Malaysia! Pengarah syarikat mengaku tak bersalah pecah amanah RM150000, Empat termasuk dua wanita Vietnam dituduh edar, Kes dadah bernilai jutaan ringgit, Ejen pelaburan didakwa simpan dan sebar gambar lucah cikgu 2025.7

2025.7.4 Pengarah syarikat mengaku tak bersalah pecah amanah RM150,000
Sahela mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan pelupusan harta syarikat berjumlah RM150,000 pada bulan lalu.

Tertuduh, Sahela Abdul Rahim, 41, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu telah secara tidak jujur menyebabkan seorang ejen melupuskan harta iaitu tiga buah kepala lori jenis Scania milik syarikat pengangkutan berjumlah RM150,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor di Taman Daya di sini pada 10 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun yang sama.

Pengarah syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahli manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Azwad Sariman.

Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM50,000.

Khairul Azwad memohon agar diberikan jaminan yang minima atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah dan berpendapatan RM4,000 sebulan.

Menurutnya, siasatan terhadap kes berkenaan telah bermula sejak tahun lalu dan tertuduh memberikan kerjasama termasuk hadir memberi keterangan kepada SPRM setiap bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

2025.7.3 Empat termasuk dua wanita Vietnam dituduh edar, miliki 13kg dadah
THU QUY (kiri) dan Thi Nhinh antara empat individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mengedar dan memiliki 13 kilogram dadah.
2025.7.3 Gadis Vietnam antara 4 didakwa edar, miliki 13kg dadah
JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk dua wanita warga Vietnam berdepan hukuman mati selepas dituduh di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah dengan berat kasar lebih 13 kilogram (kg), bulan lalu.
Tertuduh, Ching Hin Leong, 46, Pham Thi Quy, 26, Tay Wei Bin, 36, dan Nong Thi Nhinh, 29, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A. Shaarmini.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan setelah ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh mencapai niat bersama didapati mengedar dadah berbahaya jenis serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kasar 12kg dan jenis pil MDMA dengan anggaran berat kasar 375 gram (g).
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12 tengah hari di sebuah apartmen di Jalan Tanjung Puteri 1 di sini, 19 Jun lalu.
Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 sebatan, jika disabitkan kesalahan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa manakala hanya Pham Thi Quy diwakili peguam VS Selvanteran.
Di mahkamah berasingan, kesemua tertuduh berdepan tiga pertuduhan memiliki dadah berbahaya masing-masing jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 7g, Nimetazepam dengan berat kasar 520g dan ketamin 25g.

Dua wanita Vietnam antara empat yang ditahan kerana memiliki dan mengedar dadah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini

JOHOR BAHRU – Empat sekawan termasuk dua wanita warganegara Vietnam didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki lebih 13 kilogram (kg) dadah, bulan lalu.

Di hadapan Majistret, A Shaarmini, keempat-empat tertuduh, Ching Hin Leong, 46; Tay Wei Bin, 36 bersama-sama dua wanita Vietnam, Pham Thi Quy, 26 dan Nong Thi Nhinh, 29, mengangguk faham apabila dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh mencapai niat bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis serbuk ‘methylenedioxymethamphetamine’ (MDMA) dengan anggaran berat kasar 12 kilogram (kg) dan pil MDMA dengan berat kasar 375 gram.

Kesalahan itu dilakukan di pangsapuri Jalan Tanjung Puteri di sini pukul 12 tengah hari pada 19 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan tidak kurang sehingga 15 sebatan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa, manakala tertuduh Pham diwakili peguam VS Selvanteran dan tiga lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di mahkamah majistret lain, keempat-empat tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan memiliki dadah berbahaya masing-masing jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 7 gram, Nimetazepam (520 gram) dan ketamin (25 gram).

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nabilah Nizam.

Kesalahan didakwa dilakukan di lokasi, masa dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12 (3) akta sama dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Tasnim Saleh, manakala tertuduh Pham diwakili peguam VS Selvanteran dan Ching diwakili peguam Siti Nadia Yahya.

Kedua-dua mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh dan kes disebut semula untuk laporan kimia pada 3 September ini.

Dalam prosiding Mahkamah sama, Ching turut berdepan tiga pertuduhan memiliki dadah jenis MDMA (4.64 kg), Methamphetamine (79 gram) dan Nimetazepam (28 gram).

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap kesemua pertuduhan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pangsapuri Vista Puteri, Jalan Bayu Puteri di sini pukul 3.10 petang pada 19 Jun lalu.

Mahkamah menetapkan 4 September ini sebagai sebutan kes untuk laporan kimia.

2025.7.2 Ejen pelaburan didakwa simpan dan sebar gambar lucah cikgu
Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan memiliki dan menyebarkan gambar lucah serta membuat ugutan jenayah terhadap madunya yang juga seorang guru, Mac lalu.

MELAKA – Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dan menyebarkan gambar lucah serta membuat ugutan jenayah terhadap madunya yang juga seorang guru, Mac lalu.

Tertuduh, Herni Sofini Omar, 53, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan madunya dengan menyebarkan gambar-gambar lucah melalui kiriman surat.

Kesalahan itu memperuntukan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Tertuduh turut didakwa menyampaikan ugutan jenayah terhadap wanita berkenaan melalui surat tanpa nama yang menyembunyikan identitinya dan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun selain daripada hukuman yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu oleh Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Sayang Selasih, dalam daerah Melaka Tengah di sini kira-kira pukul 2 petang pada 27 Mac lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, ibu kepada empat anak itu didakwa memiliki gambar-gambar lucah madunya itu di dalam telefon bimbitnya di Pejabat Pegawai Penyiasat jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kira-kira pukul 3 pagi pada 2 Jun lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliah Ahmad Kamarulnajuib mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Baharudin Baharim bagaimanapun merayu jaminan RM4,000 bagi kesemua pertuduhan dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan tetap dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan kanser selain telah ditinggalkan suami kerana kes berkenaan.

Baharudin turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah melarang pengadu daripada mengeluarkan kenyataan kepada media.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 Ogos untuk sebutan semula kes.

2025.7.2 Kes dadah bernilai jutaan ringgit, pasangan suami isteri dihadapkan ke mahkamah
SIBU: Seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 52 dan 44 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sibu hari ini, atas beberapa pertuduhan mengedar dan memiliki dadah berbahaya, melibatkan rampasan dadah melebihi sembilan kilogram (kg) dan sitaan harta bernilai lebih RM12.7 juta.
Tie Teck Hock dan Lee Chee Fei, yang merupakan pasangan suami isteri, didakwa atas empat pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ditahan pada 12 Jun lalu dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak di dua lokasi berasingan sekitar bandar ini.
Teck Hock didakwa atas pertuduhan pertama mengedar 1,030.8 gram methamphetamine di kaki lima sebuah premis makanan di Jalan Pedada, sekitar jam 10 malam pada 12 Jun.
Mereka turut menghadapi dua pertuduhan bersama, termasuk mengedar 6,055.9 gram methamphetamine dan memiliki 2,078.9 gram ketamin serta 2,022.15 gram nimetazepam di sebuah bilik stor bawah tangga di rumah mereka di Permai Jaya, pada malam yang sama.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nuralisa Natasha Nazrulzam, manakala pasangan itu diwakili peguam Reena Chong.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh ditahan reman di Penjara Sibu sehingga sebutan semula kes pada 22 Ogos depan sementara menunggu laporan forensik dari Jabatan Kimia Malaysia.
Dalam pada itu, siasatan lanjut oleh JSJN Sarawak antara 12 hingga 30 Jun lalu turut membawa kepada penyitaan harta milik suspek yang dianggarkan bernilai RM12.8 juta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Harta yang disita termasuk wang tunai RM5.7 juta, 57 akaun bank dengan jumlah simpanan RM1.5 juta, 25 item barang kemas, sembilan jongkong emas, tiga jam tangan mewah, tiga kenderaan dan enam beg berjenama mewah.

评论

发表回复

您的邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注

More posts