍嫌犯星期三因涉嫌网络赌博活动被控。
柔州商业罪案调查组11月27日根据情报,派员到依斯干达布蒂里的两个办公室单位展开突击行动,捣毁两个分别从事不同网上不法活动的团伙。其中一个团伙10月底开始活跃,通过非法呼叫中心提供虚假的求职机会,并将目标锁定在俄罗斯和印度等外国公民。
另一个团伙是从11月初开始活跃,涉及使用非法呼叫中心展开网络赌博活动,包括开发及售卖网上赌博软件;受害目标包括当地人及外国人。
柔州总警长古玛星期三(12月4日)发声明说,警方先针对涉及网络赌博的不法团伙展开行动,当场逮捕了18名年龄介于26岁至44岁的中国男子。他们已在星期三早上被控经营网络赌博。
第二轮行动则针对虚假网上招聘活动。古玛说,警方逮捕了53名年龄介于22岁至52岁的男女,包括36名当地人及17名外国人,查获总值约14万5000令吉(约3万6000新元)的物品,包括手机、电脑、无线网络数据机等。
据调查,这个团伙成员分工明确。第一组成员冒充客服及数据输入员,通过即时通信平台Telegram向海外发送虚假线上工作机会,再以高薪资诱骗受害人。
他们向受害人承诺,每项任务能轻松赚取100美元至800美元(约135至1076新元)。待获得受害人姓名、年龄、国籍等基本资料后,第二组成员会与受害人进一步沟通,骗取钱财。
古玛说,由于此案还须进一步调查,因此尚未提控落网嫌犯。
—
2024.10.23 JOHOR BAHRU–Enam lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud baru-baru ini
Lapan lelaki China didakwa jalankan aktiviti pelaburan tidak wujud

JOHOR BAHRU, 23 Oktober- Lapan lelaki warganegara China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud, awal Oktober lalu.
Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin, di hadapan Majistret R. Salini.
Tertuduh terdiri daripada Wu Wei Bin, 38; Zhang Hao, 35; Fan Zi Chao, 33; Lin Wen Jie, 22; Hu Zhi Cong Liu Bo Nan yang masing-masing berusia 27 tahun serta Gao Jun Jie dan Feng Xiao Wei masing masing berusia 19 tahun.
Mengikut kertas pertuduhan, setiap mereka didapati secara bersama-sama melakukan pakat jahat jenayah yang menyalahi undang-undang iaitu tipu tawaran pelaburan tidak wujud.
Perbuatan itu yang dilakukan menggunakan lapan buah komputer riba pelbagai jenama dan 41 buah telefon bimbit pelbagai jenama di sebuah premis di Jalan Austin Height 2/14, Taman Mount Austin, di sini pada 9 Oktober lalu.
Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 120(B)(2) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada enam bulan, atau dengan denda atau kedua-duanya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ameerah Allaudeen manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Chuah Shyue Chien.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin tempatan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
—
Eight Chinese nationals charged for operating fake investment call centre in Johor
JOHOR BARU: Eight Chinese nationals were charged at the Magistrate Court here for allegedly operating a call centre that offers non-existent investment.
The accused are Feng Xiao Wei, 19; Gao Jun Jie, 19; Lin Wen Jie, 22; Hu Zhi Cong, 27; Liu Bo Nan, 27; Zhang Hao, 35; Fan Zi Chao, 33, and Wu Wei Bin, 38.
They pleaded not guilty after the charges were read to them in Mandarin before Magistrate R. Salini, here, on Wednesday (Oct 23).
According to the charge sheets, all of the accused were found to have run a scam centre together that offered a non-existent investment.
The act was allegedly committed on Oct 9, 2024, at Jalan Austin Height 2/14, Taman Mount Austin.
The act was framed under Section 120(B)(2) of the Penal Code, which was read together with Section 417 of the Penal Code.
If found guilty, the section provides for imprisonment of up to six months, or a fine or both.
Deputy public prosecutors Nik Noratini Nik Azman and Nur Ameerah Allaudeen prosecuted the case, and the accused was represented by lawyers Chuah Shyue Chien and Kenji Soh Xin Da.
During the proceeding, Nur Ameerah requested that bail be set at RM10,000 for each of the accused, with two local sureties.
They are also required to surrender their international passports to the court and report to the nearest police station every month.
Chuah, in mitigation, said that the majority of his clients are taking care of their elderly parents and grandparents back in China.
The court then set bail at RM5,000 with two local sureties along with the additional terms.
The court also set Nov 13 for the case next mentioned.
All of the accused had posted bail.
—
涉及投资骗局 8中国男新山被控
涉及投资诈骗活动,8名中国籍男子在我国被控!
这8名中国籍男子今天(23日)被押往柔佛新山推事庭面控。
控状指,他们本月初涉嫌刑事串谋,提供虚假的投资计划。
所有被告被指负责营运一个电话呼叫中心。
8名被告分别是:38岁的 Wu Wei Bin、35岁的 Zhang Hao、33岁的 Fan Zi Chao、22岁的 Lin Wen Jie、27岁的 Hu Zhi Cong、27岁的 Liu Bo Nan,以及同为19岁的 Gao Jun Jie 和 Feng Xiao Wei。
不过,在法庭通译官以中文念出控状后,所有被告都不认罪。
控状指,8名被告今年10月9日,在柔佛新山茂奥斯汀花园2/14路,策划虚假的投资骗局。
所有被告是在《刑事法典》第120(b)(2)条文下被控,并可在第417条文下同读。一旦罪成,可被判坐牢6个月、罚款或两者兼施。
法庭允许被告,各别以5000令吉、外加两名担保人保外候审,同时必须交出护照,且每个月必须到警局报到。
案件定下个月13日重新过堂。
—
8中国男子涉诈骗被控 案定1113过堂


(新山23日讯)8名中国籍男子涉及串谋诈骗,于今早被警方带到新山法庭面控,所有被告否认刑事串通指控,案件定于11月13日过堂。
8名被告被控于本月9日,在茂奥斯丁花园门牌2号,奥斯丁亥2/14路段住宅,串通进行不存在的投资诈骗,同时被起获8台电脑、4台手机和一把钥匙,因此抵触刑事法典第120B(刑事串通)条文,一旦罪成,可面对监禁不超过6个月,或罚款,或两者兼施。
上述8名被告为胡志崇(英文名:Hu Zhi Cong,27岁)、范子超(英文名:Fan Zi Chao,33岁)、张浩(英文名:Zhang Hao,35岁)、冯晓威(英文名:Feng Xiao Wei,19岁)、刘伯南(英文名:Liu Bo Nan,27岁)、高俊杰(英文名:Gao Jun Jie,19岁)、林文杰(英文名:Lin Wen Jie,22岁)、吴伟斌(英文名:Wu Wei Bin,38岁)、林亚峰(英文名:Lin Ah Feng,32岁)、郭勇(英文名:Guo Yong,39岁);人名皆译音。
本案主控官为诺阿米拉副检察司;被告代表律师为蔡学捷、苏信褡和实习律师颜子晴。
承审此案推事莎莉妮允准被告以每人5000令吉保外候审,附加条件为2名担保人、需交出护照予法庭保管以及每个月到警局报到,莎莉妮之后将案件定于11月13日过堂。
2024.10.6 馬來西亞創作女歌手Dior大穎,昨(5日)在社群發長文大義滅親,不僅公開胞弟跪地痛哭的模樣,也曬出許多對話截圖,因為弟弟長年賭博欠下巨債到處借錢,還開始朝她的粉絲伸手詐騙,逼得她公開家醜,大穎還說,過去因為弟弟的惡習,妹妹還差點在外被綁架,為此公開呼籲大家千萬別上當。
大馬女歌手和弟弟斷絕關係 揭他賭博、詐騙惡行:害妹險被綁架
大馬創作女歌手Dior大穎(左)公開揭露弟弟(右)賭博、詐騙等惡行。(翻攝DIOR大穎IG)
馬來西亞創作女歌手Dior大穎,昨(5日)在社群發長文大義滅親,不僅公開胞弟跪地痛哭的模樣,也曬出許多對話截圖,因為弟弟長年賭博欠下巨債到處借錢,還開始朝她的粉絲伸手詐騙,逼得她公開家醜,大穎還說,過去因為弟弟的惡習,妹妹還差點在外被綁架,為此公開呼籲大家千萬別上當。
Dior大穎昨在IG發文指出,弟弟從她10多歲開始就染上賭博惡習,賭債也從幾千到天文數字,一次次傷透家人的信任,拿不到錢就開始騙跟偷,Dior大穎也坦言,已經算不清是第幾次,但最近已經超出了家人們能接受的範圍,「他開始詐騙」。
Dior大穎也揭露弟弟的手法,不僅接近她的粉絲套關係,還會以榴槤園生意畫大餅,誆騙大家投資,連他女朋友一家都騙,身邊親近的、不親近的人都被騙過,Dior大穎痛批:「他真的沒了人性、不知悔改,我不知道他良心到底還在不在」。
過去也因為弟弟跑去借高利貸,害得妹妹差點被綁架,連爸爸最愛的父親節禮物金鍊,也被他拿去當掉繼續賭,Dior大穎也在文中宣布,全家人、舅舅們全都要和他切斷關係,也呼籲被他騙錢的人去報警,盼能把他抓去關,至少家人們能過得比較安穩,同時也造成困擾向大家致歉。
—
IG



賭博 偷竊 詐騙 借大耳窿 你是一個沒漏。
這是那個 我以為他改過自新了的 好弟弟。@ansenn_t
如果他找你們借錢 不管任何理由 都不要相信
不要相信他口裡的任何一句話 他已經走火入魔了。
發出來 會很難堪 很好笑
但我覺得我們不能再讓他這樣害人了
我有義務 保護好所有人的安危。
他在外面借錢的時候
告訴大家說妹妹要讀書 沒錢交學費
他告訴大家說 我們在醫院
他借著我弟弟進醫院開刀的這個時機
跟朋友借錢 說急著要幫我弟弟還醫藥費
他沒有良心到 這樣的話 他也說得出口。
從我10多歲 他就開始賭了
從開始欠下的幾千 到幾萬 到幾百千
天文數字 我們每一次 都相信 那是最後一次。
一次一次的給你機會 幫你還賭債
你次次的濫用我們的信任 不知悔改。
在201多年的時候
因為他賭博欠錢要跑路出國
沒有人要幫他 他來找我
我當時身上 也沒錢了
他哭著打給我 說他走投無路了 求我
我當下 是真的很相信他
我是真的真的 相信他會改
但我沒辦法 我沒有錢
我想盡辦法找錢
但最後 我不知道怎麼樣找到錢
我也去賭博了 哈哈
當時的我 大概 也瘋了吧
我把贏來的錢 轉給他
我找了在澳洲的朋友幫忙
我買了飛機票 讓他逃出國 給他安排了工作
我以為 他在國外就會好了
但反反覆覆的 已經算不清 這是第幾次了。
這幾年 他斷斷續續的賭博 欠錢
到了最近 已經超出了我們能接受的範圍
他開始詐騙。
他借大耳窿 害我妹妹在學校外差點被綁架
偷我爸 我姐 的金鍊拿去當店來賭
我還記得 在收到這個消息當天
我跟爸爸在拍節目
主持人問爸爸 你最喜歡他們送你的禮物是什麼?
爸爸說 父親節收到的金練。
結果當天 就被他當了。哈哈
他偷全家的錢 偷親戚的錢 偷女朋友的錢
詐騙無數個人 投資他所謂的「榴蓮生意 」
詐騙女朋友的哥哥和爸爸的錢
他騙我姐姐員工媽媽的錢
騙完我們身邊所有所有 親近的 不親近的人的錢
我還記得 媽咪唯一留下來給我的最後一個遺物
200多塊 他也偷走了
他最近 甚至從我的followers下手。
還有太多太多 我一時也不知道怎麼說
他真的 沒了人性 不知悔改
我不知道他良心 到底還在不在
你讓我們感覺 一開始幫你還債 就是個錯誤
很多次 我們都以為 你改過自新了
在沒有人相信你的時候 我給了你我所有的錢。
你卻欺騙了我們全家人
你一次一次的毀掉我們一家人對妳的信任
你根本毫無底線可言
我不知道 為什麼 要搞到這個樣子。
我不想他因為知道你們相信我 就去騙你們的錢
不想要一家人要去承擔 他所做的一切壞事
我不想一家人心驚膽跳的 擔心他在外面會不會又做錯了什麼事
每天要猜測 哪一天會有人去姊姊的店搗亂
要想 大耳窿會不會像以前一樣 找上門來
不想有人信息我 跟我要錢
不想去想 會不會哪天 哪一場演出 有人來鬧
這樣很累 真的真的 很疲憊
陳安盛 我們全家 和舅舅們 全家要跟你脫離關係。
走到今天這一步 你自己要去承擔
你自己保重。
我不怕丟臉 我比較擔心我們和大家的安危
被他騙錢的 建議大家 去報警 把他抓去關吧
至少這樣 我們過得比較安穩。
不管他說的任何一句話 都不要相信
真的不好意思 給你們添麻煩了
我現在 沒有很傷心 也許已經麻木了
但我最近很忙很累 還要去看到很多謠言 很累了
真的很累 真的很不明白
為什麼要那麼不懂事呢
我們只是想好好的過好生活 哈哈 心好累
我最近都有演出 在外面 希望大家也不要慰問什麼
不想要他再來打擾我的生活
我睡一覺起來可能就會好了 謝謝大家
2024.10.5 KENYATAAN MEDIA : PESARA SWASTA KERUGIAN RM169,463.00.00 AKIBAT DITIPU SINDIKET MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEKS SECARA ATAS TALIAN
KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN
“POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAHTIADA”
TARIKH :05 OKTOBER 2024
PESARA SWASTA KERUGIAN RM169,463.00 AKIBAT DITIPU SINDIKET MENAWARKAN PERKHIDMATAN SEKS SECARA ATAS TALIAN
PADA 4 OKTOBER 2024, IBU PEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN MENGESAHKAN TELAH MENERIMA SATU LAPORAN POLIS DARI SEORANG LELAKI WARGA TEMPATAN BERUSIA LINGKUNGAN 60 TAHUN YANG MERUPAKAN PESARA SWASTAKERANA TELAH DITIPU WANG BERJUMLAHRM169,463.00UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN SEKS SECARA ATAS TALIAN.
KEJADIAN BERMULA PADA 22 SEPTEMBER 2024,APABILA MANGSA TELAH BERKENALAN DENGAN SASPEK IAITU SEORANG PEREMPUAN WARGA TEMPATAN DI APLIKASI TIKTOK DIKENALI SEBAGAI KIKI. KEMUDIAN SASPEK TELAH MEMINTA MANGSAMENGHUBUNGINYA MELALUI APLIKASI TELEGRAM DENGAN MEMBERIKAN PAUTAN https://nvccvip.club BAGI MEMBOLEHKAN PENGADU MENJADI AHLI VIP DAN SETERUSNYA BOLEH MELANGGANI WANITA UNTUK TUJUAN SEKS.
SETELAH SELESAI MENGISI MAKLUMAT DI PAUTAN TERSEBUT, MULAI DARI 22 HINGGA 29 SEPTEMBER 2024, SASPEK TELAH MENGARAHKAN MANGSA UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN KE BEBERAPA AKAUN BANK TEMPATAN. SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT PENGADU TELAH MEMBUAT SEBANYAK (9) KALI TRANSAKSI PEMBAYARAN SEHINGGA MENGALAMI KERUGIAN BERJUMLAH RM169,463.00.
MANGSA MENYEDARI TELAH DITIPU APABILA MASIH DIMINTA UNTUK TERUS MEMBUAT PEMBAYARAN BAGI MENDAPATKAN KHIDMAT SEKS DAN KEAHLIAN VIP TERSEBUT.
KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN. JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIHUKUM PENJARA SEHINGGA SEPULUH TAHUN DAN SEBATAN DAN BOLEH JUGA DIDENDA.
ORANG RAMAI DIINGATKAN AGAR SENTIASA BERWASPADA DAN JANGAN MUDAH MEMPERCAYAI IKLAN-IKLAN YANG DITAWARKAN DI MEDIA SOSIAL. SEBALIKNYA HENDAKLAH SENTIASAMENYEMAK TERLEBIH DAHULU KESAHIHAN MAKLUMAT TERSEBUT MELALUI LAMAN WEB RESMI POLIS DIRAJA MALAYSIA SEPERTI FACEBOOK, INSTAGRAM DAN TIKTOK BAGI MENGETAHUIMODUS OPERANDI TERBAHARU JENAYAH KOMERSIL.
SEKIRANYA TELAH MENJADIMANGSAPENIPUAN, SILA HUBUNGI NATIONAL SCAM RESPONSE CENTRE (NSRC)DI TALIAN 997 SEBAGAI TINDAKAN AWAL UNTUK MENYEKAT PENGALIRAN KELUAR WANG DARI AKAUN SUSPEK.
(RAUB BIN SELAMAT) ACP
KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRUSELATAN
—
退休男子坠网络色情诈骗 被“KIKI”骗走近17万
(新山5日讯) 退休男子为获取色情网站VIP会员资格和服务,根据一名自称“Kiki”的女子指示,前后汇款近17万令吉,直至被要求支付更多费用时,始知坠入诈骗陷阱。
新山南警区拉勿透露,警方是在10月4日接获该名受害男子的投报,对方是一名私人公司退休职员。
他说,受害男子是在9月22日通过短影音平台TikTok,结识一名自称“Kiki”的本地女子,Kiki要求受害者通过应用程式Telegram与她联系,并提供一个链接。
“Kiki声称,可以通过上述链接注册成为VIP会员,进而取得色情服务。受害男子填写完资讯后,按照指示,在一周内9次P向多个本地银行户头汇款,共计16万9463令吉。”
拉勿是周六晚间在新山南警区面子书发布贴文,透露上述案情。
他表示,Kiki随后向受害男子求继续支付更多费用,以获得VIP会员资格和色情服务,男子始惊觉受骗,10月4日向警方投报。
拉勿透露,警方援引刑事法典402条文(诈欺)展开调查,一旦罪名成立,可被判处最高10年监禁、鞭刑或罚款。
警方提醒,民众要随时保持警惕,不要轻信社群媒体的各类广告,尤其涉及金钱交易时,应先查证讯息的真实性。
民众若不幸成为诈骗受害者,尽快联系997热线向国家诈骗反应中心(NSRC)投报 。
2024.9.19 Wanita hamil tujuh bulan antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping, pada Khamis atas kesalahan terlibat dengan aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud, bulan lalu. Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama bersetuju terbabit dalam pakat suatu pakat jahat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan cuba menipu mangsa dengan tawaran pekeriaan tidak wujud.

(太平19日讯)11名华裔男女涉嫌提供不存在的工作机会,今日皆被控上太平地庭,他们皆否认有罪,案展至10月29日及11月11日过堂。案中的11名被告,分别是7名男及4名女,其中一名女子已怀孕了7个月。

Wanita hamil antara 11 didakwa tawar pekerjaan tidak wujud
TAIPING: Wanita hamil tujuh bulan antara 11 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud, bulan lalu.
Tertuduh, Ng Kai Yee, 22, bersama 10 yang lain melibatkan tiga wanita dan tujuh lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.
Terdahulu, Kai Yee bersama, Toh Khai Shean, 24; Lee Kong Pa, 22, dan Yeoh Li Kee, 26, didakwa bersama-sama sebagai pihak pakatan jenayah telah melakukan perbuatan menyalahi undang-undang iaitu cuba menipu mangsa dengan tawaran pekerjaan tidak wujud.
Kesalahan itu dilakukan keempat-empat tertuduh di sebuah rumah di Taman Desa Tekkah Sentosa dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada pukul 1.30 tengah hari, 14 Ogos 2024.
Pada prosiding sama, tujuh lagi individu iaitu Chuah Cher Sheng, 25; Lam Yong Jun, 24; Ng Zi Cong, 25; Yeong Yong Long, 24; Wong Li Jia, 23; Leong Ying Zhi, 21, dan Leyu Yee Ying, 24, turut didakwa bagi kesalahan serupa di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh itu dikemukakan di bawah Seksyen 120(B)(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin mencadangkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam Privesh Paul Singh yang mewakili Kai Yee memohon agar anak guamnya yang sedang hamil tujuh bulan diberikan jaminan minimum dalam lingkungan RM2,000.
Manakala, Tan Kian Peng yang mewakili 10 tertuduh lain turut memohon semua tertuduh dikenakan jaminan rendah dan pada kadar munasabah atas alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap selain perlu menanggung ibu bapa.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bersama syarat tambahan melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan pada 29 Oktober dan 8 November depan.
Media pada 16 Ogos lalu melaporkan, dua buah rumah di Taiping yang disyaki menjalankan kegiatan penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud diserbu polis dalam operasi pada pukul 1.30 petang.
Sindiket yang baru dua minggu beroperasi itu menjalankan penipuan secara dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari Malaysia dan Singapura.
Difahamkan, kesemua individu warga tempatan yang ditahan termasuk seorang wanita hamil itu berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah pusat operasi yang dinamakan sebagai ‘Calling Center’.
—
11 individu termasuk wanita hamil tak mengaku tawar pekerjaan tak wujud
Taiping: 11 individu termasuk seorang wanita hamil tujuh bulan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud, bulan lalu.
Wanita hamil berkenaan, Ng Kai Yee, 22, bersama 10 tertuduh yang lain membabitkan tiga wanita dan tujuh lelaki bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim, Nabisha Ibrahim.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lKai Yee bersama tiga tertuduh lain iaitu Toh Khai Shean, 24; Lee Kong Pa, 22, dan Yeoh Li Kee, 26, didakwa bersama-sama sebagai pihak pakatan jenayah, melakukan perbuatan menyalahi undang-undang iaitu cuba menipu mangsa dengan tawaran pekerjaan tidak wujud.
Kesalahan itu dilakukan keempat-empat tertuduh di sebuah rumah di Taman Desa Tekkah Sentosa dalam daerah Larut, Matang dan Selama, di sini pada jam 1.30 tengah hari, 14 Ogos lalu.
Dalam prosiding sama, tujuh tertuduh yang selebihnya iaitu Chuah Cher Sheng, 25, Lam Yong Jun, 24, Ng Zi Cong, 25, Yeong Yong Long, 24, Wong Li Jia, 23, Leong Ying Zhi, 21, dan Leyu Yee Ying, 24, turut didakwa bagi kesalahan serupa di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Pertuduhan terhadap semua 11 tertuduh itu dikemukakan mengikut Seksyen 120(B)(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin mencadangkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap bulan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun, peguam mewakili Kai Yee, Privesh Paul Singh memohon agar anak guamnya yang sedang hamil tujuh bulan itu diberikan jaminan minimum dalam lingkungan RM2,000.
Manakala, peguam mewakili 10 tertuduh lain iaitu Tan Kian Peng juga memohon semua anak guamnya dikenakan jaminan rendah dan pada kadar munasabah atas alasan tidak mempunyai pekerjaan tetap selain perlu menanggung ibu bapa.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh selain membenarkan syarat tambahan yang dimohon oleh Nor Arfahanim Azureen iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan selain pasport diserahkan kepada mahkamah.
Tarikh sebutan semula kes itu ditetapkan pada 29 Oktober dan 8 November depan.
Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan, dua rumah di Taiping yang disyaki menjalankan kegiatan penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud diserbu polis dalam operasi pada jam 1.30 petang yang membawa kepada penahanan suspek berusia antara 21 hingga 26 tahun.
Sindiket yang baru dua minggu beroperasi sebelum serbuan Op Khas ‘Calling Center’ itu dilakukan, didapati menjalankan penipuan secara dalam talian dengan menyasarkan mangsa dari Malaysia dan Singapura.
—
Tipu tawaran kerja: Wanita hamil antara 11 individu dihadapkan ke mahkamah
TAIPING – Wanita hamil tujuh bulan antara 11 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping, pada Khamis atas dakwaan terlibat dengan aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud, bulan lalu.
Ng Kai Yee, 22; Toh Khai Shean, 24; Lee Kong Pa, 22; dan Yeoh Li Kee, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.
Pengakuan dan pertuduhan sama turut dibacakan berasingan terhadap Chuah Cher Seng, 25; Lam Yong Jun, 24; Ng Zi Cong, 25; Yeong Yong Long, 24; Wong Li Jia, 23; Leong Ying Zhi, 21, dan Leyu Yee Ying, 24.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bersama-sama bersetuju terbabit dalam suatu pakat jahat melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan cuba menipu mangsa dengan tawaran pekeriaan tidak wujud.
Kesalahan itu, dilakukan di rumah di Lorong DTS 4, Taman Desa Tekkah Sentosa dalam Daerah Larut Matang Selama pada jam 1.30 tengah hari, 14 Ogos lalu.
Justeru, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum di bawah Seksyen 120B (2) kanun sama.
Hukuman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun, dan sebat serta hendaklah dikenakan denda.
Sementara bagi Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan, hukuman memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan
Ketika prosiding berlangsung, peguam yang mewakili Kai Yee, Privesh Paul Singh Sucha Singh, memohon mahkamah mengenakan jaminan munasabah kepada anak guamnya.
Privesh Paul memberitahu, selain hamil, anak guamnya itu tidak bekerja dan masih di bawah tanggungan ibu bapa.
Wanita hamil antara 11 individu dihadapkan ke mahkamah aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tertuduh.
Sementara peguam yang mewakili 10 tertuduh lain, Tan Kian Peng, juga meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan kepada semua anak guam yang diwakili kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap selain perlu menanggung ibu bapa.
Mahkamah mengenakan wang jaminan RM8,000 kepada setiap seorang tertuduh dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga membenarkan kesemua tertuduh untuk untuk menyerahkan pasport masing-masing sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin dan mahkamah menetapkan 29 Oktober dan 8 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan polis menumpaskan sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud selepas menahan 11 individu melalui serbuan di dua rumah sewa di Taiping.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, serbuan itu berjaya menahan tujuh lelaki dan empat wanita yang disyaki bekerja sebagai operator.
Kata beliau, sindiket itu menawarkan pekerjaan tidak wujud di media sosial dengan menyasarkan warga tempatan dan warga Singapura bagi memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang. – MalaysiaGazette
—
涉嫌提供虚假就业机会 11涉诈骗案男女被控
(太平19日讯)11名华裔男女涉嫌提供不存在的工作机会,今日皆被控上太平地庭,他们皆否认有罪,案展至10月29日及11月11日过堂。
案中的11名被告,分别是7名男及4名女,其中一名女子已怀孕了7个月。
被告是蔡志成(25岁,来自太平甘榜务央)、林容俊(24岁,来自太平后廊)、黄子聪(25岁,来自太平德卡再也花园)、杨容龙(24岁,来自太平后廊)、王丽嘉(23岁,来自后廊)、梁盈芝(21岁,来自司南马)、黎仪盈(24岁,来自古来再也)、杜凯盛(25岁,来自太平新板)、李光柏(22岁,来自昔加末)、杨力枝(26岁,来自亚罗士打)纪黄凯仪(22岁,来自昔加末利民达)。(以上人名皆译音)
他们被控于今年8月14日下午约1时30分,在太平迪沙德卡圣淘沙花园,通过提供不存的工作机会,以进行犯罪诈骗,抵触刑事法典第420条文(欺诈)。
被告们皆对控状否认有罪,法官娜碧莎允准他们每人除以8000令吉保释外,也要交出护照,并在每月需到附近警局报到,同时也将案件展延至10月29日及11月11日过堂。
其中10名被告聘有陈建宾律师代辩,黄凯仪的律师则是毕华士堡,此案的主控官是阿尔花副检察司。
根据霹雳州总警长拿督阿兹兹于本月16日的记者会上说,警方是于8月14日下行1时30分,与霹雳州商业罪案调查组合作展开“呼叫中心”特别行动,并在太平捣破一个以推销不存在的工作线上诈骗集团。
他说,这个以住家作为诈骗集团联络的中心,在操作不到2周即遭瓦解,11名电话诈骗操作员遭警方逮捕,警方同时宣布侦破全国130宗电话诈骗投报,并说,集团的行骗目标是来自马来西亚和新加坡的公众。
2024.8.31 Op Pintas Mega selamatkan 137 warga asing termasuk kanak-kanak
Kuala Lumpur: Seramai 137 warga asing termasuk kanak-kanak diselamatkan menerusi Op Pintas Mega dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga Ogos ini.
Operasi dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu turut bertindak menahan 398 individu.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi banteras jenayah pemerdagangan orang secara holistik tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.
Menurutnya, fasa pertama pada Januari berjaya melaksanakan 42 serbuan dan menahan 285 individu membabitkan tempatan dan asing.
“Seramai 64 mangsa telah diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan.
“Fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing,” katanya ketika dihubungi.
Suffian berkata, polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki.
Mengulas mengenai status semua warganegara mangsa diselamatkan, beliau berkata, warga Myanmar adalah paling ramai diselamatkan iaitu 35 individu diikuti Thailand (25) dan Indonesia (23).
“Selebihnya membabitkan Bangladesh (17), Filipina (9), Malaysia (8), Kemboja, Vietnam dan China masing-masing lima orang, etnik Rohingya (3) serta dua Nepal,”katanya.
Katanya, operasi secara bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan ini menyasar premis kilang, ladang, perikanan, sektor perkhidmatan dan pengemis.
“PDRM tidak berkompromi dengan jenayah pemerdagangan orang dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),”katanya.
Polis selamatkan 137 warga asing daripada jadi mangsa pemerdagangan
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong.
KUALA LUMPUR: Seramai 137 warga asing termasuk kanak-kanak diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada menjadi mangsa pemerdagangan menerusi Op Pintas Mega sehingga Ogos ini.
Sepanjang tempoh itu menerusi operasi yang dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, seramai 398 individu turut ditahan.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata operasi banteras jenayah pemerdagangan manusia secara holistik itu bagi tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.
Katanya, fasa pertama pada Januari membabitkan 42 serbuan dan penahanan 285 individu merangkumi rakyat tempatan dan asing.
“Pada fasa pertama, seramai 64 mangsa diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan.
“Fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing. Selain itu, kita juga berjaya menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki,” katanya ketika dihubungi.
Mengenai status semua mangsa yang berjaya diselamatkan, Soffian berkata warga Myanmar paling ramai iaitu 35 individu, diikuti Thailand (25) dan Indonesia (23).
Katanya, selebihnya membabitkan Bangladesh (17), Filipina (9), Malaysia (8), Kemboja, Vietnam dan China masing-masing lima orang, etnik Rohingya (3) serta dua Nepal.
“Operasi secara bersepadu ini membabitkan Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan. Ia menyasarkan premis kilang, ladang, perikanan, sektor perkhidmatan dan pengemis.
“PDRM tidak berkompromi dengan jenayah pemerdagangan manusia dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya.
—
137 warga asing termasuk kanak-kanak mangsa pemerdagangan diselamat
D3 JSJ Bukit Aman menggempur kilang dan menahan pekerja asing menerusi Op Pintas Mega.
KUALA LUMPUR – Op Pintas Mega bagi membanteras jenayah pemerdagangan orang yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 137 warga asing termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa eksploitasi buruh.
Operasi yang dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu turut bertindak menahan 398 individu.
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi banteras jenayah pemerdagangan orang secara holistik tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.
Menurutnya, fasa pertama pada Januari berjaya melaksanakan 42 serbuan dan menahan 285 individu membabitkan warga tempatan dan asing.
“Seramai 64 mangsa diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.
Tambah Soffian, fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing.
Katanya, polis menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki.
D3 JSJ Bukit Aman ketika melaksanakan Op Pintas Mega tahun ini.
Mengulas mengenai status kesemua warganegara mangsa yang diselamatkan, beliau berkata, paling ramai ialah warga Myanmar iaitu 35 orang diikuti Thailand (25 orang) dan Indonesia (23 orang).
“Selebihnya membabitkan Bangladesh (17 orang), Filipina (9 orang), Malaysia (8 orang), Kemboja, Vietnam dan China masing-masing lima orang, etnik Rohingya (3 orang) serta dua Nepal,” ujarnya.
Jelasnya, operasi secara bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan ini menyasarkan premis kilang, ladang, perikanan, sektor perkhidmatan dan pengemis.
Tegas Soffian, PDRM tidak berkompromi dengan jenayah pemerdagangan orang dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
—
PDRM siasat dakwaan Datuk Mashitah terlibat pemerdagangan manusia
Saifuddin Nasution (kanan) beramah-mesra dengan salah seorang penduduk pada program Mekar di Kampung Baru Pulau Redang, Kuala Nerus hari ini.
KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan ke atas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PDRM diberikan sepenuh kepercayaan untuk menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berhubung kes tersebut.
“Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu.
“Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Baru Pulau Redang di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Saifuddin Nasution mengakui jenayah rentas sempadan antara negara-negara Asia Tenggara amat membimbangkan.
“Semua negara (ASEAN) mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia. Kita juga bersetuju berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa,” katanya.
—
Kes pemerdagangan manusia libat ahli politik: Polis kesan Datuk Seri
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut mengaitkan pembabitan seorang ahli politik dan suaminya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada tiga individu termasuk ahli politik itu dan suaminya.
“Kita sedang kesan seorang lagi individu untuk dirakam percakapan selain turut memanggil tiga penulis artikel dalam kes itu.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat aktif dengan menjadi dalang kepada kumpulan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata wanita itu bersama suaminya turut memegang jawatan penting selaku pengerusi keselamatan sebuah syarikat dan difahamkan terbabit pada awal 2020.
Baru-baru ini tular sebuah video pembongkaran sindiket itu di Myanmar menerusi YouTube yang diterbitkan di Indonesia, kerana ramai rakyat Indonesia telah menjadi mangsa sindiket terbabit yang secara terangan terlibat dalam aktiviti jenayah pemerdagangan manusia termasuklah melakukan paksaan, penyiksaan, penjualan organ manusia serta jenayah membunuh.
—
马国严打人口贩卖救出137受害者
马来西亚首相署前副部长玛西达(右二)否认与缅甸人口贩卖团伙关系密切,并于8月29日前往武吉阿曼警察总部报案自证清白。(取自玛西达脸书)
(吉隆坡综合讯)马来西亚警方今年上半年多次展开大规模打击人口贩卖行动,救出137人,其中大部分是外籍人士,包括52名遭受剥削的童工。
马国武吉阿曼警察总部刑事罪案调查局反贩卖人口组副总监苏菲安,星期六(8月31日)发声明说,获救的受害者以缅甸人居多,共35人,其余分别是25名泰国人、23名印度尼西亚人、17名孟加拉人、九名菲律宾人、八名马国人、五名柬埔寨人、五名越南人、五名中国人、三名罗兴亚人及两名尼泊尔人。
他说,警方与移民局、劳工局、环境局、国家能源公司及地方当局等机构合作,分别在1月和6月展开两个阶段共75次取缔行动,突击搜查全马各地多家工厂、农场、园丘、养鱼场等,救出上述受害者,并逮捕了398名涉案的马国籍和外籍人士。
苏菲安强调,警方绝不故息与人口贩卖有关的不法活动,必将严惩涉案者,包括援引《2012年国家安全罪行(特别措施)法令》调查及对付他们。
前副部长被指 涉及人口贩卖活动
另一方面,马国国际人道主义组织日前向反贪污委员会举报,首相署前副部长玛西达与缅甸人口贩卖团伙有关联,反贪会和警方已立案调查。
马国警察总长拉扎鲁丁受询时证实,警方早在今年7月就已接获投报,指玛西达和她的丈夫涉嫌参与在缅甸的人口贩卖活动。警方当时已传召他们录口供。
拉扎鲁丁星期天(9月1日)说,此案仍在调查中,警方正在寻找一名拥有拿督斯里头衔的人协助调查。“警方至今已向三人录供,包括被指涉案的政治人物和她的伴侣。我们也在找另一人,还会传召三名撰写与案件有关的文章的作者问话。”
马国国际人道主义组织总秘书希桑慕丁,上星期要求反贪会调查一名涉嫌参与缅甸人口贩卖活动的前副部长。希桑慕丁当时没有点名,只说涉案的是前首相纳吉执政时期的首相署副部长。
希桑慕丁说,根据网上近期流传揭露缅甸人口贩卖团伙的视频,以及缅甸媒体和非政府组织的报道,这名前副部长和她的丈夫与缅甸的人口贩卖团伙关系密切。
网民根据网上视频线索发现,这名前副部长就是玛西达。不过,玛西达否认指控,并报警自证清白,同时表明将对诽谤她的人采取法律行动。
玛西达曾在2004年大选时当选吉打州华玲区国会议员,2008年至2014年间受委上议员,出任首相署副部长。
2024.8.28 Polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan penipuan pelaburan mata wang kripto yang dipercayai menyasarkan warga Jepun menerusi serbuan berasingan di dua premis kediaman mewah di ibu negara.
Hasil serbuan pada 19 Ogos lepas, 21 individu berusia lingkungan 22 hingga 37 tahun ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, 16 lelaki dan seorang wanita warga China; seorang wanita Laos serta masing-masing seorang lelaki Hong Kong dan Myanmar.
Penipuan pelaburan kripto sasar warga Jepun tumpas, 21 individu ditahan
KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan penipuan pelaburan mata wang kripto yang dipercayai menyasarkan warga Jepun menerusi serbuan berasingan di dua premis kediaman mewah di ibu negara.
Hasil serbuan pada 19 Ogos lepas, 21 individu berusia lingkungan 22 hingga 37 tahun ditahan terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, 16 lelaki dan seorang wanita warga China; seorang wanita Laos serta masing-masing seorang lelaki Hong Kong dan Myanmar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek warga asing dipercayai berperanan sebagai pekerja khidmat pelanggan di pusat panggilan itu, manakala suspek warga tempatan menjadi penjaga pusat berkenaan.
“Berdasarkan siasatan, pusat panggilan ini baru memulakan operasi sebulan dan sindiket menggunakan banglo mewah yang mempunyai dua lapisan pagar tinggi dan terletak jauh dari jalan utama sebagai pusat operasi bagi menyembunyikan kegiatan mereka daripada pihak berkuasa.
“Mereka yang ditahan berperanan mencari mangsa melalui media sosial seperti Tinder dan mangsa yang terpedaya akan diajak melabur melalui aplikasi Bitbank dan CoinCheck,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Menurut Ramli, siasatan mendapati ahli sindiket masuk ke Malaysia menerusi Pas Lawatan Sosial dan kesemua mereka menerima gaji dalam bentuk komisen iaitu 20 peratus daripada wang yang berjaya ditipu.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas antaranya 17 set komputer, 55 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah router.
“Individu warga tempatan yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 25 Ogos lepas setelah tempoh reman ke atasnya tamat. Manakala 20 individu yang lain menjalani tahanan reman di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau menegaskan apa jua bentuk tawaran pelaburan melalui platform media sosial perlu dianggap sebagai penipuan dan orang ramai dinasihat melakukan pelaburan menerusi skim yang diiktiraf badan-badan penguatkuasa pelaburan di negara ini seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia. – Bernama
—
JSJK serbu pusat panggilan penipuan mata wang kripto, 21 individu ditahan
28 Ogos 2024, 2:38pm
KUALA LUMPUR: Seramai 21 individu ditahan apabila pusat panggilan penipuan mata wang kripto yang beroperasi di dua kediaman banglo mewah di ibu negara diserbu Bukit Aman.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata seorang daripada 21 orang itu merupakan warga tempatan.
Katanya, 17 daripada individu ditahan merupakan warga China manakala selebihnya dari Hong Kong, Laos dan Myanmar.
Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 37 tahun dan dipercayai bekerja sebagai ejen perkhidmatan pelanggan pusat panggilan berkenaan.
“Kesemua warga asing yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pekerja khidmat pelanggan di pusat panggilan terbabit.
“Manakala seorang warga tempatan ditahan adalah berperanan sebagai penjaga atau ‘runner’ di pusat tersebut,” katanya dalam satu sidang media di pejabat JSJK di sini hari ini.
Individu yang ditahan berperanan mencari mangsa melalui media sosial seperto Tinder dan 9monster.
Mangsa yang terpedaya kemudian diajak untuk melabur melalui aplikasi Bitbank dan CoinCheck.
“Sasaran sindiket ini adalah mangsa dalam kalangan warga Jepun,” katanya.
Siasatan mendapati pusat panggilan berkenaan baru memulakan operasi kurang dari sebulan.
Ahli sindiket terbabit masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial dan dibayar gaji dalam bentuk komisen iaitu sebanyak 20 peratus daripada wang yang berjaya ditipu.
Mengulas mengenai kediaman sindiket berkenaan, ia digunakan kerana mempunyai dua lapisan pagar tinggi dan terletak jauh dari jalan utama bagi menyembunyikan kegiatan mereka daripada diketahui pihak berkuasa.
—
警捣破诈骗集团呼叫中心 捕21名本地与外籍男女
(吉隆坡28日讯) 警方突袭隆市两间独立式洋房,捣破加密货币诈骗集团的呼叫中心,逮捕21名本地与外籍男女归案。
武吉安曼商业罪案调查部总监拿督斯里南利记者会表示,警方于本月19日根据可靠线索,拉队前往隆市两间独立式洋房展开取缔行动,当场逮捕一名本地男子、16名中国男子、一名中国女子、一名香港男子、一名寮国女子和一名缅甸男子归案。
他说,所有嫌犯年龄介于22岁至37岁,是通过社交平台如Tinder 和 9monster 寻找受害者,诱骗他们下载两款应用程式Bitbank 和 CoinCheck 来投资加密货币。
“警方调查发现诈骗对象都是日本人,诈骗成员可从目标人物的投资金额中,抽取20%款项作为佣金。”
南利表示,诈骗集团所租下的洋房保安极为森严,屋子和篱笆门有一段距离,且房子左右都有很高的围墙,警方难以靠近对目标地点展开调查,加剧调查难度。
他透露,警方调查相信呼叫中心自上个月开始运作,现援引刑事法典第420条文和1959/63年移民局法令对案件展开调查,至于该名本地嫌犯在25日延扣届满后获准保释外出。
2024.8.16 Polis menahan 11 ahli sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud termasuk seorang wanita hamil dalam serbuan di dua rumah teres yang dijadikan pusat panggilan di Taiping.
‘Calling center’ tipu orang Malaysia, Singapura diserbu

IPOH – Polis menumpaskan operasi pusat panggilan yang menjalankan kegiatan penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud selepas menyerbu dua buah rumah di Taiping, kelmarin.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, seramai 11 individu termasuk empat wanita tempatan berusia 21 hingga 26 tahun ditahan dalam serbuan pada pukul 1.30 tengah hari itu.
Katanya, sindiket yang menjalankan penipuan secara dalam talian itu dengan menyasarkan mangsa dari Malaysia dan Singapura.
“Sindiket dipercayai menjalankan aktiviti penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud melalui media sosial sejak dua minggu lalu.
“Semua yang ditahan termasuk seorang wanita hamil berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Dalam serbuan itu, polis merampas tujuh unit komputer riba, 35 unit telefon bimbit, 98 keping kad mesin juruwang automatik (ATM), barang kemas, kenderaan, wang RM1,600 dan seutas jam tangan dengan nilai keseluruhan RM500,000.
“Dengan tertangkapnya ahli sindiket ini, kita percaya telah berjaya menyelesaikan 130 kes penipuan pekerjaan tidak wujud di seluruh negara.
“Kesemua suspek direman sehingga Ahad ini, manakala wanita hamil pula direman sehari,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
—
Sindiket tawar pekerjaan tidak wujud diserbu polis
IPOH – Tindakan licik sindiket penipuan tawaran pekerjaan dalam talian berjaya ditumpaskan dalam serbuan Op Khas ‘Calling Center’ di Aulong, Taiping, Rabu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, serbuan di dua rumah sewa sekitar jam 1.30 petang itu membawa kepada penahanan 11 suspek termasuk seorang wanita hamil berusia 21 hingga 26 tahun.
Menurut beliau, sindiket yang dipercayai aktif sejak dua minggu lalu menyasarkan mangsa dalam kalangan warga tempatan dan Singapura.
“Dengan penahan tujuh lelaki dan empat wanita yang berperanan sebagai operator itu, polis berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 130 kes di seluruh negara.
“Modus operandinya, kumpulan ini menjalankan aktiviti penipuan melalui laman media sosial dengan membuka pusat operasi.
“Sindiket ini meminta mangsa membeli barang sebelum mempromosikan kepada pembeli lain dengan menjanjikan komisen antara tiga hingga 13 peratus dalam masa yang singkat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Jumaat.
Tambah Azizi, pihaknya merampas pelbagai barangan dan menyita barangan berharga hasil daripada aktiviti penipuan dianggarkan bernilai RM500,000.
“Selain komputer riba dan 35 telefon bimbit, polis merampas 98 keping kad bank, empat keping bar emas dan 18 barangan kemas seperti cincin, loket dan rantai.
“Turut dirampas wang tunai RM1,600, seutas jam tangan jenama Fossil dan lima kereta pelbagai jenis,” katanya.
Azizi berkata, 10 suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini manakala wanita hamil tersebut direman sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Masyarakat dinasihatkan agar tidak sesekali menekan pautan dan muat turun apa-apa aplikasi yang tidak diketahui sumbernya.
“Jangan sesekali membuat pembayaran bagi pihak orang lain yang tidak dikenali kerana ini mungkin boleh menyebabkan seseorang boleh terjebak dalam membantu sindiket melakukan aktiviti pengubahan wang haram,” katanya.
—
Sindiket tipu kerja tumpas, wanita hamil antara 11 ditahan
Polis menahan 11 ahli sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud termasuk seorang wanita hamil dalam serbuan di dua rumah teres yang dijadikan pusat panggilan di Taiping.
IPOH: Polis menahan 11 ahli sindiket penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud termasuk seorang wanita hamil dalam serbuan di dua rumah teres yang dijadikan pusat panggilan di Taiping, kelmarin.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata serbuan kira-kira jam 1.30 tengah hari itu berjaya menahan tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 21 hingga 26 tahun disyaki bekerja sebagai operator.
Katanya, sindiket itu menawarkan pekerjaan tidak wujud di media sosial dengan menyasarkan warga tempatan dan warga Singapura bagi memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang.
“Sindiket ini meminta mangsa membeli barang sebelum mempromosikan kepada pembeli lain dengan menjanjikan komisen antara tiga hingga 13 peratus dalam masa singkat.
“Tangkapan ini berjaya menyelesaikan 130 kes penipuan yang dilaporkan di negara ini. Jumlah kerugian keseluruhan masih diteliti,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, hari ini.
Azizi berkata, 10 suspek direman empat hari sehingga Ahad ini, manakala suspek wanita yang sedang hamil direman sehari bagi membantu siasatan.
Katanya, polis turut merampas peralatan yang digunakan sindiket untuk menjalankan aktiviti pusat panggilan termasuk lima kenderaan, tujuh komputer riba, 35 telefon bimbit, 98 kad ATM milik orang lain serta barang kemas bernilai keseluruhan RM500,000.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan,” katanya.
—
警方逮11人孕妇也涉案 招聘诈骗集团瓦解
阿兹兹(右三)向媒体展示所起获的物品。
(怡保16日讯)警方前天展开“呼叫中心”特别行动,成功瓦解一个线上招聘诈骗集团,逮捕11人,其中1人还是孕妇,同时宣布侦破全国130宗电话诈骗投报。
霹雳州总警长拿督阿兹兹指出,当天武吉阿曼商业罪案调查局情报与行动组与霹雳州商业罪案调查组合作,在下午约1时30分突击搜查两间出租屋后,逮捕这批年龄介于21岁至26岁的嫌犯。
他说,11名嫌犯中,有者来自太平、吉辇、司南马及柔佛,警方目前还在调查该集团的幕后操纵者。
“随着7名男性及4名女性电话诈骗操作员被捕,警方也侦破全国130宗电话诈骗投报。”
他表示,才在太平活跃2周的集团,其目标是大马人和新加坡人。
阿兹兹今早在霹雳州警察总部召开记者会时说:“不法集团的作案手法是开设营运中心,然后通过社交媒体网站,进行欺诈活动。
“不法集团会要求受害者先购买商品,然后再将之推销给其他买家,并承诺会在短时间内,提供3%至13%的佣金。”
他指出,警方在行动中,充公了许多物品,包括7台手提电脑、1套电脑、1台平板电脑、35台手机、98张属于他人的提款卡、1600令吉现金、1枚手表、4个1克重的金条、各种金饰、5辆车、1张住家入屋卡及2套住家钥匙。充公物品总值估计达50万令吉。
他说,10名嫌犯将延扣4天至8月18日,而该名孕妇则被延扣1天。警方也将援引刑事法典第420条文(欺诈)调查此案。
2024.8.3 Pembabitan syarikat sebagai suspek termasuk menggunakan keldai akaun syarikat bagi kes penipuan pelaburan menunjukkan trend peningkatan, sejak dua tahun lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 372 nama syarikat didaftarkan dalam portal SemakMule sehingga 31 Julai lalu.
372 syarikat dalam senarai Semak Mule, dalangi penipuan pelaburan, keldai akaun – Polis
KUALA LUMPUR: Kegiatan penipuan pelaburan oleh sindiket bertopengkan syarikat perniagaan termasuk mengguna akaun bank syarikat sebagai keldai akaun menunjukkan trend peningkatan dua tahun kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata setakat 31 Julai lalu, sebanyak 372 nama syarikat yang disyaki terbabit penipuan pelaburan didaftarkan di dalam portal Semak Mule.
Katanya, sejak 2022 hingga 31 Julai tahun ini, sebanyak 392 kertas siasatan dibuka JSJK Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penipuan pelaburan oleh syarikat membabitkan kerugian lebih RM135.5 juta.
“Pada 2022, 100 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM22.7 juta dan pada 2023, 192 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM69.5 juta, manakala tahun ini sehingga 31 Julai lalu, 100 kertas siasatan dibuka dengan kerugian RM43.2 juta,” katanya kepada BH, hari ini.
Katanya, kemudahan Semak Mule ditambah baik sejak awal tahun ini yang mana orang ramai bukan sahaja boleh menyemak nombor telefon ‘scammer’ dan akaun bank keldai, malah nama syarikat keldai akaun dan syarikat terbabit penipuan pelaburan.
Mengulas lanjut, Ramli berkata penipuan pelaburan tidak wujud boleh berlaku secara bersemuka dan juga secara dalam talian.
“Bagi penipuan pelaburan bersemuka, mangsa akan terjebak apabila terpengaruh dengan penerangan yang diberi di dalam sesi taklimat yang dianjurkan sama ada di pejabat syarikat pelaburan mahupun di dewan yang ditempah oleh penganjur seperti di hotel.
“Terdapat juga mangsa penipuan pelaburan bersemuka terpengaruh dengan ajakan kenalan mahupun ahli keluarga yang telahpun mula menerima pulangan pelaburan.
“Di peringkat awal, pulangan pelaburan itu biasanya dibayar menggunakan wang pelaburan yang diterima daripada mangsa.
“Itu taktik yang selalu digunakan bagi membina kepercayaan seterusnya mendorong lebih ramai mangsa membuat pelaburan atau pelabur sedia ada menambah pelaburan mereka,” katanya.
Bagi penipuan pelaburan secara dalam talian, katanya kebiasaan mangsa terpedaya dengan pelbagai iklan pelaburan di media sosial seperti Facebook, Telegram, Instagram dan juga Tiktok.
“Ramai mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan media sosial dan terpengaruh dengan hantaran ‘scammer’ yang turut menyamar sebagai pelabur dan memberi testimoni, kononnya berjaya mendapat pulangan lumayan daripada pelaburan mereka.
“Terdapat juga mangsa dimasukkan dalam kumpulan media sosial dengan memberi tip pelaburan yang betul pada peringkat awalnya dan selepas itu, ‘admin’ kumpulan atau ‘guru pelaburan’ mula memperkenal peluang pelaburan baharu.
“Ada juga yang menggunakan nama syarikat sebenar, konon akan disenaraikan dalam pasaran saham dalam masa terdekat bagi proses Tawaran Awam Permulaan (IPO) untuk mangsa membuat pelaburan,” katanya.
Dalam modus operandi sebegitu, katanya mangsa akan membuat bayaran pelaburan ke akaun keldai syarikat yang mana ada nama syarikat diguna sebagai keldai akaun itu menyerupai nama syarikat pelaburan antarabangsa.
“Terdapat juga kes penipuan pelaburan bermula dengan kenalan dalam talian yang mana selepas satu tempoh, kenalan alam maya itu memperkenalkan pula peluang pelaburan tidak wujud kepada mangsa.
“Majoriti mangsa penipuan pelaburan tidak akan sedar mereka ditipu sehinggalah mereka ingin membuat pengeluaran pelaburan dan selalunya ‘scammer’ akan meminta mangsa membuat lagi bayaran mengikut peratusan pengeluaran yang ingin dibuat,” katanya.
—
Penipuan pelaburan, 372 syarikat didaftarkan dalam SemakMule
Kuala Lumpur: Pembabitan syarikat sebagai suspek termasuk menggunakan keldai akaun syarikat bagi kes penipuan pelaburan menunjukkan trend peningkatan, sejak dua tahun lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 372 nama syarikat didaftarkan dalam portal SemakMule sehingga 31 Julai lalu.
Beliau berkata, pihaknya merekodkan 100 kertas siasatan penipuan pelaburan syarikat membabitkan kerugian lebih RM22.7 juta pada 2022 manakala 192 kertas siasatan dengan kerugian RM69.5 juta (2023), dan 100 kertas siasatan dengan kerugian RM43.2 juta tahun ini.
Katanya, penipuan pelaburan berlaku secara bersemuka dan dalam talian yang mana bersemuka, mangsa terpengaruh dengan penerangan dalam sesi taklimat dianjurkan di pejabat syarikat atau hotel, selain terpengaruh kenalan atau ahli keluarga yang menerima pulangan pelaburan peringkat awal.
“Bagi penipuan pelaburan dalam talian, mangsa selalunya terpedaya iklan di media sosial. Ramai mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan sosial terpengaruh dengan hantaran ‘scammer’ yang turut menyamar sebagai pelabur kononnya sebagai testimoni yang berjaya mendapat pulangan lumayan.
“Ada juga yang memberi tip pelaburan betul pada peringkat awalnya dan selepas tempoh sekurang-kurangnya sebulan ‘admin’ kumpulan atau ‘guru pelaburan’ berkenaan akan memperkenalkan peluang pelaburan baharu atau menggunakan nama syarikat yang akan disenaraikan dalam saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) untuk mangsa membuat bayaran pelaburan ke akaun keldai syarikat.
“Majoriti mangsa tidak akan sedar ditipu sehinggalah mereka ingin membuat pengeluaran pelaburan yang mana selalunya ‘scammers’ akan meminta mangsa membuat lagi bayaran mengikut peratusan pengeluaran ingin dibuat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ramli berkata, sebanyak 3,293 kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM405.1 juta direkodkan pihaknya tahun ini setakat 31 Julai berbanding 5,554 kes dengan kerugian RM475.4 juta (2023) dan 3,294 kes dengan kerugian RM217.9 juta (2022).
Katanya, Selangor merekodkan kes tertinggi iaitu 709 kes membabitkan kerugian RM115.5 juta diikuti Kuala Lumpur (455 kes, RM85.2 juta); Johor (368 kes, RM31.3 juta); Pulau Pinang (241 kes, RM42.9 juta); dan Perak (235 kes, RM32.0 juta).
Selain itu, kata beliau, Negeri Sembilan merekodkan 191 kes membabitkan kerugian RM13.0 juta manakala Melaka (187 kes, RM18.1 juta); Pahang (187 kes, RM8.2 juta); Kedah (174 kes, RM11.1 juta); Sabah (173 kes, RM17.1 juta); Sarawak (135 kes, RM16.1 juta); Terengganu (109 kes, RM10.2 juta); Kelantan (90 kes, RM3.8 juta) dan Perlis (39 kes, RM509,000).
—
警方:372公司列涉投资诈骗 截至7月国人被骗逾4亿
(吉隆坡4日讯)商业罪案调查局总监拿督斯里南利尤索夫指出,警方在过去7个月接获逾3000宗有关投资骗局的投报,另外共有372家公司被“Semak Mule”查证钱骡系统列为涉及投资诈骗活动的单位。
南利尤索夫在接受《大马前锋报》访问时表示,从2022年至今年7月31日,警方一共开档调查392宗投资诈骗案,涉及的损失金额高达1亿3550万令吉。
他指出,2022年全年有100宗投报,所涉及的损失金额达2270万令吉;而单单在2023年,警方就开档调查192宗投资骗局,涉及6950万令吉的损失金额。
至于今年首7个月则有100宗投报,涉及4320万令吉的损失金额,显示投资骗局的数量和损失金额有逐年上升的趋势。
南利尤索夫表示,犯罪分子寻找受害者的作案手法多元,包括面对面、在网络上宣传投资计划等。
他说,面对面的方式大多涉及受害者的熟人或家人,他们可能在投资早期获得回报,受害者受到他们的影响而对相关投资深信不疑,又或者是在办公室或酒店举办的简报会上获得相关资讯。
至于网络投资诈骗,则是受害者被社交媒体上的投资广告所骗。受害者一般会被加入一个社媒群体,接着骗子就会冒充投资者,假装投资成功并获得丰厚回酬,吸引受害者上当。
“尽管当中一些受害者也会在初始阶段获得正确的投资提示,但一个月后,投资群组的‘管理员’或‘投资大师’会介绍新的投资机会,或使用将在首发股票(IPO)前上市的公司名称,说服受害者进行投资,并让他们汇款到公司名称的钱骡银行户头。”
南利尤索夫指出,受害者一般都是在想要提取投资款项时才警觉上当,因为当他们想要提取款项时,骗子会要求他们根据想要提取的款项预支一笔金额,受害者最终发觉一直拿不到钱后,才会发觉受骗。
另一方面,南利尤索夫在接受《每日新闻》访问时也指出,截至今年7月31日,警方一共接获3293宗涉及投资骗局的投报,损失金额高达4亿500万令吉,超越2022年全年的3294宗投报以及2亿1790万令吉。
至于2023年全年,警方则接获5554宗投报,损失金额高达4亿7540万令吉。
其中,雪兰莪州的投报最多,共有709宗,涉及损失金额1亿1550万令吉;其次是吉隆坡,共455宗投报,损失金额达8520万令吉。
所有涉及诈骗的案件都会在刑事法典第420条文(欺骗)展开调查,警方会在完成调查后将报告呈交给副检察司。
2024.7.25 Baru berusia 14 dan 16 tahun tetapi sudah menikmati gaji bernilai RM3,500 sebulan, hasil bekerja sebagai ‘operator’ (pengendali) dengan sindiket penipuan kerja dalam talian.
Jadi ‘operator’ scam kerja, remaja 14 tahun nikmati RM3,500 sebulan
Ramli menunjukkan barang kes yang dirampas ketika serbuan di kediaman sekitar ibu negara Isnin lalu.
KUALA LUMPUR – Baru berusia 14 dan 16 tahun tetapi sudah menikmati gaji bernilai RM3,500 sebulan, hasil bekerja sebagai ‘operator’ (pengendali) dengan sindiket penipuan kerja dalam talian.
Pekerjaan dua remaja lelaki dan dua remaja perempuan itu terbongkar apabila ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman termasuk lima lelaki warga China menerusi serbuan di sebuah premis kediaman di Sungai Besi, di sini, Isnin lalu.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua suspek berusia berusia lingkungan 14 hingga 40 tahun dipercayai berperanan sebagai operator panggilan dan pengurus data.
Katanya, sebanyak 18 telefon bimbit, empat komputer riba, lima set komputer, satu rangkai anak kunci beserta kad akses, satu set skrip perbualan, satu router dan satu beg bagasi telah dirampas.
“Berdasarkan siasatan, sindiket ini disyaki memulakan operasi sekitar Januari tahun inidan mengendalikan platform ‘LEHUIGOUA’ yang digunakan sebagai laman web yang menyerupai platform e-dagang sebagai tempat yang sah untuk membeli barang atau perkhidmatan namun hakikatnya ia adalah muka hadapan untuk skema penipuan yang lebih besar.
“Sasaran sindiket ini mangsa dalam kalangan rakyat China sementara platform ini mendakwa berkolaborasi dengan platform e-dagang terkenal seperti Taobao, Tmall dan JD.com.
“Melalui skrip komunikasi mereka, sindiket ini mendakwa mangsa-mangsa berpeluang untuk mendapatkan komisen hasil penjualan barangan. Mangsa yang berminat bekerja melalui
platform ini akan dimasukkan di dalam kumpulan Telegram dan segala komunikasi serta arahan diberikan melalui kumpulan tersebut,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.
Menurut Ramli, komisen yang dijanjikan sindiket adalah berubah-ubah dari 0.3 peratus hingga 0.6 peratus dengan janji untuk memperoleh pendapatan tinggi sering digunakan sebagai umpan.
“Siasatan setakat ini turut mendapati, sindiket ini mempunyai akses terhadap akaun mangsa di platform tersebut. Ini membolehkan mereka mengubah data seperti kredit dan keuntungan serta sering menunjukkan kewujudan transaksi palsu bagi menarik kepercayaan mangsa.
“Lima daripada sembilan individu yang ditahan sedang direman sehingga esok manakala empat yang lain (remaja) telah dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.
—
为诈骗集团打工 4大马青年5中国男子落网
武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里南利尤索夫在新闻发布会上讲话。
(吉隆坡25日讯)4名未成年男女为了3500令吉月薪,甘为诈骗集团工作,最终连同5名中国籍男子一并被捕。
武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里南利尤索夫指出在新闻会上说,9名嫌犯年龄介于14至40岁,他们皆在诈骗集团设立的呼叫中心当操作员,其中4名本地男女分别14和16岁。
警方是于本月22日根据情报突击新街场一间住家单位时逮捕嫌犯,并起获18部手机、4台手提电脑、5台桌面型电脑、一串钥匙和通行卡以及一份聊天剧本等。
他说,警方目前援引刑事法典第420(欺骗)条文展开调查,5名被捕的中国男子被延扣至明天,而4名未成年男女则已获警方口头保释。
他指出,初步调查发现此诈骗集团自今年1月开始活跃,目标皆为中国人。
他指出,此诈骗集团设计一个名为“LEHUIGOUA”的电商平台,假称与著名电商平台如“淘宝”、“天猫”、“JD.com”有合作关系,以吸引民众加入刷单兼职工作。
他说,有兴趣工作者将会被加入一个Telegram群组,并声称只要依据指示刷单购物,便可轻松赚取0.3至0.6%佣金。
“警方查悉此诈骗集团拥有登入受害者平台账号的权限,可以随意篡改账户的资料如收入金额,捏造交易记录骗取受害者的信任。”
2024.7.23 Skim pelaburan Pimco tipu orang ramai, libatkan kerugian RM21 juta – Polis
Skim pelaburan Pimco tipu orang ramai, libatkan kerugian RM21 juta – Polis
Ramli menunjukkan senarai ahli-ahli kumpulan sindiket pelaburan Pimco pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR – Polis mengesan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi menipu orang ramai menerusi pelaburan secara dalam talian hingga membabitkan kerugian lebih RM21 juta.
Pendedahan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang memberitahu, itu adalah taktik yang digunakan sindiket skim penipuan pelaburan yang dikenali Pimco.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 48 laporan di seluruh negara berhubung kegiatan itu.
“Berdasarkan siasatan dilakukan, sindiket ini dipercayai aktif mengiklankan pelaburan melalui Facebook sejak Mac lalu dengan menawarkan perkhidmatan urus niaga saham syarikat Malaysia, Taiwan dan China.
“Pelabur yang berminat akan dihubungi dan dimasukkan ke kumpulan WhatsApp pelaburan terbabit sebelum diminta memuat turun aplikasi T Rowe untuk mendaftar sebagai ahli,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ, di sini, hari ini.
Menurut Ramli, sebaik pendaftaran dibuat, pelabur akan dihubungi oleh sindiket dan diarahkan untuk membuat pembayaran ke beberapa akaun syarikat bagi memulakan pelaburan.
Ujarnya, pelabur turut dijanjikan pulangan lumayan sehingga 400 peratus daripada jumlah pelaburan yang dilakukan.
“Selepas pelaburan dibuat, mangsa dimaklumkan bahawa pelaburan itu menjana keuntungan tetapi, kemudian diarahkan membuat pelbagai bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan sebelum mereka menyedari ditipu,” jelasnya.
Bertindak atas laporan diterima, beberapa serbuan dilancarkan di ibu kota, Selangor, Melaka, Pahang, Johor dan Sarawak pada 15 Julai lalu.
“Dalam serbuan itu, kami menahan tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 31 hingga 54 tahun yang dipercayai terbabit dengan kegiatan berkenaan.
“Kesemua yang ditahan adalah disyaki sebagai pemilik syarikat dan setiausaha syarikat yang digunakan sebagai keldai akaun oleh sindiket terbabit…kami turut merampas dua telefon bimbit dalam serbuan itu,” tegasnya.
Katanya lagi, tindakan turut diambil mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
“Berdasarkan tindakan itu, kami berjaya membekukan sebanyak 15 akaun bank dengan nilai RM474,395, setakat ini.
“Justeru, kami menyeru sekiranya ada individu lain menjadi mangsa penipuan sindiket ini supaya tampil membuat laporan polis.
Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung sindiket terbabit mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
—
诈骗集团冒用PIMCO公司 数月诈骗2102万
南利指6名男女涉嫌提供户头给冒用PIMCO名义的诈骗集团。
(吉隆坡23日讯)诈骗集团冒用太平洋投资管理公司PIMCO的名义,于今年3月起以每月可获400%的回酬,诱骗来自本地、中国及台湾的投资人,并在短短数月内,骗走高达2102万令吉!
警方接获受骗者投报后展开行动,迄今逮捕6名钱骡及冻结15个银行户头助查。
武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里南利今日召开记者会时指出,警方目前共接获48宗有关诈骗集团冒用PIMCO公司名义行骗的投报。
他说,警方于本月15日在吉隆坡、雪兰莪、马六甲、彭亨、柔佛及砂拉越,逮捕来自本地的3男3女(年龄介于31至54岁)。
南利指出,警方调查显示,诈骗集团于今年3月起,开始在社交媒体脸书投放广告,声称能提供马来西亚、中国及台湾等国家及地区的股票交易服务,并且能赚取每月高达400%的回酬。
“一旦受害者有兴趣投资,就会被加入WhatsApp投资群里,并且在诈骗客服的要求下,通过链接下载名为‘T Rowe’的应用程式,之后注册成为投资会员,就能根据指示进行投资。”
他指出,诈骗客服会让受害者将投资资金转入多个不同的公司户头进行投资,然而当受害者欲提取盈利时,就会被要求支付各种额外费用,直到无法支付才惊觉被骗。
他说,随着6名钱骡的落网,警方援引2001年反洗黑钱、反恐融资及非法活动收益法令第44(1)条文冻结15个银行户头,涉及金额为47万4395令吉。
“警方援引刑事法典第420(欺骗)条文调查此案,此外警方相信还有更多受害者受骗,因此呼吁尚未报案的受害者前往警局报案。”
—
2024.7.12 Pusat panggilan sindiket tipu pelaburan Forex yang beroperasi di sebuah premis di Jalan Hang Tuah dekat sini, digempur dan berjaya menahan 65 individu pada 2 Julai lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun yang ditahan terdiri daripada 51 warga tempatan dan 14 warga asing.
65 ahli sindiket tipu Forex diberkas
KUALA LUMPUR – Pusat panggilan sindiket tipu pelaburan Forex yang beroperasi di sebuah premis di Jalan Hang Tuah dekat sini, digempur dan berjaya menahan 65 individu pada 2 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun yang ditahan terdiri daripada 51 warga tempatan dan 14 warga asing.
Menurutnya, warga asing itu membabitkan tiga warga Vietnam, Bangladesh (1), Hong Kong (1), China (7), India (1) dan Thailand (1).
“Berdasarkan penelitian pakar sindiket ini dipercayai menjalankan aktiviti penipuan pelaburan Forex dan menawarkan dua jenis akaun iaitu standard dan premium.
“Pelabur yang berminat boleh mengakses laman sesawang yang disediakan bagi tujuan mendaftar, membuka akaun dan menguruskan transaksi pelaburan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan dengan agensi penguatkuasaan pelaburan sedang dijalankan bagi menentukan kesahihan syarikat yang mengendalikan platform pelaburan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Dalam kes berlainan, Ramli berkata, dua kediaman yang dijadikan sebagai pusat panggilan sindiket pelaburan tidak wujud di Bukit Jalil dekat turut diserbu polis pada 2 Julai lalu.
Beliau berkata, operasi terbabit telah menahan enam lelaki berusia 18 hingga 29 tahun selain rampasan pelbagai barang seperti lima komputer riba dan 18 telefon bimbit.
“Sindiket dipercayai akan mencipta akaun sosial media palsu di aplikasi CMB Dating dan Instagram sebelum digunakan untuk berkenalan dengan mangsa dalam kalangan warga Singapura.
“Mangsa seterusnya akan ditawarkan dengan skim pelaburan tidak wujud bernama ‘charlesa.biz’ dan diberikan pautan untuk mendaftar,” katanya.
Tambahnya, suspek berperanan sebagai ejen pusat panggilan dan menerima gaji RM3,000 sebulan berserta komisen 10 peratus daripada nilai kerugian yang ditanggung mangsa.
“Pada 5 Julai, lima suspek telah dituduh di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya.
—
6男设呼叫中心诈骗新加坡人 全数被捕 5人面控
6名男子受雇于诈骗集团,以“不存在投资计划”网骗新加坡人,最终全数落网。
(吉隆坡12日讯)6名本地男子受聘于诈骗集团设立呼叫中心,以不存在投资计划在网上诱骗新加坡人,除了可领取3000令吉月薪外,还可10%抽佣,但他们最终还是被警方识破行踪,全数落网。
此外,警方已在完成调查后,根据总检察署指示,将其中5人带上法庭,在串谋罪名下面控。
全国警察商业罪案调查部总监拿督斯里南利尤索夫在新闻发布会上指出,警方于本月2日突击武吉加里尔2个被充当呼叫中心的住家单位,逮捕6名年龄18至29岁的男子助查。
“警方调查发现,被捕男子受聘于诈骗集团,以不存在的投资计划行骗;这批嫌犯每月薪金3000令吉,另外也可从客户投资额中获得10%佣金。”
他说,被捕嫌犯先是在一个约会平台和Instagram注册假的社交账号,他们的目标是新加坡人,在取得对方信任后,便开始游说对方对一名名为“charlesa.biz”的项目进行投资。
“嫌犯会发送链接让受害者进行注册,继而骗走投资者的血汗钱。”
他说,警方在行动中起获5部手提电脑、18部手机、一个手镯、一张通行卡以及一只名牌手表等等物品;其中5名嫌犯已于本月5日,在刑事法典120b(2)(串谋)条文下被控。
另一方面,南利也指出,警方于本月2日在汉都亚路破获一个疑是外汇投资诈骗集团的呼叫中心,并逮捕65名本地和外籍男女。
“警方与国内相关投资执法机构正在对此展开进一步调查,以确认此投资平台的真实性。”
他说,此外汇投资集团向客户推出“标准”与“高级”2种投资配套,有兴趣者可登入集团提供的网站注册帐号进行投资。
他指出,落网的65名男女分别是本地25男26女、越南女子3人、孟加拉女子1人、香港男子1人、中国3男4女、印度男子1人及一名泰国女子,他们年龄20至50岁。
与此同时,警方也在行动中起获5部iMac、25部手提电脑、3部电脑主机、4个荧幕、路由器、数据机、1张大马公司委员会证书以及2张吉隆坡市政局执照等等。
目前警方援引刑事法典420(欺骗)条文展开调查。
2024.7.9 Empat warga Singapura yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat sindiket pertaruhan judi haram pada 1 Julai lepas, hari ini diserahkan kepada Singapore Police Force (SPF). Beliau berkata dalam operasi sama turut ditahan dua wanita tempatan berusia 29 dan 34 tahun yang berperanan menguruskan transaksi judi, hasil perkongsian maklumat daripada pihak berkuasa Singapura. “Keenam-enam individu ini telah dituduh semalam di bawah Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953. Mereka dijatuhi hukuman denda dan telah membayar denda masing-masing. Mohd Shuhaily berkata berdasarkan siasatan, enam individu itu terlibat dalam pertaruhan 4D dan lumba kuda haram dalam talian yang beroperasi di Singapura termasuk pemain, manakala Malaysia bertindak sebagai pusat pengiraan dan merekodkan taruhan. Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah menggunakan talian telefon berdaftar di Singapura dan beberapa laman sesawang bagi mengelak dipantau PDRM serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
4 penjenayah warga Singapura terbabit kes judi haram diserah kepada polis Singapura
Johor Bahru: Empat lelaki warga Singapura yang terbabit dengan operasi kumpulan jenayah terancang membabitkan pertaruhan judi haram yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) awal bulan ini, diserah kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk siasatan lanjut.
Penyerahan dilakukan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain kepada Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasat dan Risikan) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Deputi Komisioner Zhang Weihan, hari ini.
Mohd Shuhaily berkata, kesemua suspek berusia 41 hingga 60 tahun itu diserahkan selepas mereka membayar denda yang dikenakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Pertaruhan 1953, semalam.
“Hasil perkongsian maklumat daripada SPF, pada 1 Julai lalu, kita lancarkan tiga serbuan di tiga lokasi berasingan dekat pangsapuri sekitar bandar raya ini dan menahan enam individu iaitu empat lelaki warga Singapura dan dua wanita warga tempatan berusia 29 serta 34 tahun.
“Suspek terbabit dengan sindiket judi dalam talian membabitkan taruhan 4D, judi kuda haram yang mana ia dilakukan (pemain) di Singapura, namun pusat pengiraan di Malaysia, iaitu yang merekodkan segala taruhan,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.
“Sindiket ini juga tidak menggunakan perkhidmatan talian Malaysia, kesemuanya juga tiada dalam pemantauan PDRM atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mereka berada di sempadan Johor-Singapura.
“Suspek menggunakan perkhidmatan talian Singapura serta beberapa laman sesawang yang dikenal-pasti sebagai tempat menerima pertaruhan.
“Kaedah ini digunakan bagi mengelirukan pihak berkuasa yang mana ia beroperasi di negara berlainan,” katanya lagi.
Menurut Shuhaily, empat warga Singapura yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah, perjudian tanpa lesen, kongsi gelap dan merusuh.
Katanya, dua wanita warga tempatan itu berperanan menguruskan transaksi perjudian terbabit.
“Hari ini, kita serah empat suspek warga Singapura kepada SPF. Untuk makluman, semua (keempat-empat suspek) sudah dijatuhi hukuman denda, jadi mereka ditahan atas waran untuk diserahkan kepada pihak Singapura.
“Dalam konteks risikan, kita akan kongsikan bersama pihak Singapura kerana kes induk di Singapura, jadi mereka (Singapura) yang akan lengkapkan siasatan dan apa juga maklumat yang kita terima, kita boleh siasat,” katanya.
Pada 1 Julai lalu, Polis Singapura dan Malaysia berjaya menumpaskan operasi kumpulan penjenayah terancang dengan menahan 43 individu disyaki terbabit dalam pertaruhan judi haram.
SPF turut mengeluarkan perintah larangan pelupusan untuk tujuh hartanah bernilai lebih SGD$10.7 juta (RM37.02 juta).
Wang, barang kemas, jam tangan mewah dan lebih 40 akaun bank dianggarkan berjumlah hampir SGD$4 juta (RM13.84 juta) turut dirampas.
—
远程赌博跨国团伙43人落网后 新马警方再捕两人
侦破非法远程赌博团伙,新加坡警察部队和马来西亚皇家警察日前逮捕43人后,再逮捕两名涉案人。
早前报道,两国警方6月30日和7月1日展开“特别骰子行动”(Op Dadu Khas),在新马两地逮捕43名涉及非法远程赌博活动的男女,并对总值超过1070万新元的七个房地产发出禁止处置令。
两国警方星期二(7月9日)在马来西亚关税、移民与检疫(CIQ)综合大楼举行联合记者会,透露又有两名马来西亚女子在新山落网,加上此前被捕的四名新加坡男子,共有六名涉案人在马来西亚被捕,相信他们是远程赌博网站的“代理主管”(master agent)。被捕的四名新加坡人中,两人41岁,另两人分别为53岁和60岁。
马国皇家警察刑事调查局总监苏海利在记者会上说,“特别骰子行动”共展开23次突击行动。被捕的四名新加坡男子之中,除了53岁男子外,另三人有毒品前科。“41岁男子和60岁男子也涉及黑社会活动。”
落网的两名马来西亚女子分别为29岁和34岁,没有前科。
涉经营非法万字票赌马等 为躲马国监视在我国设服务器
苏海利透露,这些嫌犯涉嫌非法万字票(4D)赌博和赌马活动。他们把总部设在新山,但使用新加坡的服务器运作,以此来躲过马来西亚通讯及多媒体委员会和警方的监视。
他说:“我们认为本地女性协助这个远程赌博团伙,团伙的主要业务在新加坡。他们利用马来西亚作为计票中心,收集4D和赛马等活动的赌注。”
四名新加坡男子已经在马来西亚认罪。根据马国赌注法令第6节条文,两人被罚款3000令吉(约867新元),另外两人被罚款2500令吉。四人已引渡回新加坡,并将再度被控上法庭。
苏海利说,网络犯罪没有边界,因此执法人员也要打破边界,柔佛警方将与新加坡警方继续密切合作,保持交流。“那些觉得能藏匿在边境的罪犯,作案时应该再三想清楚,邪不胜正,我们会找出并逮捕他们,将他们绳之以法。”
新加坡警察部队代副警察总监(调查及情报)兼刑事侦查局局长张伟汉也说,新加坡将继续与马来西亚和更多国家展开合作。“我们与马来西亚皇家警察有着长期和紧密的合作关系,以共同打击跨国有组织犯罪团伙。”
涉案九人已被控 包括一家三口
涉案的其中九人已被控上法庭,包括白腾顺(63岁)与妻子卓玉慧(62岁),以及儿子白俊龙(39岁)一家三口。
另外六名被告是沈宽泰(49岁)、杜耀新(58岁)、梁瑞庄(55岁)、许和源(55岁)、沈伟强(57岁)和蔡英德(64岁)。
控状显示,白腾顺涉嫌在去年11月至上个月30日期间,通过赌博网站收注,赌博的类别包括赌球、赌马、万字票和多多等;儿子白俊龙被指协助父亲收注,妻子卓玉慧则涉嫌协助收集和分发奖金等。
2024.6.21 Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

南利向媒体展示警方所充公的物品。

[POSTING PILIHAN] CURI RM24.2 JUTA: 14 INDIVIDU DITAHAN TERIMA KOMISEN ANTARA RM100,000 HINGGA RM240,000
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 – Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, individu yang ditahan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah semalam itu merupakan seorang wanita warga tempatan dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang kakitangan bank.
“Setakat ini, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula aktif pada awal 2023 dan kesemua suspek menerima wang komisen antara RM100,000 hingga RM240,000 mengikut peranan masing-masing.
“Kita juga percaya dalang utama bagi kes ini adalah individu yang dipercayai pakar dalam membuat pemalsuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan serta cap jari bagi proses pengeluaran duit,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di sini hari ini.
—
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM
𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐔𝐌𝐏𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐍𝐃𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐂𝐔𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐊
Kuala Lumpur, 21 Jun 2024 – Umpama filem Hollywood, satu sindiket yang dianggotai beberapa ahli dari dalam dan luar sebuah bank tempatan berjaya melarikan wang berjumlah RM24.2 juta. Lebih mengejutkan, wang tersebut dikeluarkan secara tunai di kaunter bank yang berkenaan. Melalui sidang media yang diadakan di pejabatnya pada hari ini, YDH CP Dato’ Sri Ramli bin Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mendedahkan satu pasukan siasatan telah dibentuk bagi menyiasat kegiatan satu sindiket terancang yang membuat pengeluaran wang secara tunai dari akaun simpanan tetap sebuah bank tempatan tanpa kebenaran dan pengetahuan empat pemilik akaun yang sebenar. Tiga daripada pemilik akaun adalah dari Selangor dan satu dari Perak.
“Susulan daripada laporan polis pertama pada 6 Jun 2024, tiga lagi laporan polis lain turut dibuat berkenaan modus operandi yang sama. Nilai keseluruhan wang yang telah dikeluarkan oleh sindiket ini adalah RM24.2 juta iaitu RM3.5juta bagi kes pertama, RM5.7 juta bagi kes kedua, RM6 juta bagi kes ketiga dan RM9 juta bagi kes keempat. Daripada empat laporan polis yang diterima, dua laporan dibuat oleh pemilik akaun dan dua yang lain dibuat oleh pegawai bank yang berkaitan.”
“Bermula 13 hingga 20 Jun 2024, seramai 14 individu terdiri daripada 8 lelaki dan 6 wanita berusia 22 hingga 53 tahun telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan jenayah terancang ini. 13 daripada mereka ditangkap di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan seorang ditangkap di Padang Besar, Perlis. Seorang daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 17 Jun 2024 manakala bakinya sedang direman sehingga 22 dan 24 Jun 2024. Daripada 14 yang ditahan setakat ini, empat adalah kakitangan bank tersebut.”
“Siasatan setakat ini mendedahkan ini merupakan satu jenayah terancang yang melibatkan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang simpanan tetap dari empat akaun yang telah dikenal pasti. Pengeluaran wang pertama secara tunai di kaunter bank telah berjaya dilakukan sekitar bulan April 2024 dan disusuli beberapa pengeluaran seterusnya pada bulan Mei serta Jun 2024. Melalui pakatan dalaman, pengeluaran wang tersebut berjaya dilakukan dengan mematuhi prosedur pengeluaran wang yang ditetapkan pihak bank menjadikan ia tidak dapat dikesan. Kegiatan tersebut hanya terbongkar apabila salah seorang daripada empat pemilik akaun yang terjejas hadir ke bank untuk membuat pengemaskinian akaun simpanan tetapnya. Siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan sedang dijalankan.”
Menurutnya lagi, siasatan juga mendapati dalang utama kes ini turut terlibat membuat perancangan dan membuat pengeluaran sebanyak RM551,000.00 dari sebuah bank yang lain sebelum ini iaitu pada awal tahun 2024. Kes ini juga sedang dalam siasatan pihak Polis.
—
CURI RM24.2 JUTA: 14 INDIVIDU DITAHAN TERIMA KOMISEN ANTARA RM100,000 HINGGA RM240,000
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang lagi individu menjadikan jumlah keseluruhan 14 individu termasuk empat kakitangan bank ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap sebuah bank melibatkan kerugian RM24.2 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata individu yang ditahan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah semalam itu merupakan seorang wanita warga tempatan dan dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang kakitangan bank.
“Setakat ini, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula aktif pada awal 2023 dan kesemua suspek menerima wang komisen antara RM100,000 hingga RM240,000 mengikut peranan masing-masing.
“Kita juga percaya dalang utama bagi kes ini adalah individu yang dipercayai pakar dalam membuat pemalsuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan serta cap jari bagi proses pengeluaran duit,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di sini hari ini.
Sementara itu, Ramli berkata siasatan juga mendapati dalang utama kes turut terlibat membuat perancangan dan melakukan pengeluaran sebanyak lebih RM551,000 dari sebuah bank lain sebelum ini pada awal tahun dan kes tersebut juga dalam siasatan polis.
“Keseluruhan barangan yang dirampas setakat ini adalah sembilan kenderaan pelbagai jenis dan jenama, wang tunai berjumlah RM1.93 juta, telefon bimbit pelbagai jenama, kad ATM, debit dan kredit serta barang kemas dan dokumen dipercayai berkait dengan aktiviti jenayah ini,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Pada 16 Jun lepas media melaporkan polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
Penahanan lelaki berusia 40-an di Sabah pada Jumaat lepas itu dibuat setelah polis menahan seorang wanita yang juga kakitangan sebuah bank di Kota Kinabalu pada 13 Jun.
Beliau berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima empat laporan daripada pemilik akaun dan kakitangan bank pada awal Jun lepas di Petaling Jaya, Selangor apabila mangsa menyedari terdapat pengeluaran wang mencurigakan yang dilakukan secara tunai di Kota Kinabalu membabitkan beberapa akaun simpanan tetap.
—
Komisen hingga RM240,000 jadi ‘orang dalam’ sindiket curi duit akaun simpanan
Kuala Lumpur: Pegawai bank disyaki menerima komisen antara RM100,00 hingga RM240,000, apabila bersubahat menjadi ‘orang dalam’ bagi sindiket yang mencuri RM24.2 juta daripada empat akaun simpanan, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah komisen itu didakwa berbeza mengikut peranan masing-masing, yang mana dalang utama akan menerima habuan paling lumayan.
Katanya, pihaknya percaya sindiket itu sudah merancang jenayah berkenaan sejak awal tahun lalu, membabitkan empat ‘orang dalam’ antaranya pegawai bank yang menguruskan akaun simpanan tetap selain pengurus bank.
“Semua suspek (14 orang) dipercayai rakan. Ada pegawai bank, ada bekas pegawai bank dan dalang dia ini memang pakar memalsukan data serta dokumen.
“Dalam industri perbankan, kita tahu ada proses verifikasi termasuk biometrik bermaksud sindiket ini menggunakan cap jari dan gambar mereka (ahli sindiket).
“Data (dalam sistem) itu original (asli) tetapi sindiket mampu mengubah data seperti cap jari dan gambar ahli sindiket (untuk akses akaun mangsa),” katanya pada sidang media di Pejabat JSJK Bukit Aman di sini, hari ini.
Ramli berkata, pengeluaran haram itu hanya berjaya dilakukan melalui pakatan dalaman kerana di atas kertas, ia kelihatan seperti transaksi yang sah.
“Kegiatan penipuan ini mula terbongkar apabila salah seorang pemilik akaun simpanan hadir ke bank untuk membuat pengemaskinian akaun simpanan tetapnya.
“Mangsa membuat laporan polis pada 6 Jun lalu sebelum satu pasukan siasatan dibentuk untuk menyiasat kegiatan pengeluaran wang tanpa kebenaran dan pemilik akaun sebenar,” katanya.
Menurutnya, suspek utama juga mempunyai kepakaran dalam memalsukan sistem biometrik pada kad pengenalan dan data milik mangsa.
Selain tangkapan, polis merampas sembilan kenderaan pelbagai jenis, wang tunai RM1.93 juta, telefon bimbit, kad ATM, kad debit, kad kredit, barangan berharga serta dokumen yang mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah yang dilakukan.
Setakat ini suspek ditahan reman sehingga 24 Jun dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
—
2420万定存遭盗提案 犯罪集团开这价收买银行内鬼
(吉隆坡21日讯)不法集团用10万至24万令吉“收买”银行内鬼!
早前被揭发的银行客户2420万令吉定期存款被盗提案,警方追查后发现,这个犯罪集团相信从去年已开始策划,并从今年4月开始动手,事后嫌犯可从各自的任务中,分得10万至24万令吉不等的佣金。
武吉阿曼商业罪案调查部总监拿督斯里南利透露:“此案首脑自去年开始计划盗提计划,并善于伪造文件,而警方调查后发现,此人于今年初也曾参与策划并从另一家银行提取了55万1000令吉。”
他说,该集团与银行职员“里应外合”,透过后者的权限篡改客户资料,再把客户的拇指指纹和照片,更改为集团成员,以便神不知、鬼不觉地盗走款项。
他今午召开记者会时说,警方是本月6日接获有关不法集团盗提银行户头持有人的款项投报后,即成立一个调查小组调查此案。
他说,有关集团是在4名银行户头持有者不知情的情况下,从他们的固定储蓄户头提取现金,共2420万令吉。
“4名银行户头持有人中,3人来自雪州,另一人则来自霹雳。其中一名受害者是在登门更新银行户头资料时,揭发此事。”
他说,继警方接获首个投报后,也陆续接获另外3宗投报;4宗投报分别来自2名银行持有者及该银行官员。
他说,因此,警方于本月13日至20日,分别逮捕涉及此案的8男6女(22岁至53岁)助查,并指其中4人是所涉及银行的职员。
“被捕的13人是在沙巴亚庇落网,而另1人则在霹雳巴东勿刹被捕。”
南利建议银行,加强银行的生物特征识别系统和核查银行职员的背景。
1女公务员落网
警方最新逮捕的女嫌犯(40余岁),是一名公务员,她是早前1名落网嫌犯的未婚妻。
早前落网的嫌犯,其中11人的延扣令已届满,因此他们于周五早上被警方押上亚庇推事庭,申请二度延扣令。
11名嫌犯和最新落网的女嫌犯,被警方延扣3天助查;申请延扣令的程序于上午11时30分结束后,所有嫌犯被押离现场。
此外,南利也说,警方在行动中共扣押9辆车辆、193万令吉现金、手机、提款卡、扣账卡、信用卡、台球桌及文件资料等助查,目前援引刑事法典420条文(诈骗)调查此案。”
2024.6.17 Seorang akauntan warga emas kerugian lebih RM2.27 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan mengenai pembelian saham yang diiklankan menerusi aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 75 tahun itu membuat laporan polis semalam dan mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Dis tahun lepas.
Akauntan rugi RM2.2 juta terperdaya pelaburan saham
JOHOR BAHRU: Seorang akauntan kerugian lebih RM2.2 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham.
Kejadian bermula pada Disember tahun lalu apabila lelaki tempatan berusia 75 tahun itu menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp berkaitan pelaburan pembelian saham.
Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, tertarik dengan pesanan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan, mangsa mengikut arahan dengan memuat turun dan mendaftar di aplikasi itu.
“Mangsa seterusnya memulakan pelaburan pada Mei dan Jun lalu dengan memasukkan wang ke beberapa akaun bank atas arahan suspek.
“Melihat status pelaburan di aplikasi yang diberikan mencatatkan keuntungan berjumlah RM12.9 juta membuatkan mangsa teruja dengan keuntungan yang dipaparkan dan mahu mengeluarkan wang tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, Kumar memberitahu suspek mengarahkan mangsa perlu membayar komisen berjumlah RM1.6 juta terlebih dahulu.
“Tindakan itu membuatkan mangsa telah mengesyaki dirinya ditipu dan bertindak membuat laporan polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
—
Warga emas rugi RM2.27 juta terpedaya sindiket pelaburan palsu
Seorang akauntan warga emas kerugian lebih RM2.27 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan mengenai pembelian saham yang diiklankan menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 75 tahun itu membuat laporan polis semalam dan mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Dis tahun lepas.
“Mesej WhatsApp berkenaan memberi penerangan tentang cara membuat pelaburan dengan turut menjanjikan keuntungan yang lumayan secara mudah dalam masa singkat.
“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa mengikut arahan dalam mesej dengan memuat turun satu aplikasi selain dia turut mendaftar bank akaun bagi memantau pelaburan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa mula membuat pelaburan menerusi beberapa transaksi bermula bulan lepas sehingga awal bulan ini dengan keseluruhan wang dipindahkan berjumlah lebih RM2.27 juta.
Kumar berkata mangsa kemudian dimaklumkan pihak sindiket bahawa keuntungannya mencapai RM12.9 juta hasil pelaburan dibuat, namun dia diminta membayar komisen RM1.6 juta sebelum boleh mengambil wang keuntungan itu.
“Mangsa enggan membuat pembayaran komisen berkenaan kerana mengesyaki telah ditipu sindiket pelaburan palsu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
—
注册账号以为赚1290万 75岁会计师失227万积蓄
(新山17日讯)75岁老会计师坠入投资骗局,以为赚了1290万令吉,想要提出利润才知受骗,总损失额达227万6000令吉。
柔佛州总警长古马今日发文告指出,这名来自新山的七旬老翁是误坠高利润投资诈骗陷阱,才痛失大笔积蓄。
他说,老翁是于去年12月19日通过手机应用程式WhatsApp收到一则购买股票的广告,以为可以通过下载指定的投资应用程式获取投资信息,并在短时间内轻松获得丰厚利润。
“为了赚取高利润,老翁按照广告中的指示,下载有关应用程式,并注册一个投资账号,于今年5月及6月开始进行投资,过程中,老翁按照指示款汇到多个指定的银行户头,总计227万6000令吉。”
他说,老翁后来查阅应用程式,发现已获得高达1290万令吉的利润,当老翁决定提取所有利润时,骗子却指示老翁缴付160万令吉的佣金。
“老翁有感自己受骗,没有再支付该费用,并选择报警。”
古马说,警方已援引刑事法典第420(欺骗)条文调查此案,在此条文下一旦罪成,可面对监禁最少1年、最高10年,鞭笞和罚款。
他呼吁民众提高警惕,切勿轻信社交媒体或网络上的投资优惠信息,可通过商业罪案调查组的社交媒体账号,获取更多关于诈骗案的最新资讯。
2024.6.10, Polis setakat ini mengenal pasti enam akaun bank dipercayai digunakan sindiket penipuan pelaburan berasaskan jual beli barangan secara dalam talian yang memperdaya pemain badminton kebangsaan, Lai Pei Jing baru-baru ini.
Polis kenal pasti enam akaun bank diguna tipu pemain badminton kebangsaan
KUALA LUMPUR: Polis setakat ini mengenal pasti enam akaun bank dipercayai digunakan sindiket penipuan pelaburan berasaskan jual beli barangan secara dalam talian yang memperdaya pemain badminton kebangsaan, Lai Pei Jing baru-baru ini.
Menurut Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dengan institusi perbankan terlibat.
Katanya, ia bagi mendapatkan butiran akaun dan transaksi kewangan berkaitan.
“Ini susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pemain badminton kebangsaan yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit setelah ditipu dalam skim pelaburan berasaskan jual beli barangan dalam talian.
“Setakat ini, siasatan mengenal pasti enam akaun bank yang digunakan oleh sindiket penipuan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.
Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan penipuan.
Pada 3 Jun lalu, polis mengesahkan menerima laporan daripada pemain beregu campuran negara itu yang ditipu sindiket pelaburan.
Ramli dilaporkan berkata, laporan kejadian dibuat di Seri Kembangan, Selangor.
“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut kerana ia melibatkan sindiket penipuan pelaburan,” katanya.
Terdahulu, Pei Jing berkongsi kejadian menimpanya itu di Instagram pada 2 Jun lalu dan berharap semua pihak memberikan dia ruang untuk bertenang.
“Saya ditipu, hampir semua simpanan saya oleh sindiket penipuan. Sejujurnya, ini adalah tamparan hebat kerana ia adalah simpanan hasil kerja keras saya sejak bertahun-tahun,” katanya.
—
已鉴定6银行户口有关 警方联手银行查赖沛君案
(吉隆坡10日讯)武吉阿曼商业罪案调查局主任拿督斯里南利指出,针对羽球混双名将赖沛君遭诈骗一案,已鉴定6个银行户头与此案有关。
南利提出,警方目前已与银行机构合作,且已经追查到涉及此案,有金钱来往的银行账户。
他说,警方目前已援引刑事法典420条文(诈骗)展开进一步调查。
大马羽球混双名将赖沛君误坠名为“DoBeVil”的线上投资诈骗,引起全城热议。
建议采用软件打击诈骗案
南利:首次汇款将发警告
此外,南利提出,当局建议采用一个特别软件来打击涉及金融机构账户的诈骗案。
他说,这个名为“首次汇款通知”(First Time Transfer Pop Up)的软件,将在民众的银行账户汇款给首次交易的账户时,提出警告。
当局接到有关公司账户遭骇客入侵的投诉后,已经在6月4日与国家银行的会议中提起这项建议。
“警方早前接获投诉,指有罪犯通过骇入公司户头,更改薪资文件的数据,改为钱驴的户头。公司未觉察这个变化,就把数据上载到会计系统来发薪水。”
他说,这让企业以为已经给职员发薪水,但实际上是把钱汇入了罪犯的账户。
“目前有一家金融机构已经采用这个软件。”
他也透露,通过多次的协商,当局已经成功解决部分问题,目前也正在设法打击线上诈骗案,包括提出处理银行账户的标准作业程序,解决当下可能存在的混淆问题。
南利提出,当局也协商推出一个指南,以公平对待线上诈骗案的受害者。
“我们还在深究,未来的决定将注重受害者的福祉,同时强化打击线上诈骗案的的元素。”
半年商业罪案损失达9亿
与此同时,警方截至6月2日共接获1万4051宗商业罪案投报,其中一天最高的报案数量高达92宗,而损失金额相比去年多出三成。
南利提出,今年第22个星期(5月27日至6月2日)接获的商业罪案投报中,损失大95万9041令吉。
今年截至6月2日的商业罪案损失则是9亿5904万1692令吉,相比去年同期的的7亿2884万6238令吉高出32%。
他认为,能够适当处理案件增加的趋势,去年同期的案件档案有5643宗,而今年则有6531宗。
南利认为,案件和损失金额的上升,显示当局需要更积极采取行动来打击商业罪案。
“警方呼吁个社会阶层参与,并且采取行动来防止商业罪案。”
2024.6.5, Two reports involving over half a million ringgit in losses have been linked to the Dobemall and Dobevil phone applications, says Bukit Aman. The Dobevil app had been highlighted in previous media reports following national mixed doubles badminton player Lai Pei Jing posting on her social media that she had fallen prey to an investment scam.
Two reports with over RM500,000 in losses linked to Dobevil, Dobemall mobile apps
PETALING JAYA: Two reports involving over half a million ringgit in losses have been linked to the Dobemall and Dobevil phone applications, says Bukit Aman.
Bukit Aman Commercial Crime Investigation Department (CCID) director Comm Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (pic) said that the two reports involving an estimated RM540,000 in losses were lodged in Selangor and Sarawak.
He said that in the Selangor report, the victim was coaxed into downloading the app by a friend on TikTok whereas the victim in Sarawak was told to download it after clicking on a Facebook advertisement.
The victims were then told to use the app to make purchases with the promise of making profits from each buy.
“They would be able to see their commissions increase. However, they were hit with various fees when they tried to to take the money out,” he said.
Comm Ramli added that both applications are currently being investigated, and that the Dobemall app is still available for download.
“The links between the two apps are being investigated. We do not deny the possibility of both being operated by the same syndicate.
“The CCID will work with the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to take down the app to avoid more people falling victim,” he said.
The Dobevil app had been highlighted in previous media reports following national mixed doubles badminton player Lai Pei Jing posting on her social media that she had fallen prey to an investment scam.
It is believed that Dobevil was the app used by the scammer.
—
警方:购物平台线上投资 赖沛君坠Dobevil App诈骗
(八打灵再也5日讯)全国警察商业罪案调查总监拿督斯里南利尤索夫证实,大马羽球混双名将赖沛君是误坠一个名为Dobevil的购物平台线上投资计划,并在手机安装及下载了同名的应用程式,损失逾40万令吉。
此外,他也证实,警方除了在雪兰莪州史里肯邦安接获赖沛君投报外,砂拉越三马拉汉省也有一名女销售员因坠入同样骗局报案,损失12万5000令吉。
南利今晚发表文告指出,至目前为止,警方共接获上述2宗针对Dobevil与Dobemall的投报,损失总额为54万零600令吉。
通过抖音认识网友下载App
“警方初步相信,Dobevil与Dobemall这两个手机应用程式(App)涉嫌诈骗,声称让受害者通过App进行购买交易后,可获得佣金及利润,但2名受害者受骗的过程各有不同。”
他说,赖沛君是通过抖音上认识的网友而下载这个App,砂拉越的受害者是一名四十余岁的女销售员,她是透过点击脸书广告链接后下载此App。“受害者在手机安装这个App后,将会受指示在App上进行指定交易,并且每笔交易都可获得佣金,他们也可在App上查看自己的佣金,但当他们要提现时,就会被征收额外的费用。”
南利指出,警方正在调查Dobevil与Dobemall这两个App的关系,不排除它们都由同一个诈骗集团所操控。
2 App仍在应用商城
“此外,警方进一步调查后发现这两个App仍可在一些手机的应用商城中下载,因此警方将会与通讯及多媒体委员会合作,把这两个App下架。”
警方已援引刑事法典420(欺骗)条文调查上述案件。
砂女求职不慎上当
根据警方对这两起案件的初步调查,使用Dobevil应用程式的诈骗集团,是通过投资计划来诱骗赖沛君,而有关砂拉越女子则是因为求职,准备当线上销售员,而不慎上当。
砂拉越警察总监拿督曼查上个月杪证实,三马拉汉省一名四十余岁女促销员,在今年1月9日在社交媒体上对一份兼职工作有兴趣,于是联络对方。
“一名男子随后献议她到一个叫Dobemall的线上销售平台做销售员,并要求她安装一个叫Dobevil的手机应用程式。”
他说,女子最终掉入虚拟兼职工作骗局,痛失12万5000令吉。
买商品赚佣金似庞氏骗局
据悉,Dobevil是一款购物平台的线上投资计划,投资者会受要求在手机里安装同名应用程式来操作。
这个程式允许用户购买商品并获得佣金,同时还可以招揽其他人加入投资计划,从下线的佣金中获得分成,运营模式疑似庞氏骗局。
“投资佣金”来自新投资者
消息透露,用户在这个线上商城中所购买的商品并没有价值,他们所获得的“投资佣金”,其实是来自新投资者加盟的佣金,一旦市场饱和,难以找到新投资者加入,骗局就会崩盘。
也有消息透露,这个Dobevil是属于刷单骗局,但具体如何运作诈骗,则有待警方进一步透露及证实。
记者尝试在网上查询关于Dobevil和DoBeVil的详情时,发现在iPhone手机的App store里也能找到DoBeVil及DobeMall,但两个应用程式的开发者并非同一人。
安卓手机的Play store则没发现。
2024.6.3, Federal Commercial Crime Investigation Department (CCID) director Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf said the investigation was launched after police received a report on the matter from Pei Jing.
peijinglai:
謝謝在我最煎熬的時刻 幾乎二十四小時陪著我的你們🙏🏻 我想我是時候振作起來 清理好思緒 調整好心情 做好當下該做的事⋯ 我想盡我最大的努力提供更多的反詐資訊來幫助更多的人🙂↕️
Thank you for being with me almost 24 hours a day during my most difficult times. 🙏🏻 I think it’s time for me to pull myself together, clear my thoughts, adjust my mood, and focus on what needs to be done right now. I wish to do my best to provide more anti-fraud information to help more people. 🙂↕️


—
Cops probing national shuttler Pei Jing’s investment scam case
KUALA LUMPUR: Police today confirmed that they have launched an investigation into the case of national mixed doubles shuttler Lai Pei Jing, who lost her lifetime savings after falling victim to an investment syndicate.
Federal Commercial Crime Investigation Department (CCID) director Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf said the investigation was launched after police received a report on the matter from Pei Jing.
“A report regarding the incident was made in Seri Kembangan, Selangor. We are conducting further investigations as it involves an investment fraud syndicate,” he told the New Straits Times.
Ramli said preliminary investigation showed Pei Jing had joined an investment scheme based on online buying and selling of goods.
This scheme, he said, operates using an application known as Dobevil and participants can see the commission earned through the application.
He added that the case is being investigated under Section 420 of the Penal Code for cheating.
Yesterday, the 31-year-old took to social media to share the unfortunate incident and asked for personal space to process her thoughts and emotions.
“First of all, to my relatives and friends who see this post, whether you are curious or concerned, please give my family and me some private space to deal with our emotions.
“Please give us time to process everything, especially my mum. Thank you. Yes, I was scammed of almost all my savings by a fraud group.
“Honestly, this has been an extremely heavy blow to me. My hard-earned savings from decades of hard work,” she said.
Pei Jing, who makes up the world No. 23 pairing with Tan Kian Meng, also explained that she is already working closely with the local authorities.
—
赖沛君坠骗案失毕生积蓄 | 南利证实:是商业投资骗案 “诈骗条文调查”
(八打灵再也3日讯)大马羽球混双名将赖沛君昨日在社交媒体发文称遭诈骗集团骗走毕生继积蓄,引起社会关注,警方目前已接获投报并开档调查此案。
全国警察商业罪案调查总监拿督斯里南利尤索夫今日受询时向本报证实,警方已接获赖沛君的投报。
“是的,警方已经接获这名羽球国手的投报,这是一起商业投资骗案,警方已经开档调查此案。”
他说,警方援引刑事法典420(诈骗)条文开档调查。
另一方面,本报今午尝试联系赖沛君了解更多案件详情,不过她的手机已关机,暂时无法联系。
赖沛君是于昨天在社交媒体Instagram上发文,指她遭诈骗集团骗走了几乎所有积蓄,并呼吁大众给予她及家人一些私人空间处理情绪。
她也说,她会在沉淀情绪后,再考虑透过什么方式与公众分享其被骗过程,以及避免受骗的方式,希望能帮助大家提高警惕,以免上当。
2024.5.24, Polis berjaya menumpaskan sindiket ‘Gang Wong’ dengan rampasan pelbagai jenis barangan bernilai RM51.2 juta. Sindiket penipuan pelaburan Forex dan mata wang kripto itu dipercayai telah beroperasi sejak 2017, berpangkalan di luar negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata 10 individu warga tempatan ditahan dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada 13 hingga 21 Mei lalu.
Sindiket ‘Gang Wong’ tumpas, rampasan barangan RM51.2 juta
Kuala Lumpur, 24 Mei- Polis berjaya menumpaskan sindiket ‘Gang Wong’ dengan rampasan pelbagai jenis barangan bernilai RM51.2 juta.
Sindiket penipuan pelaburan Forex dan mata wang kripto itu dipercayai telah beroperasi sejak 2017, berpangkalan di luar negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata 10 individu warga tempatan ditahan dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada 13 hingga 21 Mei lalu.
Antara yang disita termasuk 18 kenderaan mewah, 203 motosikal, 10 beg tangan, 75 utas jam, 129 keping geran kenderaan dengan nombor pendaftaran eksklusif dan wang tunai.
Tan Sri Razarudin memaklumkan perkara tersebut dalam sidang media di ibu negara.
Berdasarkan siasatan, sindiket ini menjalankan pengubahan wang haram menggunakan kaedah seperti urusan jual beli nombor pendaftaran eksklusif dan jam tangan berjenama mewah di kedai jam bertempat di Bukit Jalil.
Selain itu, mereka turut melaburkan wang dalam perladangan buah durian seluas 100 ekar dan menggunakan pengurup wang tidak berdaftar untuk menukar kripto kepada tunai sebagai modus operandi sindiket tersebut.
Mereka yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 28 hingga 51 tahun.
Kesemua individu ditahan reman tiga hingga tujuh hari di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan menjauhi sebarang aktiviti mencurigakan serta memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan jenayah pengubahan wang haram.
—
Police bust forex and crypto scam syndicate, seize RM51 mil in assets [NSTTV]
KUALA LUMPUR: Police have busted a GHC Forex and cryptocurrency investment scam syndicate, seizing assets worth RM51.2 million.
Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain said the group was known as “Gang Wong”.
Police arrested 10 locals, comprising eight men and two women aged between 28 and 51, for their suspected involvement with the investment scam syndicate.
The operation, conducted by the Anti-Money Laundering Criminal Investigation (AMLA) team and the Secretariat Office of the IGP, Bukit Aman, involved several raids across the Klang Valley from May 13 to 21.
Razarudin said all suspects have been remanded for three to seven days under Section 4(1) of the Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA) to assist in the investigation.
From the raids, police seized 129 vehicle certificates with exclusive registration numbers worth RM18 million, 75 branded watches valued at RM10 million, 18 luxury vehicles of various brands worth RM9 million, RM503, 001 in cash, 203 motorcycles worth RM406, 000 and 10 branded handbags worth RM90, 000.
“We also seized foreign currency including 320,000 Japanese yen, 3,940 Thai baht, 455 Turkish Lira, 290 Chinese yuan, 305 US dollars, 27,000 Korean Won, 200 Singapore dollars, and 200 Australian dollars, along with 10 chequebooks, 12 mobile phones, and computer equipment,” he said at a press conference at Menara KPJ here today.
Razarudin said actions has been taken to freeze 33 bank accounts totaling RM10.7 million and seize cryptocurrency worth RM3.5 million at current value, believed to be the proceeds from the investment scam activities.
The total amount of frozen and seized assets is RM51,213,176.
Razarudin said the syndicate, which has been operational since around 2017 and is based in an Asian country, laundered money through various methods, including the sale or purchase of high-value registration numbers and luxury watches.
He said based on the investigation, this money-laundering syndicate conducted illegal money transaction using methods such as the sale and purchase of high-value exclusive and classic registration numbers and the sale and purchase of high-end branded watches at a watch shop located in Bukit Jalil.
“This syndicate transferred funds from illegal activities from the foreign country to Malaysia using unregistered money changers and cryptocurrency transactions.
“They also invested money in a 100-acre durian plantation and used unregistered money changers to convert cryptocurrency to cash as a modus operandi to evade law enforcement,” he said.
He added that the proceeds from these illegal activities were also used to purchase properties within Malaysia, which are still being traced.
—
由华裔男首脑“领军” “Gang Wong”从国外骗回大马
(吉隆坡24日讯)“Gang Wong”在其中一名落网华裔首脑带领下,从国外骗到国内,但警方初步相信,其幕后没有“大人物”保驾护航!
警察总长丹斯里拉查鲁丁今日召开记者会指出,警方捣毁名为“Gang Wong”的虚拟货币投资诈骗集团,并逮捕10名华裔男女,包括一名男首脑。
他说,调查发现, 10名嫌犯从2017年开始,便在某亚洲国家设立诈骗基地,以高回酬投资为由骗取外籍投资客的钱财。
“一行人不久前返回大马,除了想方设法转移巨额赃款,也将整个诈骗阵营搬移大马,但诈骗目标仍是外国人。”
他说,10名嫌犯在大马没有犯罪前科,但警方仍将调查他们在国外是否有案底,警方也不排除嫌犯仍有余党潜逃在外。
“警方也将调查受骗者的身分,但初步相信,他们都在国外。”
另外,被问及是否有拿督或丹斯里等“VIP”(大人物)牵涉其中时,他回应,初步调查后没有发现这个情况。
2024.5.3, Polis membongkar satu sindiket tipu pelaburan guna nama syarikat terkenal, Goldman Sachs selain tawaran pakar analisis dikenali sebagai ‘Cikgu Trader’ dengan janji keuntungan hingga 200 peratus sebulan. Kegiatan sindiket itu ditumpaskan menerusi serbuan Op Nuri di tujuh negeri iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak pada 29 April lalu.
(警方破获以一位自称有“Cikgu Trader”分析师指路,向投资者保证每月可获高达200%的利润承诺为饵的投资诈骗集团。这个集团运作一年多以来,导致受害人蒙受高达1130万令吉的损失。武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里斯里南利指出,警方在4月29日于雪兰莪、柔佛、森美兰、霹雳、吉打、槟城和砂拉越7州属展开的Op Nuri突袭行动中捣破该诈骗集团。)
Sindiket guna nama Goldman Sachs, tawar khidmat ‘Cikgu Trader’
KUALA LUMPUR – Polis membongkar satu sindiket tipu pelaburan guna nama syarikat terkenal, Goldman Sachs selain tawaran pakar analisis dikenali sebagai ‘Cikgu Trader’ dengan janji keuntungan hingga 200 peratus sebulan.
Kegiatan sindiket itu ditumpaskan menerusi serbuan Op Nuri di tujuh negeri iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak pada 29 April lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi ini berjaya memberkas 12 warga tempatan termasuk dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 45 tahun.
“Siasatan mendapati suspek berperanan sebagai pengarah syarikat dan pemilik perniagaan yang digunakan sebagai akaun keldai dalam aktiviti penipuan pelaburan yang dijalankan.
“Polis percaya kegiatan penipuan ini beroperasi secara dalam talian sejak Februari lalu dengan menggunakan nama syarikat pelaburan terkemuka di dunia iaitu Goldman Sachs bagi memperdayakan mangsa,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.
Ramli berkata, media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp digunakan sebagai medium pemasaran dan komunikasi dengan mangsa.
Dalam pada itu, belum mendedahkan, skim pelaburan ini dikesan menawarkan pulangan yang tinggi iaitu 15 hingga 200 peratus sebulan.
“Keuntungan pelaburan dijamin melalui bimbingan dan bantuan daripada pakar analisis pasaran modal atau ‘Cikgu Trader’, malah mangsa juga diminta memuat turun aplikasi Bam Pro dan Baly Pro Apps di ‘App Store’ dan ‘Google Store’,” ujarnya.
Jelasnya, mangsa seterusnya diarahkan membuat pindahan wang pelaburan ke akaun syarikat keldai yang ditetapkan oleh sindiket sebelum menyedari gagal mengeluarkan wang keuntungan yang diperolehi.
“JSJK telah membuka 29 kertas siasatan babit 41 mangsa yang melibatkan nilai kerugian RM11.3 juta.
“Siasatan telah mengenal pasti terdapat 19 akaun bank melibatkan tiga syarikat dan 16 perniagaan yang disalahgunakan sebagai keldai akaun untuk menerima wang daripada mangsa,” katanya.
Justeru, beliau berkata, JSJK turut mengesan terdapat syarikat-syarikat pelaburan dilihat mula menawarkan pelaburan berasaskan emas.
“Jika melihat kepada rekod siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, kebanyakan skim pelaburan ini akan berakhir dengan penipuan dan kerugian kepada mangsa,” katanya.
Tegasnya, JSJK mencadangkan agar Bank Negara Malaysia menetapkan peraturan yang lebih sesuai dan memastikan semua syarikat pelaburan yang berasaskan logam berharga sebegini agar berdaftar dengan pihak mereka.
“Ini penting bagi menentukan wang yang dilaburkan adalah terjamin dan sekali gus mengelakkan kewujudan lebih banyak skim penipuan pelaburan,” katanya
—
Sindiket pelaburan guna nama Goldman Sachs untuk perangkap mangsa – Polis
KUALA LUMPUR: Sindiket yang memperdaya orang ramai dengan menyamar sebagai sebuah syarikat pelaburan terkenal dunia, Goldman Sachs, akhirnya tumpas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata sindiket berkenaan menipu orang ramai sehingga menyebabkan kerugian hampir RM11.4 juta.
Katanya menerusi Operasi Nuri 7/24 membabitkan beberapa siri serbuan di tujuh negeri iaitu Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak pada 29 April lalu.
Beliau berkata, menerusi serbuan itu, pihaknya menahan 12 individu terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita, semuanya warga tempatan berusia antara 21 hingga 45 tahun.
“Serbuan ini adalah hasil risikan yang dijalankan selepas kita menerima 41 laporan polis daripada mangsa penipuan sindiket ini membabitkan kerugian berjumlah RM11.39 juta.
“Antara suspek ditahan termasuk yang berperanan sebagai pengarah syarikat dan pemilik perniagaan yang digunakan sebagai akaun keldai dalam aktiviti penipuan pelaburan yang dijalankan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat JSJK Bukit Aman di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket penipuan ini beroperasi secara dalam talian dengan menggunakan nama syarikat pelaburan yang terkemuka di dunia iaitu Goldman Sachs bagi memperdayakan mangsa.
“Sindiket ini didapati menggunakan laman Facebook dan aplikasi WhatsApp sebagai medium pemasaran dan komunikasi dengan mangsa selain mengiklankan promosi pelaburan melalui laman sosial dengan aplikasi sistem algoritma Facebook.
“Skim pelaburan ini menawarkan pulangan yang tinggi iaitu 15 peratus hingga 200 peratus sebulan. Keuntungan pelaburan dijamin melalui bimbingan dan bantuan daripada pakar analisis pasaran modal atau ‘Cikgu Trader,” katanya.
Mangsa yang terpedaya, katanya akan diminta memuat turun aplikasi ‘Bam Pro’ dan ‘Baly Pro Apps ‘di telefon bimbit menerusi ‘App Store’ dan ‘Play Store’.
“Mangsa seterusnya diarahkan membuat pindahan wang pelaburan ke akaun syarikat keldai yang ditetapkan oleh sindiket.
“Mangsa akan menyedari telah ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan yang diperoleh,” katanya.
Ramli berkata, setakat ini sebanyak 29 kertas siasatan dibuka membabitkan sindiket ini dengan nilai kerugian RM11.39 juta.
“Siasatan mengenal pasti sebanyak 19 akaun bank membabitkan tiga syarikat dan 16 perniagaan disalahgunakan sindiket ini sebagai keldai akaun untuk menerima wang daripada mangsa.
“Kesemua suspek direman tiga hari sehingga semalam dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu,” katanya.
Tambah beliau, sindiket ini didapati baharu aktif Februari lalu namun sudah berjaya memperdaya puluhan mangsa membabitkan nilai kerugian jutaan ringgit.
Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan dalam masa singkat.
—
41人中招·12男女落网 月赚200%骗局卷走1130万
(吉隆坡3日讯)警方破获以一位自称有“Cikgu Trader”分析师指路,向投资者保证每月可获高达200%的利润承诺为饵的投资诈骗集团。
这个集团运作一年多以来,导致受害人蒙受高达1130万令吉的损失。
武吉阿曼商业罪案调查局总监拿督斯里斯里南利指出,警方在4月29日于雪兰莪、柔佛、森美兰、霹雳、吉打、槟城和砂拉越7州属展开的Op Nuri突袭行动中捣破该诈骗集团。
他今日在一项新闻发布会上说,警方在行动中逮捕12名包括2名女性的本地公民,年龄介于21至45岁。调查发现嫌犯是以公司董事和业主的身分,作为钱驴账户进行投资诈骗活动。
他表示,此诈骗集团自去年2月以来一直在网上进行相关的活动。
“脸书和手机应用程式被用作营运和与受害者沟通的媒介。此投资计划声称每月可提供15%至 200%的高回酬,惟具体情况不详。
“它通过指定的资本市场分析专家或‘Cikgu Trader’的指导和帮助来保证投资利润,并要求受害者在‘App Store’和‘Google Store’下载Bam Pro和Baly Pro应用程式。”
他解释,受害人被指示将款项转入该集团设定的钱驴公司账户后,才发现本身是未能提取所赚取的利润。
他补充,商业罪案调查部已针对41名受害者进行29份立案调查,涉及总额1130万令吉的损失。
南利形容,调查发现共有涉及3家公司和16家企业的19个银行账户,这些账户被滥用为钱驴账户,以接收受害者的资金。警方也发现这些投资公司开始提供黄金投资。
他强调,若仔细观察警方过往的调查记录,大多数此类投资计划都会以欺诈和受害者面对损失告终。
2024.5.3, Polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan pelaburan yang mempromosi pelaburan tidak wujud menerusi ‘live’ TikTok’ dan menayang jongkong emas tiruan dan mata wang Amerika Syarikat (AS) palsu untuk memperdaya orang ramai.
Kegiatan sindiket itu tumpas selepas polis menyerbu dua premis di sekitar Petaling Jaya yang dijadikan pusat panggilan sindiket berkenaan pada 25 April lalu.
Sindiket tayang ‘jongkong emas’, mata wang asing ‘goda’ orang ramai buat pelaburan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (kanan) menunjukkan jongkong emas palsu yang ditawarkan sindiket penipuan pelaburan Goldman Sachs di Menara KPJ, Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan pelaburan yang mempromosi pelaburan tidak wujud menerusi ‘live’ TikTok’ dan menayang jongkong emas tiruan dan mata wang Amerika Syarikat (AS) palsu untuk memperdaya orang ramai.
Kegiatan sindiket itu tumpas selepas polis menyerbu dua premis di sekitar Petaling Jaya yang dijadikan pusat panggilan sindiket berkenaan pada 25 April lalu.
Hasil serbuan, polis menahan lapan warga tempatan terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia antara 21 hingga 43 tahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pemeriksaan mendapati sindiket terbabit disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan secara dalam talian yang menyasarkan warganegara Malaysia.
Katanya, premis berkenaan dijadikan pusat khidmat pelanggan, selain turut digunakan sebagai pusat pengiklanan dan promosi pelaburan menggunakan aplikasi TikTok.
“Lapan individu yang ditahan berperanan selaku pengarah syarikat, pengurus, moderator, tenaga pengajar, editor dan ‘host live TikTok’.
“Turut dirampas tiga unit CPU, masing-masing tujuh monitor dan komputer riba, telefon bimbit (11), masing-masing satu router, modem wifi dan kamera, satu ikat wang palsu dolar AS dalam bentuk bernilai AS$100 serta 10 replika jongkong emas,” katanya.
Ramli berkata, siasatan mendapati, sindiket ini berperanan mempromosi urus niaga pasaran saham yang didakwa beroperasi di Hong Kong.
“Pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram dan diajar untuk melakukan urus niaga jual beli saham itu melalui laman sesawang yang diberikan oleh sindiket.
“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung modus operandi sindiket ini serta jumlah mangsa sindiket ini yang sebenar dan jumlah kerugian. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ramli berkata, pihak JSJK mendapati kebelakangan ini, pelaburan berasaskan emas mula menjadi pilihan orang ramai berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan mata wang di seluruh dunia.
“Emas dilihat sebagai aset yang stabil kerana nilainya yang terus meningkat sekali gus menjanjikan keuntungan kepada pelabur yang berminat dan fenomena ini diambil kesempatan apabila banyak syarikat pelaburan dilihat mula menawarkan pelaburan berasaskan emas.
“Jika melihat kepada rekod siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, kebanyakan skim pelaburan ini akan berakhir dengan penipuan dan kerugian kepada mangsa,” katanya.
Jelas beliau, sekiranya harga emas terus dalam trend menaik, ramai pelabur akan menjual semula emas untuk mendapatkan keuntungan.
“Pada masa sama, syarikat tidak dapat memenuhi tebusan emas dan ini akan memberi kesan kepada pelabur.
“Justeru, kita berpendapat perlu diwujudkan satu mekanisme yang lebih mantap untuk memantau dan menyelia skim-skim pelaburan yang dianjurkan oleh syarikat khususnya berkaitan pelaburan emas.
“Kita mencadangkan Bank Negara Malaysia menetapkan peraturan yang lebih sesuai dan memastikan semua syarikat pelaburan berasaskan logam berharga seperti emas agar berdaftar dengan pihak mereka,” katanya.
Kata beliau, perkara itu penting bagi menentukan wang yang dilaburkan adalah terjamin, sekali gus mengelakkan kewujudan lebih banyak skim penipuan pelaburan.
—
马警捣毁两网络投资诈骗团伙 起获假金条假美元等道具
(吉隆坡综合讯)马来西亚网络投资诈骗猖獗,警方上个月捣毁两个诈骗团伙,揭发不法分子利用社交媒体宣传假投资计划,包括在社媒直播中用假美元和假金条等道具诱骗民众投资。
马国武吉阿曼警察总部商业罪案调查总监南利尤索夫星期五(5月3日)召开记者会说,警方根据投报,分别在4月25日和29日针对不同的诈骗团伙展开突击行动,共逮捕20人协助调查。
在第一起行动中,警方在雪兰莪州八打灵再也捣毁一个线上投资诈骗呼叫中心,逮捕八名年龄介于21岁至43岁的马国男女。他们涉嫌通过TikTok直播宣传虚假的香港股票投资计划,还用假美元和假金条谎称有关投资可获得丰厚回酬,吸引民众上钩。
根据警方初步调查,这个诈骗团伙去年8月开始活跃,在八打灵再也租下两间办公室充当客户服务及宣传中心。落网的六男二女分别扮演公司董事、经理、直播主持人等角色,警方还在现场起获三台电脑主机、七台手提电脑、11部手机、一台路由器、一台网络连线器、一捆面额为100美元的假钞、10块假金条及一把钥匙。
南利指出,这个诈骗团伙在社媒谎称他们负责促进在香港运营的股票市场交易。“有兴趣者会被拉进一个Telegram群组,被教导如何通过他们提供的网站进行股票交易。”
对于有多少受害者及损失金额的问题,南利称案件仍在调查中,无法透露更多细节。不过他说,今年截至4月28日,警方共接获1万零106起各类商业罪案投报,损失金额超过8亿6600万令吉(约2亿4700万新元)。
至于第二起突击行动,南利说,涉及的诈骗团伙冒用美国高盛集团(Goldman Sachs)名义行骗,在脸书、即时通信应用WhatsApp等平台宣传不存在的投资计划,声称每月可获得最高200%回酬,骗走41名受害者逾1139万令吉(约325万新元)。
警方掌握情报后,于4月29日兵分多路到雪兰莪、柔佛、森美兰、霹雳、吉打、槟城和砂拉越同步展开行动,逮捕12名涉案男女。他们多为空壳公司负责人,涉嫌利用19个银行户头,包括三个公司户头和16个商业户头充作“钱骡”户头进行投资诈骗。
警方援引《刑事法典》欺骗条文调查上述两个诈骗团伙的落网嫌犯。
2024.5.3, Orang ramai diingatkan tidak menyertai sebarang skim pelaburan yang tidak berdaftar di Malaysia kerana penyertaan mereka tidak akan dilindungi dalam perundangan negara ini, sekali gus meletakkan risiko kepada pelabur untuk mengalami kerugian lebih besar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memetik keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 April lalu yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak sejumlah RM1,112,700 daripada 79 pelabur skim pengambilan deposit secara haram.
FRAUDULENT INVESTMENT SCHEME VICTIMS RISK LOSING RIGHT TO RECOVER LOSSES – CCID
03/05/2024 03:10 PM
KUALA LUMPUR May 3 — Individuals who have fallen victim to fraudulent investment schemes risk losing the right to recover their money even after going through the legal avenue.
Bukit Aman Commercial Crime Investigation Department (CCID) director Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf said this is due to the funds seized from the syndicate being determined as proceeds of illegal activities, and therefore, victims cannot be considered to have a legitimate legal interest in them.
“Evidence shows that they (investors) have voluntarily and without coercion deposited money into accounts that were instructed, to become investors in the VenusFX scheme and expect a return on the investment,” he said during the CCID director’s special media conference at Menara KPJ, here today.
On April 24, the Federal Court allowed the prosecution’s appeal to forfeit more than RM1.1 million from 79 investors in an illegal deposit taking scheme.
A three-judge panel led by Chief Justice Tun Tengku Maimun Tuan Mat also ordered that the funds be divested of their rights and channeled into government revenue.
In light of this, Ramli cautioned the public against engaging in any unregistered investment schemes, especially those promoted through social media platforms and the like.
When asked about potential scam victims seeking recourse, Ramli explained that such claims could be pursued through a request to investigative officers, though the ultimate decisions lie with the courts.
Moreover, Ramli noted a recent surge in companies offering gold-based investments, a trend driven by current global economic uncertainty and currency fluctuations.
“Based on our investigations, many of these investment schemes end in deception and loss. For instance, if gold prices continue to rise, investors may sell for profit. However, companies may fail to meet gold redemption obligations, resulting in adverse effects for investors,” he elaborated.
Therefore, Ramli emphasised the need for a robust mechanism to monitor and regulate investment schemes, particularly those involving gold investments.
“Our department proposes that Bank Negara Malaysia establish more appropriate regulations and ensure that companies offering precious metal-based investments are duly registered with them. This is crucial to safeguard invested funds and mitigate the proliferation of fraudulent investment schemes,” he stressed.
—
Investment scam losses cannot be recouped, says Bukit Aman
Friday, 03 May 2024
KUALA LUMPUR: Losses incurred from an investment scam cannot be recouped even through the legal process, says Bukit Aman.
Commercial Crime Investigation Department (CCID) director Comm Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (pic) said as previously reported, the Federal Court allowed for the prosecution’s application to forfeit RM1,112,700 from 79 investors of the Venus FX illegal deposit-taking scheme.
“A panel of three judges led by Chief Justice Tun Tengku Maimun Tuan Mat ordered the RM1,112,700 to be forfeited to government revenue, stating that there was merit in the appeal.
“Court proceedings stated that money seized from the syndicate were proceeds from an illegal activity, thus money deposited by a third party was also tainted.
“So the respondents could not have any legal rights over the money,” he told a press conference at CCID headquarters here on Friday (May 3).
Comm Ramli said the court proceedings revealed that the investors willingly deposited money to invest in the scheme in the hope of profits and returns.
“We remind the people of the court’s decision showing the action of certain individuals investing in illegal schemes will only lead to bigger losses.
“Those who want to invest must not get involved in unregistered schemes, especially those advertised on social media,” he said.
Comm Ramli said scam victims could still attempt to claim back their losses if they did so through the investigating officers.
“The decision will then be made by a judge or a magistrate,” he said.
—
Federal Court allows forfeiture of RM1.11mil from illegal deposit-taking scheme investors
Wednesday, 24 Apr 2024
PUTRAJAYA: The prosecution succeeded in its appeal at the Federal Court on Wednesday to forfeit RM1,112,700 from 79 investors involved in an illegal deposit-taking scheme.
The three-man bench comprising Chief Justice Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Court of Appeal President Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, and Federal Court judge Datuk Sri Hasnah Mohammed Hashim overturned the decisions of the Court of Appeal and High Court.
Stating that there was merit in the appeal, Justice Tengku Maimun ordered the RM1,112,700mil to be forfeited to the government revenue.
Based on the facts of the case, Venus FX was a company providing a trading platform specialising in foreign exchange, and the respondents (79 investors) were members of the Venus FX scheme.
Representations were made that individuals depositing amounts ranging from US$100 to US$10,000 into the company would be entitled to a daily return on investment ranging from 4 to 6% over 80 days.
They would then be registered as members with access to the company’s webpage. Venus FX members were also paid a commission for every new member they recruited.
In 2016, Venus FX management made an announcement on its website instructing all members to deposit their investment sums into a bank account belonging to Yayasan Usaha Ventures Malaysia (YUVM).
Members were informed that YUVM was an authorised foundation governed by the Finance Ministry and the parent company of Venus FX.
The 79 investors paid monies to the YUVM bank account, however, during a meeting in Sept 2016, a Venus FX member informed the other members that YUVM is not associated with the company and that the announcement was a scam.
The members were also told that YUVM’s chairman falsely claimed that the foundation was government-authorised and that he was pursuing a banking license under the Financial Services Act 2013.
This license was supposed to be held by YUVM, with Venus FX as its subsidiary managing the license, and to obtain this license, it was stated that RM50 million had to be deposited with YUVM.
Two investors lodged police reports and an investigation of Venus FX’s investment scheme showed that two individuals had commenced the forex trading without a Bank Negara Malaysia licence and that the YUVM chairman and treasurer were also involved in it.
On Dec 14, 2017, the prosecution applied to the High Court to forfeit RM2.2mil from YUVM on the basis that the funds were illegal proceeds under Section 137 of the Financial Services Act 2013.
A notice was published to allow any third party with an interest in the seized funds to file a claim and present reasons as to why it should not be forfeited.
As a result, one investor, R. Sudesh, filed an application with the High Court, seeking to represent 78 other investors, requesting the return of RM1,112,700 out of the RM2.2mil seized.
On May 28, 2019, the High Court ruled in favour of Sudesh and the other investors, ordering the RM1,112,700 be returned to them, which the Court of Appeal upheld on Dec 15, 2022.
Deputy Public Prosecutor (DPP) How May Ling, assisted by DPP Parvin Hameedah, contended that the funds seized from YUVM’s bank account were derived from an illegal activity, therefore, deposits made by third parties were also tainted with illegality, and the respondents could not be considered to have a legitimate legal interest.
She argued that both the High Court and the Appellate Court erred in law in determining that the respondents were victims of fraud because the evidence indicated that the respondents willingly deposited money into the YUVM bank account as Venus FX investors, expecting returns on their investments, without any coercion.
Lawyer Ravi Nekoo representing the respondents, submitted that the monies in YUVM’s bank account belonged to the 79 investors, adding that the funds were never removed from the said account to be used for any unlawful activity.
He said his clients were victims of a scam and did not receive or use any proceeds of an unlawful activity.
—
Perundangan negara tak lindungi peserta skim pelaburan tidak berdaftar
3 May 2024
KUALA LUMPUT – Orang ramai diingatkan tidak menyertai sebarang skim pelaburan yang tidak berdaftar di Malaysia kerana penyertaan mereka tidak akan dilindungi dalam perundangan negara ini, sekali gus meletakkan risiko kepada pelabur untuk mengalami kerugian lebih besar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memetik keputusan Mahkamah Persekutuan pada 24 April lalu yang membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk melucut hak sejumlah RM1,112,700 daripada 79 pelabur skim pengambilan deposit secara haram.
Katanya, panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah mengarahkan wang tersebut dilucut hak kepada hasil kerajaan.
Dalam kes tersebut, 79 responden yang terlibat telah membuat tuntutan kepada mahkamah untuk mendapatkan semula wang mereka yang dilaburkan di dalam skim pelaburan VenusFX.
Bagaimanapun, berdasarkan hujahan, wang yang dirampas daripada sindiket pelaburan tersebut adalah hasil aktiviti haram, oleh itu wang yang didepositkan oleh responden juga turut dicemari.
Justeru, responden tidak boleh dianggap mempunyai kepentingan undang-undang yang sah terhadap wang berkenaan.
“Mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan juga dikatakan telah terkhilaf daripada segi undang-undang ketika memutuskan bahawa responden telah menjadi mangsa penipuan sedangkan bukti menunjukkan mereka secara sukarela dan tanpa paksaan telah mendepositkan wang ke akaun yang diarahkan untuk menjadi pelabur dalam skim VenusFX serta mengharapkan pulangan atas pelaburan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ramli sekali lagi mengingatkan orang untuk tidak mempercayai sebarang tawaran yang berbentuk “to good to be true”.
Beliau juga merujuk kepada satu kes Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dalam siasatan satu kes di Petaling Jay, yang mana pengadu memaklumkan telah berkenalan dengan suspek yang mengaku sebagai pemilik sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan multi-level marketing (MLM).
Pengadu diyakinkan syarikat milik suspek bakal berkembang menjadi syarikat gergasi dan mempunyai cawangan di seluruh negara.
Selain itu, suspek meyakinkan pengadu dia mempunyai pegangan saham sebanyak 20,000,000 unit saham di dalam syarikat tersebut dengan nilai 1 unit saham bersamaan RM1.
Suspek kemudian menawarkan kepada pengadu untuk mengambil 5,000,000 unit saham miliknya dengan nilai hanya RM0.80 untuk setiap unit.
Pengadu yang telah diperdaya membuat tiga pindahan wang ke dalam akaun yang diarahkan oleh suspek.
Namun, semakan lanjut dilakukan mendapati mendapati suspek hanya memiliki 1,500,000 unit saham sahaja dalam syarikat tersebut.
Dorongan suspek telah mengakibatkan pengadu kerugian RM4.1 juta.
Justeru, adalah diingatkan kepada mereka yang berminat untuk melabur, jangan sesekali terlibat dengan apa jua skim pelaburan tidak berdaftar khususnya yang diiklankan melalui laman sosial dan seumpamanya,” katanya lagi.
—
2024.4.21, Dua individu berputih mata apabila kerugian RM394,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai kakitangan perkhidmatan penghantar kiriman dan pegawai polis.
Penjawat awam, pemilik bengkel rugi RM394,000 angkara ‘phone scam’
JOHOR BAHRU – Dua individu berputih mata apabila kerugian RM394,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai kakitangan perkhidmatan penghantar kiriman dan pegawai polis.
Mangsa lelaki pemilik bengkel kimpalan berusia 32 tahun kerugian RM234,000, manakala seorang lagi membabitkan penjawat awam wanita berusia 30 tahun rugi RM160,000.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, laporan polis daripada kedua-dua individu terbabit diterima pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Menurut beliau, kedua-dua mangsa telah dihubungi pegawai perkhidmatan penghantar kiriman yang menyatakan terdapat barang terlarang telah diposkan menggunakan butiran mangsa.
“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang mendakwa sebagai pegawai polis dan mangsa diminta membuat pembayaran untuk menyelesaikan kes.
“Bagi kes pemilik bengkel kimpalan, mangsa telah membuat 15 transaksi perbankan dalam talian ke dalam lapan akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM234,000.
“Bagi kes penjawat awam pula, mangsa telah membuat pinjaman bank untuk menyelesaikan kes tersebut dan pengadu telah membuat dua transaksi secara dalam talian berjumlah RM160,000,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kumar memberitahu, kedua-dua mangsa bertindak membuat bayaran tanpa melakukan semakan atau merujuk pihak berkuasa dan ahli keluarga kerana takut diambil tindakan undang-undang terhadap mereka.
“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Bermula awal tahun sehingga kini, Kontinjen Johor telah menerima sebanyak 148 laporan penipuan ‘phone scam’ membabitkan nilai kerugian lebih RM5 juta,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kumar menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan selain disarankan mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan modus operandi jenayah komersial.
“Selain itu, orang ramai diseru agar menggunakan perkhidmatan dalam talian ‘semak mule’ sebelum membuat sebarang pembayaran serta muat turun aplikasi ‘whoscall’ bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan, sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 dengan seberapa segera,” katanya.
—
Sanggup buat pinjaman bank, tak sedar diri kena scam
Johor Bahru: Bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang berhubung kiriman barang terlarang, dua individu kerugian RM394,000 kerana terpedaya dengan penipuan melalui panggilan telefon.
Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata kes pertama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang membuat laporan polis kelmarin.
Menurutnya, pada Selasa lalu, pemilik bengkel kimpalan itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perkhidmatan penghantar kiriman.
“Pegawai terbabit menyatakan terdapat barang terlarang diposkan menggunakan butiran peribadi mangsa.
“Mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai polis yang memaklumkan akaun banknya terbabit dalam aktiviti penipuan, dan meminda bayaran bagi menyelesaikan kes.
“Mangsa mengikut arahan suspek dan membuat 15 transaksi secara dalam talian ke lapan akaun bank berbeza dengan nilai RM 234,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Manakala bagi kes kedua, Kumar berkata seorang penjawat awam wanita pada semalam, menyatakan ada menerima panggilan telefon dari individu dengan jawatan yang sama seperti kes pertama.
Katanya, mangsa berusia 30 tahun juga ditawarkan penyelesaian kes secara dalam talian.
“Mangsa mendakwa panggilan disambungkan kepada pegawai polis dan mengikut arahan suspek.
“Mangsa juga membuat pinjaman bank untuk penyelesaian kes terbabit dan membuat transaksi secara dalam talian berjumlah RM160,000.
“Dalam kedua-dua kes ini, mangsa didorong untuk membuat pembayaran ke akaun yang diarahkan kerana takut tindakan undang-undang diambil terhadapnya, tanpa membuat semakan atau merujuk kepada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga,” katanya.
Kes disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan.
Sejak Januari tahun ini, Polis Johor menerima sebanyak 148 laporan polis berhubung penipuan phone scam melibatkan kerugian bernilai RM 5.88 juta.
—
柔警:148宗电话诈骗讹走588万 勿轻信来电指控涉案
(新山21日讯)柔佛州总警长古玛提醒民众勿轻易相信透过电话指控个人罪名的来电,因为截至今年4月,当局已接获148宗落入电话诈骗陷阱的投报,损失总金额高达588万1067令吉零8仙。
他今日发表文告披露,本月16日及上个月19日,再有2名人士遭电话诈骗讹走39万4000令吉,2名受害者遭遇一样,都是在接获一通指称受害者涉嫌寄出违禁品的来电后,按照通话一端的“警察”指示,将银行户头的钱转移到其他户头,因而蒙受巨大损失。ADVERTISEMENTif(screen.width
他透露,首名受害者是一名30岁的女公务员。
“事主先是接获一通自称是快递公司负责人的来电,对方指以事主名义寄出的包裹被发现藏有违禁品,因此要求事主与一名‘警官’通话,随即事主便按照这名假冒警员的骗子指示,转移银行户头的存款。”
他指出,女事主过后进行了2次线上转账,结果损失了16万令吉。
第二起案件的受害人则是一名32岁的男子,为一名自雇人士。
他说,第二位事主遭遇的情况与首名受害人一模一样,而这名受害人按对方指示,共进行了15次线上转账,将23万4000令吉转移到8个银行户头。
古玛说,在上述2宗个案中,事主皆因为担心遭到法律对付,没有进行进一步查核,包括向家人透露所遇到的事便听信来电一方的说词,以致蒙受了损失。
2024.4.19, Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Ramli berkata bertindak atas risikan, satu serbuan telah dijalankan di sebuah premis di Cheras pada 10 April lepas dengan lapan individu ditahan.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata bertindak atas risikan, satu serbuan telah dijalankan di sebuah premis di Cheras pada 10 April lepas dengan lapan individu ditahan.
Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita warga China serta seorang wanita warga Vietnam.
“Enam daripada lapan individu terlibat telah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 16 April mengikut Seksyen 120(2) Kanun Keseksaan manakala dua individu yang lain telah dilepaskan tanpa syarat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ramli berkata polis turut merampas empat komputer riba, dua monitor, 10 telefon bimbit, modem, router dan wang tunai berjumlah RM3,122.
Beliau berkata pemeriksaan dan penyiasatan terhadap barang kes mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak Mac lepas serta berfungsi sebagai pembekal sistem rekod dan mengira wang untuk penipuan tawaran pekerjaan dalam talian.
“Sindiket berperanan sebagai pengaturcara dalam sistem pengurusan kewangan untuk sindiket penipuan dalam talian dan sindiket lain yang inginkan perkhidmatan itu hanya perlu membayar RM1,000 sebulan untuk menggunakan sistem terbabit.
“Mereka juga bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menyelesaikan semua isu berkaitan dengan sistem itu. Sindiket ini berjaya menjual sistem mereka kepada lima pelanggan yang berpangkalan di China dan semua pembayaran dilakukan dalam mata wang USDT (mata wang kripto),” katanya.
Sementara itu, Ramli berkata pihaknya turut menumpaskan sindiket pusat panggilan menawarkan perkhidmatan penyiaran penipuan kepada warga China di Taman Maluri Cheras, 12 April lepas, dengan penahanan lima individu terdiri daripada dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga China berusia 28 hingga 33 tahun.
“Mereka berperanan sebagai penyelia dan pegawai perkhidmatan pelanggan di pusat panggilan. Dua daripada lima individu yang terlibat telah didakwa di mahkamah pada 16 April mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan manakala tiga individu yang lain telah dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket itu menawarkan pakej siaran televisyen, drama dan filem palsu yang menumpukan kepada warga China.
—
Pusat panggilan bekal sistem kepada ‘scammer’ China digempur – Polis
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan yang disyaki berperanan sebagai pembekal sistem rekod untuk sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa dalam kalangan warga China.
Kegiatan terbongkar susulan serbuan ke atas sebuah premis di Cheras pada 10 April lalu, dengan lapan individu terdiri lima lelaki dan dua wanita China serta seorang wanita Vietnam ditahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, selain membekalkan sistem rekod, pusat panggilan yang dipercayai beroperasi sejak Mac lalu itu turut menjalankan khidmat mengira wang bagi sindiket penipuan dalam talian khususnya membabitkan penipuan tawaran pekerjaan.
“Mereka berperanan sebagai pengaturcara dalam sistem pengurusan kewangan untuk sindiket penipuan dalam talian dengan bayaran RM1,000 sebulan dikenakan untuk menggunakan sistem ditawarkan.
“Mereka juga bertanggungjawab menyelesaikan semua isu berkaitan sistem yang dihadapi sindiket penipuan,” katanya ketika sidang media khas hari ini.
Ramli berkata semakan mendapati sindiket berjaya menjual sistem kepada lima pelanggan di China, dengan semua pembayaran dilakukan dalam USDT (mata wang kripto) dan akan disimpan dalam akaun e-dompet disediakan majikan mereka di China.
Selain tangkapan lapan individu, berkata berkata, polis turut empat komputer riba, dua monitor, 10 telefon bimbit, sebuah modem, sebuah router dan wang tunai berjumlah RM3,122.
“Enam daripada lapan individu yang ditahan sudah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 16 April lalu di bawah Seksyen 120(2) Kanun Keseksaan, manakala dua lagi dilepaskan tanpa syarat,” katanya.
Dalam serbuan berasingan pula, Ramli memaklumkan pihaknya menumpaskan sindiket pusat panggilan menawarkan perkhidmatan penyiaran penipuan kepada warga China di Taman Maluri di Cheras sini, pada 12 April lalu.
“Siasatan mendapati sindiket menawarkan pakej penyiaran televisyen, drama dan filem palsu yang menumpukan kepada warga China.
“Lima individu terdiri dua lelaki tempatan dan tiga lelaki China berusia antara 28 dan 33 tahun ditahan dan mereka ini berperanan sebagai penyelia dan pegawai perkhidmatan pelanggan di pusat panggilan.
“Dua daripada lima individu terbabit didakwa di mahkamah pada 16 April di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.
—
研发系统租同行一起骗 这个诈骗集团很有“生意头脑”
2024年04月19日
警方瓦解2国际诈骗集团 南利(左二)向媒体展示警方起获的电脑器材和现款等。
(吉隆坡19日讯)除了靠骗“找吃”,如今还“输出”技术,诈骗集团越来越先进!
警方最近在蕉赖地区瓦解两个国际诈骗集团,意外发现他们的“业务”版图越来越广,竟然还能开发一个财务管理系统,提供其他“同行”使用,以记录和计算不义之财。
据了解,集团还负责为客户处理所有与该系统相关的问题,截至目前,他们已将系统出售给5名中国客户,每月的收费是1000令吉。
武吉阿曼商业罪案调查部总监拿督斯里南利今日召开记者会说,警方根据情报,本月10日率队到蕉赖某单位展开突击,瓦解一个诈骗集团设立的呼叫中心基地,共逮捕中国籍5男2女,及1名泰国籍女子。
他指出,该呼叫中心从今年3月开始活跃,其任务是专门开发维修和提供诈骗集团一个记录和计算不义之财的财务管理系统。
“诈骗集团设下打工骗局,诈骗中国人,集团利用该呼叫中心提供的系统,来记录和计算诈骗得来的金钱。”
“如果要使用这个系统,诈骗集团就要每月缴付呼叫中心1000令吉。”
他透露,该呼叫中心迄今已将该系统卖给5名中国“客户”,所有费用是以加密货币方式支付,并通过电子钱包汇款。
“其中6名嫌犯已在刑事串通罪名下,于前天被控上庭,余者则获释。”
提供广播配套 专骗中国人
警方也于本月12日率队突击蕉赖马鲁里花园某单位,瓦解一个以提供广播服务配套如电视节目和影视剧为手法,专门骗中国人的不法集团。
南利说,警方在行动中逮捕2名本地男子和3名中国籍男子。
他指出,该集团不仅负责管理和记录骗款的汇款交易,也提供假广播服务配套,趁机骗钱。
“其中2名嫌犯已在刑事串通罪名下被控,其余3人则转当控方证人。”
2024.4.5, “XTRADE”投资中心诈骗案 警捕40名男女
柔佛州总警长古玛周五下午发出文告,宣布警方侦破以“XTRADE”投资中心为名的投资骗局。
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS JOHOR
TANGKAPAN ‘CALLING CENTRE’ SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD




Polis Johor
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS JOHOR
TANGKAPAN ‘CALLING CENTRE’ SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
(新山5日讯)犯罪集团以“XTRADE”投资中心为名、高利润美金回酬为饵,设投资骗局骗取受害者金钱,惟最终遭警方一网打尽,共有40名涉案者被捕,多台电脑等器材也被充公。
柔佛州总警长古玛今午发文告表示,武吉阿曼警察总部联合柔州警察总部于昨早10时,在新山一家商业单位展开突击搜查行动,捣毁上述集团所设的呼叫中心。
“初步调查显示,这个呼叫中心向受害者献议不存在的投资项目,进而骗取受害者的金钱。
他指出,警方共逮捕40名年龄介于22至50岁的本地籍男女,即15名男子及25名女子。
他说,警方在行动中也起获41台电脑、46台手机、1台数据机,以及1台联网设备。
关于犯罪集团的干案手法,他表示,犯罪集团通过各社媒,如脸书、IG、优管频道等,展开连串广告和促销活动,以吸引受害者上钩。
“犯罪集团佯称若投资最低100美金,将获投资本金50%至100%的报酬。受害者看了广告心动后,就联系有关广告上列明的手机号码。”
另外,他指出,犯罪集团为掩人耳目,特地注册了一家公司,并以公句名义办活动,以备在执法当局上门调查时作为幌子。
据他透露,犯罪集团相信将目标锁定为外国人。
他呼吁不慎掉入骗局的人士主动报警,警方正在追踪受害者的相关资料。
“警方援引刑事法典第420(欺骗)条文查案,在这项条文下罪成者将被判处监禁不少过1年、不超过10年,以及施以鞭笞和罚款。”
—
40 HELD IN RAID ON SCAM CALL CENTRE IN JOHOR
JOHOR BAHRU, April 5 (Bernama) — Johor police have detained 40 individuals over alleged involvement with a syndicate offering non-existent investment following a raid on a business premises used as a call centre in this city yesterday.
State police chief CP M. Kumar said that 15 men and 25 women aged 22 to 50 were nabbed in a raid conducted jointly by Bukit Aman and Johor police at 11.10 am.
“The modus operandi of this syndicate is to target victims from abroad. They offer ‘XTrade’ investments across various social media platforms such as Facebook, Instagram and YouTube.
“Customers were promised lucrative returns of between 50 and 100 per cent of the amount invested,” he said in a statement today.
Kumar said the police also seized equipment used by the syndicate including 41 sets of computers, 46 mobile phones, a modem and a router.
“Initial investigations revealed that the syndicate has been operating under the guise of a registered local company to avoid detection by the authorities,” he said.
The case is being investigated under Section 420 of the Penal Code.
2024.3.29,设“钱骡”户头用作行骗 银行职员等16人落网
(莎阿南29日讯)银行职员与不法集团勾结,里应外合开设多个“钱骡”户头,结果在活跃半后遭警方捣毁,华裔首脑也落入警网。
据悉,这个不法集团以500 令吉收购银行户头及银行卡,再以高价转卖给犯罪集团;然而,警方还是侦破这起案件,共16人落网,包括两名银行职员。
雪州总警长拿督胡申指出,警方是于本月20至22日率队到鹅麦一带前后逮捕16人(20至30余岁)助查,其中包括1华裔首脑(31岁)、巫裔9 男2 女、印裔2 男1 女以及1 名尼日利亚籍女子。
他说,上述落网者中,各扮演不同角色,包括跑腿以及与银行交涉的中间人。
他透露,警方在行动中起获了31部手机、30张来自7 家银行的提款卡、打印机、手提电脑和文件。
警方初步调查发现,有关不法集团于半年前活跃。
他也揭发这个不法集团以500 令吉向持有者买下个人银行户头和提款卡,另外以1500令吉买下公司银行户头,再以8000令吉转卖给诈骗集团用作行骗。
“只要是够资格开设银行户头和申请提款卡的人士,皆是该集团的目标。”
他说,在调查两名银行职员后,发现他们为了完成业绩,协助非法集团通过40个银行户头的注册申请。
他指出,其中5 个银行户头,在全马涉及15宗网络骗案,损失金额达230 万令吉,并在过去2 个月涉及非法转账交易。
他说,警方是援引刑事法典420 条文(欺骗)及120B条文(刑事串谋)调查此案。
—
Pegawai bank jadi tali barut sindiket scam
Hussein menunjukkan barangan yang dirampas daripada sindiket tersebut.
SHAH ALAM – Kejahatan dua pegawai bank bersekongkol dalam sindiket pembelian dan penjualan akaun bank bagi tujuan aktiviti ‘scam’ sejak enam bulan lalu terbongkar selepas ditahan polis, baru-baru ini.
Mereka adalah antara 16 individu termasuk wanita warga Nigeria berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sekitar Lembah Klang dan Gombak antara 20 hingga 22 Mac lalu.
Turut ditangkap adalah seorang suspek dipercayai dalang sindiket dengan semakan mendapati pernah ditahan pada tahun 2021 atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak enam bulan lalu dan terlibat dalam jenayah seperti ‘love scam’ dan penipuan panggilan.
Tegasnya, modus operandi sindiket adalah membeli akaun bank dan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) daripada mana-mana individu pada harga antara RM500 hingga RM1,500.
“Hasil siasatan awal terhadap dua pegawai bank bekerja sebagai Mobile Deposit Specialist (MDS) mendapati mereka berbuat sedemikian bagi mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.
“Malah, mereka menerima pendaftaran akaun bank daripada individu tanpa membuat semakan menyeluruh dengan 40 akaun dibuka oleh dua pegawai bank itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Menurut beliau, siasatan turut mendapati ada dalam kalangan suspek berperanan sebagai ‘collector’ kad bank, ‘runner’ yang mencari individu yang mahu membuka akaun serta orang tengah antara sindiket dengan pegawai bank tersebut.
Tambah Hussein, terdapat juga beberapa kes suspek membawa pemilik akaun ke mana-mana pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendaftar syarikat.
Ini bagi membolehkan pemilik akaun berkenaan membuka akaun bank syarikat dengan pihak bank bagi tujuan aktiviti penipuan pihak sindiket.
“Siasatan juga mengenal pasti lima akaun telah terlibat dalam 15 kes penipuan atas talian dengan melibatkan kerugian RM2.3 juta di seluruh negara.
“Kesemua transaksi ini telah berlaku di antara Februari hingga bulan ini. Selain itu, polis turut merampas 31 unit telefon bimbit, 30 keping kad ATM pelbagai bank, sebuah mesin pencetak, sebuah komputer riba dan sebuah fail yang mengandungi pelbagai dokumen,” ujarnya.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada pegawai bank lain yang bersubahat dengan sindiket tersebut dan usaha memburu suspek lain sedang giat dilakukan polis.
“Kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KPJ) dengan kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan,” katanya.
2024.3.26,(八打靈再也26日訊)靈市地區詐騙罪案高居不下,去年靈市警方共接獲4017宗投報,涉及金額高達逾1億令吉,而今年首3個月數據也出現上漲的情況,開年不到百日就接獲1211宗投報,涉及金額高達千萬令吉,平均每日接獲約14宗詐騙投報。
八打靈再也警區主任沙魯尼占助理總監於今午召開新聞發布會時指出,警方數據顯示,去年靈市警方共接獲4017宗詐騙案投報,損失金額高達1億1101萬5353令吉87仙。
他說,針對所接獲的詐騙投報,警方在展開調查後共逮捕754名嫌犯助查,包括391名巫裔、238名華裔、96名印裔及12名其他種族,當中男嫌犯占了多數,共544人。
他指出,其中406名嫌犯已在刑事法典第424(不誠實轉移或隱瞞財產)條文及1955年輕微犯罪法令第29(1)(非法擁有贓物)條文下被提控上庭。
沙魯尼占坦言,靈市警方對涉及詐騙的罪案深感擔憂,因數據顯示每年的詐騙案都有上升的趨勢,今年起截止昨日,警方已接獲1211宗投報,涉及金額為1313萬6108令吉。
4,017 scam cases recorded in PJ last year with losses totalling RM111mil, says OCPD
PETALING JAYA: A total of 4,017 online scam cases were recorded in the police district last year, resulting in RM111mil in losses.
Petaling Jaya OCPD Asst Comm Shahrulnizam Ja’afar said as of March this year, 1,211 online scam cases have been recorded so far.
“The losses are about RM13.1mil,” he told a press conference at the PJ police headquarters on Tuesday (March 26).
Between January last year and March this year, a total of 754 suspects have been detained, he said.
“The suspects consist of 544 males and 210 females.
“So far, a total of 406 suspects have been charged for online scams since last year,” he said.
ACP Shahrulnizam said scammers have used various modus operandi including duping victims through job scams, investment scams and loan scams.
“We remind the people in PJ to be wary of tactics used by scammers.
“Stay vigilant and don’t be easily fooled by online scam tactics,” he said.
He also advised the public to contact the police should they have any information on criminal activities, especially scams.
“Always refer to legitimate sources and authorities if they have any queries pertaining to scams.
“If an investment offer is too good to be true, then most probably it is a scam,” he added.
—
Sudah RM13 juta kerugian akibat penipuan dalam talian di PJ tahun ini
Petaling Jaya: Sebanyak 4,017 laporan berkaitan penipuan dalam talian mengakibatkan kerugian lebih RM111 juta direkodkan Bahagian Siasatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, bagi tahun ini pula, sebanyak 1,211 laporan diterima sehingga Mac ini yang membabitkan kerugian lebih RM13 juta.
“Jumlah tangkapan berkaitan kes penipuan dalam talian ini adalah seramai 754 orang termasuk 210 wanita.
“Seramai 406 suspek dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Shahrulnizam berkata, antara modus operandi penipuan dalam talian ialah pelaburan tidak wujud, tipu belian online, ‘Love Scam’, tipu kerja sambilan dan pinjaman tidak wujud.
“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa ambil tahu trend modus operandi terkini penipuan dalam talian dan tidak mudah terjerumus menjadi mangsa kepada sindiket penipuan.
“Orang ramai juga dinasihatkan jangan menyerahkan kad pengeluaran tunai kepada pihak lain kerana jika wang hasil penipuan masuk ke dalam akaun, anda akan didakwa di mahkamah.
“Sentiasa merujuk kepada bank atau balai polis berdekatan untuk kepastian dan jangan mudah percaya dengan tawaran keuntungan luar biasa ini,” katanya.
2024.3.22,森州警方侦破“AH CHEN”投资计划诈骗集团,涉及网络投资计划诈骗活动的6名中国籍男子落网助查。
该集团在马来西亚设立“大本营”,以住家单位作为“呼叫中心”,且使用手机应用程式“拼多多”及“QQ”进行不存在的投资计划;而该集团主要受害者为中国人。
森州总警长拿督阿末查菲尔发文告表示,警方在3月20日接获情报后,芙蓉警区商业罪案组警员在芙蓉新城展开突击行动,成功侦破网络投资诈骗集团。
他说,警员在展开地毯式搜索后,在现场逮捕了涉及网络诈骗活动的6名中国籍男子,年龄介于27岁至36岁期间。
他指出,所有嫌犯昨日已经被押往芙蓉法庭申请延扣,获得批准4天,扣留期从3月21日至24日,以协助调查。
他披露,警方援引《刑事法典》第420(欺骗)条文、《刑事法典》第120(b)(刑事串通)条文及1959/1963年移民法令第 6(1) (非法进入及逗留)条文。
他称,警员在现场也起获了14部手机、一部电脑、一部笔记本电脑、一部打印机、一部WiFi路由器、14张手机预付卡、本笔记簿及13份文件。
阿末查菲尔续说,根据初步调查,该集团是从今年3月份甫开始运作,“大本营”是以围篱住宅区单位改造为宿舍及办公室。
他说,该集团成员主要任务是让受害者投资黄金和药品投资计划,据悉,这些计划在中国确实存在。
“涉及者以高回酬吸引受害者进行投资, 然而在他们投资后,则将以各种理由拒绝支付回酬,直到受害者无法联系该集团为止。”
阿末查菲尔披露,尽管该集团的活动不涉及我国人民,特别是森州人民,但他提醒民众不要轻易被高回酬诱惑,而进行网上投资计划。
Police cripple ‘Geng Ah Chen’ investment scam syndicate

SEREMBAN: Negri Sembilan police believe they have crippled an investment scam syndicate known as Geng Ah Chen following the arrest of six men, all Chinese nationals, here on Wednesday.
Acting on surveillance and investigation into illegal investment activities, the suspects, aged between 27 and 36, were arrested when a team from the Seremban district police’s Commercial Crime Investigation Division raided a house in Seremban 2 here.
State police chief Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof said that during the raid, police seized several items, including 14 mobile phones, a computer, a laptop, a printer and one WiFi router, as well as two note books and 13 sets of scripts.
“Investigation showed the syndicate has been operating since early March.
“It was operating in a gated residence, which serves as a hostel and a calling centre. The syndicate ran its activities using online messaging applications Pinduoduo and QQ,” he said in a statement today.
Preliminary investigation, he said, showed members of the syndicate targeted Chinese nationals and would get their victims to invest in a fake gold savings scheme and medicine, which supposedly came from China.
He added that the suspects have been remanded for four days until this Sunday to facilitate an investigation into the case under Sections 420 and 120 (b) of the Penal Code.
“They will also be investigated under Section 6 (1) of the Immigration Act 1959/63,” he said.
2024.3.12,4人遭诈骗逾11万令吉 警方逮4“钱骡”破案
4名年龄介于31岁至54岁的男女成为诈骗集团“钱骡”,导致4名受害者损失超过11万3000令吉,4名嫌犯已遭西南县商业罪案调查组逮捕。
西南县警方周二通过脸书帖文指出,其中50岁男子涉嫌在峇六拜网上兼职骗局,导致受害者分批转账6万5964令吉92仙至他的户头。
至于另一名被逮捕的31岁男子,涉嫌峇央峇鲁网上招聘兼职骗局,而受害者通过线上转账6次至不同户头,前后共损失3万1629令吉。
“另一名被捕的54岁女子,涉嫌峇央峇鲁网上社交媒体电话诈骗,而受害者也通过线上转账13次,共6600令吉至4个不同户头。
此外,另一名被逮捕的39督男子涉嫌线上”招聘兼职“骗局,而受害者转账9269令吉70仙到不同户头。
上述4宗“钱骡”案,警方援引刑事法典420条文(欺诈)展开调查。
—
Polis tahan 4 keldai akaun sindiket penipuan babit kerugian lebih RM100,000
BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki menjadi ‘keldai akaun’ kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan empat mangsa mengalami kerugian lebih RM113,000 dalam serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa bagi urusan mendapatkan komisen kerja dalam talian melibatkan kes di Bayan Lepas.
“Berdasarkan siasatan mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank suspek dengan jumlah keseluruhan RM65,964.92 dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud membabitkan mangsa di Bayan Baru.
Katanya dalam kes tersebut mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank lelaki terbabit berjumlah RM31,629.
Kamarul Rizal berkata bagi kes ketiga, seorang wanita berusia 54 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sindiket ‘phone scam’ melalui aplikasi TikTok dengan mangsa membuat 13 transaksi dalam talian ke akaun bank berbeza keseluruhan berjumlah RM6,600.
“Kes keempat melibatkan penahanan lelaki berusia 39 tahun yang menjadi keldai kepada akaun sindiket urusan kerja sambilan dalam talian tidak wujud dengan mangsa membuat transaksi dalam talian ke akaun bank keseluruhan berjumlah RM9,269.70,” katanya.
Menurutnya kesemua yang ditahan melibatkan sindiket penipuan berbeza dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
2024.3.9,16猪仔获救回国后又出国 苏海里:或已受训成诈骗中介

(吉隆坡9日讯)早前警方揭露,有16名“猪仔”获救回国后仍学不乖,再次“出国打工”,如今全国警察刑事罪案调查总监拿督斯里苏海里直言,警方有理由怀疑,这16人或是受过专业训练的诈骗集团分子。
苏海里指出,警方怀疑他们在回国后当起诈骗集团的中介,诱骗更多本地人上当,成为海外高薪招聘骗局的受害者。
“一般人如果被诈骗集团诱骗到国外搞诈骗的话,获救回国后心里会有阴影,不会再轻易上当,但这16人的举动却是反常,相当令人怀疑。”
苏海里也揭露,当他们获救回国后面对警方录供时,他们的问答彷佛有经过练习一般的痕迹,让警方不禁对他们起了疑心。
“无论如何,警方将会继续监督这些人的行踪。”
他是在今早,出席位于敦依斯迈医生花园社区礼堂举行的警民对话会后,在新闻发布会上向媒体这么指出。
此外,他也强调,这些获救的“受害者”回国后再出国并不犯法,但若他们涉及诈骗活动的话,警方会在掌握足够证据后,将他们绳之以法。
较早前,全国警察刑事罪案调查副总监(调查/法律)拿督鲁斯迪在砂拉越古晋出席出席反贩卖人口及反贩运移民法令(ATIPSOM)课程结业礼后揭露,有16名海外高薪招聘诈骗的受害者获救回国后,再度被老千的圈套吸引而出国进行诈骗。
他也表示,警方不排除这些人当中,有者成了诈骗集团的干部。
—
‘Lakonan’ hebat ejen scammer kerja kosong luar negara

Kuala Lumpur: `Lakonan padu’ apabila ada mangsa penipuan tawaran kerja di luar negara yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya adalah orang tengah atau ejen sindiket tawaran kerja di luar negara.
Mereka yang diselamatkan ini adalah ejen yang direkrut sindiket penipuan sebagai usaha memperdayakan lebih ramai lagi individu untuk bekerja di luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka ini dikesan hasil siasatan susulan Bahagian Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) terhadap mangsa-mangsa lain yang diselamatkan termasuk mereka yang diselamatkan di Kemboja dan Myanmar
“Kita lihat ada beberapa daripada mereka yang pernah keluar ke negara lain dalam konteks yang lebih kurang sama (kerja di luar negara) tetapi apabila dipanggil, standard jawapan seperti dilatih
“Jadi kita menggunakan risikan dan memantau pergerakan mereka. Ada antara mereka yang kembali ke negara kita kenal pasti banyak terbabit dengan ‘job scam’ (penipuan pekerjaan) dengan kata lain mereka menjadi ejen rekrut kepada sindiket penipuan pekerjaan,” katanya pada Sesi Libat Urus JSJ Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail(TTDI) di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Deputi Komisioner Fadil Marsus.
Beliau berkata, pihaknya juga mengesan 16 individu sudah keluar semula ke negara yang terbabit dengan penipuan pekerjaan.
“Susulan itu, PDRM sudah memaklumkan situasi berkenaan kepada kementerian bagi menilai prosedur pengeluaran dokumen perjalanan mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara,” katanya.
Sebelum ini, PDRM memaklumkan seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Februari lalu, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.
Kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos dan daripada kajian yang dijalankan 73 peratus bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak.
2024.3.1 联邦刑事调查局副局长拿督鲁斯迪莫哈末伊萨表示,自2021年以来,警方已解救了326名滞留在海外的马来西亚工作诈骗受害者。他说,从2021年至今年2月23日,警方共收到354起就业诈骗举报,涉及459名受害者。周五(3 月 1 日),他在《2007反人口贩运和偷运移民法》执行课程闭幕式后举行的新闻发布会上说:“其中,仍有 133 名受害者滞留在海外。”鲁斯迪 表示,大多数案件涉及柬埔寨、缅甸、泰国和老挝的就业诈骗,还有几起案件发生在阿拉伯联合酋长国和菲律宾。根据一项研究,他表示 73% 的受害者最终从事诈骗工作,12% 从事客户服务工作,8% 从事赌场工作,7% 从事厨师或其他工作。
Over 320 Malaysian job scam victims rescued since 2021, say cops
KUCHING: Since 2021, police have rescued 326 Malaysian job scam victims who were stranded overseas, says Federal CID deputy director Deputy Comm Datuk Rusdi Mohd Isa.
He said police received 354 reports on job scams involving a total of 459 victims from 2021 to Feb 23 this year.
“Of the total, 133 victims are still stranded overseas,” he told a press conference after the closing ceremony of an enforcement course on the Anti-Trafficking in Persons and Smuggling of Migrants Act 2007 here on Friday (March 1).
The course, attended by 48 senior police officers from Sabah and Sarawak, was officially closed by Sarawak police commissioner Comm Datuk Mancha Ata.
DCP Rusdi said Sarawak police received 54 reports involving 83 job scam victims over the same period.
He said 64 victims were rescued and brought back to Sarawak while 19 were still overseas.
“The victims mostly fell for fake job advertisements on social media offering jobs in casinos or resorts overseas.
“Upon arriving in the country, they ended up being forced to work as scammers among others,” he said.
DCP Rusdi said the most cases involved job scams in Cambodia, Myanmar, Thailand and Laos, while several were in the United Arab Emirates and the Philippines.
Police have confirmed that at least 16 Malaysians, initially “rescued” from overseas job scams, had left the country with the intention of becoming scammers themselves.In the press conference, Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) Deputy Director (Investigations/Legal) DCP Datuk Rusdi Mohd Isa revealed that these individuals, despite being brought back to Malaysia, expressed a continued desire to work abroad.As of now, the whereabouts of these 16 individuals remain unknown, as they have not returned to Malaysia.“These individuals were unemployed and managed to secure jobs overseas as scammers or recruiters. However, upon returning to Malaysia, they find themselves unemployed again and still express a desire to work overseas,” explained DCP Rusdi.
Based on a study, he said 73% of the victims ended up working as scammers, 12% in customer service, 8% in casinos and 7% as cooks or other jobs.
He also said police were working non-stop to combat job scams through strategies such as focusing investigations on recruiters for syndicates in Malaysia and collaborating with relevant agencies to rescue victims.
“The best way to combat job scams is to increase awareness among the public,” he said.
—
326 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan
KUCHING, 1 Mac: Seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Feb lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
“Daripada kajian yang dijalankan 73 peratus bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Zon Sabah dan Sarawak tahun 2024 di sini, hari ini.
Rusdi berkata antara faktor utama yang membuat mangsa dipengaruhi dan diperdayakan untuk bekerja di luar negara iaitu faktor tarikan tawaran gaji lumayan serta mangsa yang hilang punca pendapatan.
“Mengikut trend semasa, mangsa-mangsa ini terpengaruh dan diperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di laman sosial contonya seperti Facebook,” katanya.
Mengenai Sarawak, beliau berkata negeri ini merekodkan 54 kes jenayah penipuan tawaran pekerjaan melibatkan 83 mangsa sejak 2021 sehingga 23 Februari ini.
Daripada jumlah itu, 64 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Sarawak manakala 19 mangsa masih terkandas di negara destinasi.
2024.2.1 MUDA前万达镇州席候选人林慧娴(Abe Lim)照片被冒用诈骗,多人蒙受财务损失甚至频临要自杀
(吉隆坡1日讯)大马民主联合阵线(MUDA)前万达镇州席候选人林慧娴(Abe Lim)照片被冒用诈骗,多人蒙受财务损失甚至频临要自杀!
林慧娴针对身分被冒用诈骗,导致多人财务损失一事,于今天中午前往警局报案,并在Instagram社交媒体帐号分享此事警惕网民。
她在贴文中表示,她几乎每天都会收到一些陌生人传来信息,尤其自称与她有男女朋友关系的男子。
“他们很愤怒,很困惑,有些人想要退钱——他们说寄给我的钱是用于日常开支、医院帐单或帮助亲戚。”
她直言,最初,她都选择忽略这些讯息,因为她已清楚地知道她本身不曾与这些人有过任何互动。
“然而,随著越来越多受害者讲述类似故事,真相变得逐渐清晰。原来一直以来,有不法集团设立骗局冒用我的名义,并已造成严重后果。”
她透露,有些人损失高达44万2000美元(209万令吉),其他人平均损失约2000美元(近1万令吉),最惨有些已濒临自杀边缘。
她表示,当她意识到本身的照片,被人以诈骗方式伤害别人,令她非常难过和心碎。对造成受害者的损失和情感困扰感到非常遗憾。
“为解决这个问题,我已向警方报案。另外,我想澄清一下,我不是朵拉、安娜、夏月或其他与任何诈骗事件有关的名字的人。”
她重申,希望这篇文章有助于澄清并防止身分继续被利用。
另外,警方敦促大马公民,如果怀疑自己成为诈骗事件的受害者,请在 24 小时内致电 997 联系国家诈骗应对中心 (NSRC)。
–
Abe 亲笔



Almost every day, I get messages from men who believe they are in a relationship with me. They are angry, confused, and some want their money back – money they say they sent me for investments, charity, daily expenses, hospital bills, or to help relatives.
Initially, I ignored these messages, knowing clearly it wasn’t me they were actually interacting with. But as more victims came forward with similar stories, the reality of the situation became clear. These scams, run by an organized group, have had serious consequences. Some men have lost as much as $442,000, others around $2,000, and tragically, a few have been driven to the brink of suicide.
It’s heartbreaking to know that my pictures were used in this deceitful way to harm these men. I feel incredibly sorry for their losses and emotional distress.
To address this, I’ve made a police report. Also, I want to clarify that I am not the person known as Dora, Anna, Xia Yue, or any other name that might be associated with these incidents.
I hope this post helps to clarify the situation and prevent further exploitation.
For Malaysians: Call 997 to reach out to the National Scam Response Centre (NSRC) within 24 hours if you suspect you have fallen victim to a scam.
2024.1.31 中国商人访马惊魂26小时-遭马中诈骗集团禁锢勒索
元旦日勒索禁锢26小时惊魂!

41岁中国商人前来大马寻找投资商机实地考察期间,遭以女同胞为首的马、中诈骗与勒索集团成员盯上,以介绍投资项目和认识“拿督级商人”为由,短短3周内诈骗20万令吉,复在商人觉得可疑后,将他禁锢与虐打,复向他勒索15万令吉和恫言将他“卖猪仔”!
这名来自山东省的事主郎秀钽,周三在莲花苑州议员游佳豪与安邦再也市议员李文彬的陪同下,于记者会揭露案情始末。
事主曾从事自媒体,如今从事出口贸易,他于去年12月9日前来大马进行实地考察,以作为中国商会在大马投资药材、电子产品、旅游地产等后续的首选。
他说,待4、5天后,他前往某著名旅游地点,并向当地柜台人员实地了解当地业务后,突有自称有关旅游景点的官方工作人员,衣著端正的的中国人上前,表示可以向事主介绍当地和参观,并以方便他出入为由,为事主提供贵宾级的酒店客房服务,还派人全程24小时陪同与为他服务。
他引述对方的话,指可以介绍和安排本地“大佬”见面,以致诱导他支付一些20万令吉“公关费”;待12月31日他因没有任何接到任何后续,才决定终止合作,并强烈表达要求离开当地。
翌日午夜零时30分至凌晨1时之间,两名中国人与两名本地华人以带他前往首都用餐为由,将他骗上车后,便露出真面目和勒索15万令吉。
“对方在首都时威胁指他与警方关系良好,并说:‘若不配合可以给你打毒品,可以给你卖给印度人,可以把你卖给诈骗公司,卖到那边他们就会付钱给我,如果你是聪明人,你就自己付掉。’”
事主拒绝就范,而遭对方抢走手机、证件与值钱财物,复遭安排给两名印裔人,两人乘车载他一两小时后,又有另一名巫裔人士现身,指这两名印裔人士要向他另勒索20万令吉;事主再度拒绝后,就遭押送到加影某公寓出入口处的保安室内禁锢。
“我曾遭大水管虐打背部,额头遭攻击受伤;且四肢遭胶带和绳子捆绑,复禁锢在保安房间,但仍在挣扎下脱困,第一次用脚揣门到用椅子把连接打断,不超过15秒。”
“当时是2日的凌晨4时之前,有4名印裔保安员发现和追我,惟恰好有一名巫裔男子骑摩托车经过,并把我载到车程5分钟左右的加影警局求助。”
事主与对方相识两周以来,遭对方得知他的银行资料,以致遭对方诈财,还遭使用酷刑虐打与勒索。
他指,在双方相识三、四天后,他同意支付一笔10万令吉的费用,而对方也因而得知他手机上的银行资料,包括有八十多万人民币存款。
他坦承,在支付第一笔钱后,他已感觉对方不靠谱,因此曾婉拒合作,也不计较有关款项的付出,但对方虽同意,却还是安排一名本地华人跟他进出。
他较后因一直有人上前与对方结识,且在本地的投资相对而言甚便宜,而被说服并在八、九天后,第二次再支付10万令吉。
他说,在离开当地前的这段期间,他被安排到当地著名地标参观,且一直自付膳食。
他补充,他共面对的人数超过10人,分别是一名中国女性首脑、六七名中国男性、3名本地华人,与两印裔人士。
事主报警时却被诬赖是赌博欠债所致,他不满并指即使确有其事,也不需要走到勒索和禁锢这一地步。
他说,他在前往警局后,获得一名警察提供食物,给已饿了一天多的他,随后被告知需待清晨6时许执勤的警察为他录取口供。
较后,他却被告知此案交由文冬警方处理;在无法可施之下,他只好联络大馆求助,并与后者提供的执业律师商量两天后,便听取警方的指示。
不过,他在报警时却被告知他因涉及借贷活动,而欠债后才发生此事。
“我即使在赌博或借钱,就可以绑架勒索吗?后来警方接受和录取口供,但对方指此案交由加影,迄今没有任何下文。”
事主不满大马警方调查迄今超过3周仍无下文,并非议警方在查案过程中有推卸责任之嫌。
2024.1.29 (吉隆坡)大马皇家警察就涉及超过4070万令吉的加密货币投资诈骗案开启多达49份调查文件。
Polis Johor
2024.1.29周一
KualaLumpur – Polis Diraja Malaysia membuka sebanyak 49 kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan mata wang kripto accerx melibatkan kerugian lebih RM40.7 juta.
Sinar Harian
–
Polis siasat penipuan kripto libat kerugian lebih RM40 juta
28 Januari 2024
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia membuka sebanyak 49 kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan mata wang kripto dikenali Accerx melibatkan kerugian lebih RM40.7 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 45 daripada 49 kertas siasatan dilaporkan dalam tempoh sembilan hari.
“Ia termasuk kerugian terbesar yang dialami oleh seorang wanita berusia 80 tahun kerugian RM10.4 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan itu di Perak, pada Jumaat lalu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan mangsa warga emas itu disyaki mula menyertai skim pelaburan terbabit setelah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mempromosikan skim berasaskan mata wang kripto.
Ramli dilaporkan berkata, melalui kumpulan itu, mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto.
Mangsa kemudian diminta membuat bayaran balik setelah pembelian kripto berjaya.
Terpedaya dengan helah digunakan, mangsa telah membuat 13 transaksi ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat berjumlah RM10.4 juta.
Katanya, mangsa mula sangsi dengan kesahihan pelaburan itu apabila diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.
Dalam kes berlainan, JSJK turut menerima laporan pada 18 Januari membabitkan kerugian RM1.2 juta daripada seorang pesara berusia 74 tahun yang terlibat dalam pelaburan terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
2024.1.6 以诈骗为主题的Astro Original原创中文剧《诈骗女皇》(The Queen’s Ploy),热播2个月创下Astro AOD线上点播中文剧收视率,观众更入戏太深在网上对饰演恶人的Wincci苏盈之和林德荣开骂。“女皇”苏盈之感谢每位观众给予她角色演出的肯定与支持。

发表回复