12 Penipuan, Antipemerdagangan Orang, Scammer, Phone Scam 2024.1-4 ✓Press ✓Police ✓Malaysia,马来西亚

2024.4.21, Dua individu berputih mata apabila kerugian RM394,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai kakitangan perkhidmatan penghantar kiriman dan pegawai polis.

Penjawat awam, pemilik bengkel rugi RM394,000 angkara ‘phone scam’

JOHOR BAHRU – Dua individu berputih mata apabila kerugian RM394,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai kakitangan perkhidmatan penghantar kiriman dan pegawai polis.

Mangsa lelaki pemilik bengkel kimpalan berusia 32 tahun kerugian RM234,000, manakala seorang lagi membabitkan penjawat awam wanita berusia 30 tahun rugi RM160,000.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, laporan polis daripada kedua-dua individu terbabit diterima pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa telah dihubungi pegawai perkhidmatan penghantar kiriman yang menyatakan terdapat barang terlarang telah diposkan menggunakan butiran mangsa.

“Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu yang mendakwa sebagai pegawai polis dan mangsa diminta membuat pembayaran untuk menyelesaikan kes.

“Bagi kes pemilik bengkel kimpalan, mangsa telah membuat 15 transaksi perbankan dalam talian ke dalam lapan akaun bank berlainan dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM234,000.

“Bagi kes penjawat awam pula, mangsa telah membuat pinjaman bank untuk menyelesaikan kes tersebut dan pengadu telah membuat dua transaksi secara dalam talian berjumlah RM160,000,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kumar memberitahu, kedua-dua mangsa bertindak membuat bayaran tanpa melakukan semakan atau merujuk pihak berkuasa dan ahli keluarga kerana takut diambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Bermula awal tahun sehingga kini, Kontinjen Johor telah menerima sebanyak 148 laporan penipuan ‘phone scam’ membabitkan nilai kerugian lebih RM5 juta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kumar menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan selain disarankan mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan modus operandi jenayah komersial.

“Selain itu, orang ramai diseru agar menggunakan perkhidmatan dalam talian ‘semak mule’ sebelum membuat sebarang pembayaran serta muat turun aplikasi ‘whoscall’ bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan, sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 dengan seberapa segera,” katanya.

Sanggup buat pinjaman bank, tak sedar diri kena scam

Johor Bahru: Bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang berhubung kiriman barang terlarang, dua individu kerugian RM394,000 kerana terpedaya dengan penipuan melalui panggilan telefon.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata kes pertama membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang membuat laporan polis kelmarin.

Menurutnya, pada Selasa lalu, pemilik bengkel kimpalan itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perkhidmatan penghantar kiriman.

“Pegawai terbabit menyatakan terdapat barang terlarang diposkan menggunakan butiran peribadi mangsa.

“Mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai polis yang memaklumkan akaun banknya terbabit dalam aktiviti penipuan, dan meminda bayaran bagi menyelesaikan kes.

“Mangsa mengikut arahan suspek dan membuat 15 transaksi secara dalam talian ke lapan akaun bank berbeza dengan nilai RM 234,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Manakala bagi kes kedua, Kumar berkata seorang penjawat awam wanita pada semalam, menyatakan ada menerima panggilan telefon dari individu dengan jawatan yang sama seperti kes pertama.

Katanya, mangsa berusia 30 tahun juga ditawarkan penyelesaian kes secara dalam talian.

“Mangsa mendakwa panggilan disambungkan kepada pegawai polis dan mengikut arahan suspek.

“Mangsa juga membuat pinjaman bank untuk penyelesaian kes terbabit dan membuat transaksi secara dalam talian berjumlah RM160,000.

“Dalam kedua-dua kes ini, mangsa didorong untuk membuat pembayaran ke akaun yang diarahkan kerana takut tindakan undang-undang diambil terhadapnya, tanpa membuat semakan atau merujuk kepada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga,” katanya.

Kes disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan.

Sejak Januari tahun ini, Polis Johor menerima sebanyak 148 laporan polis berhubung penipuan phone scam melibatkan kerugian bernilai RM 5.88 juta.

柔警:148宗电话诈骗讹走588万 勿轻信来电指控涉案

(新山21日讯)柔佛州总警长古玛提醒民众勿轻易相信透过电话指控个人罪名的来电,因为截至今年4月,当局已接获148宗落入电话诈骗陷阱的投报,损失总金额高达588万1067令吉零8仙。

他今日发表文告披露,本月16日及上个月19日,再有2名人士遭电话诈骗讹走39万4000令吉,2名受害者遭遇一样,都是在接获一通指称受害者涉嫌寄出违禁品的来电后,按照通话一端的“警察”指示,将银行户头的钱转移到其他户头,因而蒙受巨大损失。ADVERTISEMENTif(screen.width

他透露,首名受害者是一名30岁的女公务员。

“事主先是接获一通自称是快递公司负责人的来电,对方指以事主名义寄出的包裹被发现藏有违禁品,因此要求事主与一名‘警官’通话,随即事主便按照这名假冒警员的骗子指示,转移银行户头的存款。”

他指出,女事主过后进行了2次线上转账,结果损失了16万令吉。

第二起案件的受害人则是一名32岁的男子,为一名自雇人士。

他说,第二位事主遭遇的情况与首名受害人一模一样,而这名受害人按对方指示,共进行了15次线上转账,将23万4000令吉转移到8个银行户头。

古玛说,在上述2宗个案中,事主皆因为担心遭到法律对付,没有进行进一步查核,包括向家人透露所遇到的事便听信来电一方的说词,以致蒙受了损失。

2024.4.19, Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Ramli berkata bertindak atas risikan, satu serbuan telah dijalankan di sebuah premis di Cheras pada 10 April lepas dengan lapan individu ditahan.

Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata bertindak atas risikan, satu serbuan telah dijalankan di sebuah premis di Cheras pada 10 April lepas dengan lapan individu ditahan.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita warga China serta seorang wanita warga Vietnam.

“Enam daripada lapan individu terlibat telah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 16 April mengikut Seksyen 120(2) Kanun Keseksaan manakala dua individu yang lain telah dilepaskan tanpa syarat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ramli berkata polis turut merampas empat komputer riba, dua monitor, 10 telefon bimbit, modem, router dan wang tunai berjumlah RM3,122.

Beliau berkata pemeriksaan dan penyiasatan terhadap barang kes mendapati sindiket itu telah beroperasi sejak Mac lepas serta berfungsi sebagai pembekal sistem rekod dan mengira wang untuk penipuan tawaran pekerjaan dalam talian.

“Sindiket berperanan sebagai pengaturcara dalam sistem pengurusan kewangan untuk sindiket penipuan dalam talian dan sindiket lain yang inginkan perkhidmatan itu hanya perlu membayar RM1,000 sebulan untuk menggunakan sistem terbabit.

“Mereka juga bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menyelesaikan semua isu berkaitan dengan sistem itu. Sindiket ini berjaya menjual sistem mereka kepada lima pelanggan yang berpangkalan di China dan semua pembayaran dilakukan dalam mata wang USDT (mata wang kripto),” katanya.

Sementara itu, Ramli berkata pihaknya turut menumpaskan sindiket pusat panggilan menawarkan perkhidmatan penyiaran penipuan kepada warga China di Taman Maluri Cheras, 12 April lepas, dengan penahanan lima individu terdiri daripada dua lelaki tempatan dan tiga lelaki warga China berusia 28 hingga 33 tahun.

“Mereka berperanan sebagai penyelia dan pegawai perkhidmatan pelanggan di pusat panggilan. Dua daripada lima individu yang terlibat telah didakwa di mahkamah pada 16 April mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan manakala tiga individu yang lain telah dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket itu menawarkan pakej siaran televisyen, drama dan filem palsu yang menumpukan kepada warga China.

Pusat panggilan bekal sistem kepada ‘scammer’ China digempur – Polis

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan kegiatan pusat panggilan yang disyaki berperanan sebagai pembekal sistem rekod untuk sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa dalam kalangan warga China.

Kegiatan terbongkar susulan serbuan ke atas sebuah premis di Cheras pada 10 April lalu, dengan lapan individu terdiri lima lelaki dan dua wanita China serta seorang wanita Vietnam ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, selain membekalkan sistem rekod, pusat panggilan yang dipercayai beroperasi sejak Mac lalu itu turut menjalankan khidmat mengira wang bagi sindiket penipuan dalam talian khususnya membabitkan penipuan tawaran pekerjaan.

“Mereka berperanan sebagai pengaturcara dalam sistem pengurusan kewangan untuk sindiket penipuan dalam talian dengan bayaran RM1,000 sebulan dikenakan untuk menggunakan sistem ditawarkan.

“Mereka juga bertanggungjawab menyelesaikan semua isu berkaitan sistem yang dihadapi sindiket penipuan,” katanya ketika sidang media khas hari ini.

Ramli berkata semakan mendapati sindiket berjaya menjual sistem kepada lima pelanggan di China, dengan semua pembayaran dilakukan dalam USDT (mata wang kripto) dan akan disimpan dalam akaun e-dompet disediakan majikan mereka di China.

Selain tangkapan lapan individu, berkata berkata, polis turut empat komputer riba, dua monitor, 10 telefon bimbit, sebuah modem, sebuah router dan wang tunai berjumlah RM3,122.

“Enam daripada lapan individu yang ditahan sudah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 16 April lalu di bawah Seksyen 120(2) Kanun Keseksaan, manakala dua lagi dilepaskan tanpa syarat,” katanya.

Dalam serbuan berasingan pula, Ramli memaklumkan pihaknya menumpaskan sindiket pusat panggilan menawarkan perkhidmatan penyiaran penipuan kepada warga China di Taman Maluri di Cheras sini, pada 12 April lalu.

“Siasatan mendapati sindiket menawarkan pakej penyiaran televisyen, drama dan filem palsu yang menumpukan kepada warga China.

“Lima individu terdiri dua lelaki tempatan dan tiga lelaki China berusia antara 28 dan 33 tahun ditahan dan mereka ini berperanan sebagai penyelia dan pegawai perkhidmatan pelanggan di pusat panggilan.

“Dua daripada lima individu terbabit didakwa di mahkamah pada 16 April di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan, manakala tiga lagi dijadikan saksi pendakwaan,” katanya.

研发系统租同行一起骗 这个诈骗集团很有“生意头脑”
2024年04月19日

警方瓦解2国际诈骗集团 南利(左二)向媒体展示警方起获的电脑器材和现款等。

(吉隆坡19日讯)除了靠骗“找吃”,如今还“输出”技术,诈骗集团越来越先进!

警方最近在蕉赖地区瓦解两个国际诈骗集团,意外发现他们的“业务”版图越来越广,竟然还能开发一个财务管理系统,提供其他“同行”使用,以记录和计算不义之财。

据了解,集团还负责为客户处理所有与该系统相关的问题,截至目前,他们已将系统出售给5名中国客户,每月的收费是1000令吉。

武吉阿曼商业罪案调查部总监拿督斯里南利今日召开记者会说,警方根据情报,本月10日率队到蕉赖某单位展开突击,瓦解一个诈骗集团设立的呼叫中心基地,共逮捕中国籍5男2女,及1名泰国籍女子。

他指出,该呼叫中心从今年3月开始活跃,其任务是专门开发维修和提供诈骗集团一个记录和计算不义之财的财务管理系统。

“诈骗集团设下打工骗局,诈骗中国人,集团利用该呼叫中心提供的系统,来记录和计算诈骗得来的金钱。”

“如果要使用这个系统,诈骗集团就要每月缴付呼叫中心1000令吉。”

他透露,该呼叫中心迄今已将该系统卖给5名中国“客户”,所有费用是以加密货币方式支付,并通过电子钱包汇款。

“其中6名嫌犯已在刑事串通罪名下,于前天被控上庭,余者则获释。”

提供广播配套 专骗中国人

警方也于本月12日率队突击蕉赖马鲁里花园某单位,瓦解一个以提供广播服务配套如电视节目和影视剧为手法,专门骗中国人的不法集团。

南利说,警方在行动中逮捕2名本地男子和3名中国籍男子。

他指出,该集团不仅负责管理和记录骗款的汇款交易,也提供假广播服务配套,趁机骗钱。

“其中2名嫌犯已在刑事串通罪名下被控,其余3人则转当控方证人。”

2024.4.5, “XTRADE”投资中心诈骗案 警捕40名男女
柔佛州总警长古玛周五下午发出文告,宣布警方侦破以“XTRADE”投资中心为名的投资骗局。
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS JOHOR
TANGKAPAN ‘CALLING CENTRE’ SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD

(新山5日讯)犯罪集团以“XTRADE”投资中心为名、高利润美金回酬为饵,设投资骗局骗取受害者金钱,惟最终遭警方一网打尽,共有40名涉案者被捕,多台电脑等器材也被充公。

柔佛州总警长古玛今午发文告表示,武吉阿曼警察总部联合柔州警察总部于昨早10时,在新山一家商业单位展开突击搜查行动,捣毁上述集团所设的呼叫中心。

“初步调查显示,这个呼叫中心向受害者献议不存在的投资项目,进而骗取受害者的金钱。

他指出,警方共逮捕40名年龄介于22至50岁的本地籍男女,即15名男子及25名女子。

他说,警方在行动中也起获41台电脑、46台手机、1台数据机,以及1台联网设备。

关于犯罪集团的干案手法,他表示,犯罪集团通过各社媒,如脸书、IG、优管频道等,展开连串广告和促销活动,以吸引受害者上钩。

“犯罪集团佯称若投资最低100美金,将获投资本金50%至100%的报酬。受害者看了广告心动后,就联系有关广告上列明的手机号码。”

另外,他指出,犯罪集团为掩人耳目,特地注册了一家公司,并以公句名义办活动,以备在执法当局上门调查时作为幌子。

据他透露,犯罪集团相信将目标锁定为外国人。

他呼吁不慎掉入骗局的人士主动报警,警方正在追踪受害者的相关资料。

“警方援引刑事法典第420(欺骗)条文查案,在这项条文下罪成者将被判处监禁不少过1年、不超过10年,以及施以鞭笞和罚款。”

40 HELD IN RAID ON SCAM CALL CENTRE IN JOHOR

JOHOR BAHRU, April 5 (Bernama) — Johor police have detained 40 individuals over alleged involvement with a syndicate offering non-existent investment following a raid on a business premises used as a call centre in this city yesterday.

State police chief CP M. Kumar said that 15 men and 25 women aged 22 to 50 were nabbed in a raid conducted jointly by Bukit Aman and Johor police at 11.10 am.

“The modus operandi of this syndicate is to target victims from abroad. They offer ‘XTrade’ investments across various social media platforms such as Facebook, Instagram and YouTube.

“Customers were promised lucrative returns of between 50 and 100 per cent of the amount invested,” he said in a statement today.

Kumar said the police also seized equipment used by the syndicate including 41 sets of computers, 46 mobile phones, a modem and a router.

“Initial investigations revealed that the syndicate has been operating under the guise of a registered local company to avoid detection by the authorities,” he said.

The case is being investigated under Section 420 of the Penal Code.

2024.3.29,设“钱骡”户头用作行骗 银行职员等16人落网

(莎阿南29日讯)银行职员与不法集团勾结,里应外合开设多个“钱骡”户头,结果在活跃半后遭警方捣毁,华裔首脑也落入警网。

据悉,这个不法集团以500 令吉收购银行户头及银行卡,再以高价转卖给犯罪集团;然而,警方还是侦破这起案件,共16人落网,包括两名银行职员。

雪州总警长拿督胡申指出,警方是于本月20至22日率队到鹅麦一带前后逮捕16人(20至30余岁)助查,其中包括1华裔首脑(31岁)、巫裔9 男2 女、印裔2 男1 女以及1 名尼日利亚籍女子。

他说,上述落网者中,各扮演不同角色,包括跑腿以及与银行交涉的中间人。

他透露,警方在行动中起获了31部手机、30张来自7 家银行的提款卡、打印机、手提电脑和文件。

警方初步调查发现,有关不法集团于半年前活跃。

他也揭发这个不法集团以500 令吉向持有者买下个人银行户头和提款卡,另外以1500令吉买下公司银行户头,再以8000令吉转卖给诈骗集团用作行骗。

“只要是够资格开设银行户头和申请提款卡的人士,皆是该集团的目标。”

他说,在调查两名银行职员后,发现他们为了完成业绩,协助非法集团通过40个银行户头的注册申请。

他指出,其中5 个银行户头,在全马涉及15宗网络骗案,损失金额达230 万令吉,并在过去2 个月涉及非法转账交易。

他说,警方是援引刑事法典420 条文(欺骗)及120B条文(刑事串谋)调查此案。

Pegawai bank jadi tali barut sindiket scam

Hussein menunjukkan barangan yang dirampas daripada sindiket tersebut.

SHAH ALAM – Kejahatan dua pegawai bank bersekongkol dalam sindiket pembelian dan penjualan akaun bank bagi tujuan aktiviti ‘scam’ sejak enam bulan lalu terbongkar selepas ditahan polis, baru-baru ini.

Mereka adalah antara 16 individu termasuk wanita warga Nigeria berusia 20 hingga 30-an yang ditahan sekitar Lembah Klang dan Gombak antara 20 hingga 22 Mac lalu.

Turut ditangkap adalah seorang suspek dipercayai dalang sindiket dengan semakan mendapati pernah ditahan pada tahun 2021 atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak enam bulan lalu dan terlibat dalam jenayah seperti ‘love scam’ dan penipuan panggilan.

Tegasnya, modus operandi sindiket adalah membeli akaun bank dan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) daripada mana-mana individu pada harga antara RM500 hingga RM1,500.

“Hasil siasatan awal terhadap dua pegawai bank bekerja sebagai Mobile Deposit Specialist (MDS) mendapati mereka berbuat sedemikian bagi mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.

“Malah, mereka menerima pendaftaran akaun bank daripada individu tanpa membuat semakan menyeluruh dengan 40 akaun dibuka oleh dua pegawai bank itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati ada dalam kalangan suspek berperanan sebagai ‘collector’ kad bank, ‘runner’ yang mencari individu yang mahu membuka akaun serta orang tengah antara sindiket dengan pegawai bank tersebut.

Tambah Hussein, terdapat juga beberapa kes suspek membawa pemilik akaun ke mana-mana pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendaftar syarikat.

Ini bagi membolehkan pemilik akaun berkenaan membuka akaun bank syarikat dengan pihak bank bagi tujuan aktiviti penipuan pihak sindiket.

“Siasatan juga mengenal pasti lima akaun telah terlibat dalam 15 kes penipuan atas talian dengan melibatkan kerugian RM2.3 juta di seluruh negara.

“Kesemua transaksi ini telah berlaku di antara Februari hingga bulan ini. Selain itu, polis turut merampas 31 unit telefon bimbit, 30 keping kad ATM pelbagai bank, sebuah mesin pencetak, sebuah komputer riba dan sebuah fail yang mengandungi pelbagai dokumen,” ujarnya.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada pegawai bank lain yang bersubahat dengan sindiket tersebut dan usaha memburu suspek lain sedang giat dilakukan polis.

“Kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KPJ) dengan kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan,” katanya.

2024.3.26,(八打靈再也26日訊)靈市地區詐騙罪案高居不下,去年靈市警方共接獲4017宗投報,涉及金額高達逾1億令吉,而今年首3個月數據也出現上漲的情況,開年不到百日就接獲1211宗投報,涉及金額高達千萬令吉,平均每日接獲約14宗詐騙投報。
八打靈再也警區主任沙魯尼占助理總監於今午召開新聞發布會時指出,警方數據顯示,去年靈市警方共接獲4017宗詐騙案投報,損失金額高達1億1101萬5353令吉87仙。
他說,針對所接獲的詐騙投報,警方在展開調查後共逮捕754名嫌犯助查,包括391名巫裔、238名華裔、96名印裔及12名其他種族,當中男嫌犯占了多數,共544人。
他指出,其中406名嫌犯已在刑事法典第424(不誠實轉移或隱瞞財產)條文及1955年輕微犯罪法令第29(1)(非法擁有贓物)條文下被提控上庭。
沙魯尼占坦言,靈市警方對涉及詐騙的罪案深感擔憂,因數據顯示每年的詐騙案都有上升的趨勢,今年起截止昨日,警方已接獲1211宗投報,涉及金額為1313萬6108令吉。

4,017 scam cases recorded in PJ last year with losses totalling RM111mil, says OCPD

PETALING JAYA: A total of 4,017 online scam cases were recorded in the police district last year, resulting in RM111mil in losses.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Shahrulnizam Ja’afar said as of March this year, 1,211 online scam cases have been recorded so far.

“The losses are about RM13.1mil,” he told a press conference at the PJ police headquarters on Tuesday (March 26).

Between January last year and March this year, a total of 754 suspects have been detained, he said.

“The suspects consist of 544 males and 210 females.

“So far, a total of 406 suspects have been charged for online scams since last year,” he said.

ACP Shahrulnizam said scammers have used various modus operandi including duping victims through job scams, investment scams and loan scams.

“We remind the people in PJ to be wary of tactics used by scammers.

“Stay vigilant and don’t be easily fooled by online scam tactics,” he said.

He also advised the public to contact the police should they have any information on criminal activities, especially scams.

“Always refer to legitimate sources and authorities if they have any queries pertaining to scams.

“If an investment offer is too good to be true, then most probably it is a scam,” he added.

Sudah RM13 juta kerugian akibat penipuan dalam talian di PJ tahun ini

Petaling Jaya: Sebanyak 4,017 laporan berkaitan penipuan dalam talian mengakibatkan kerugian lebih RM111 juta direkodkan Bahagian Siasatan Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, bagi tahun ini pula, sebanyak 1,211 laporan diterima sehingga Mac ini yang membabitkan kerugian lebih RM13 juta.

“Jumlah tangkapan berkaitan kes penipuan dalam talian ini adalah seramai 754 orang termasuk 210 wanita.

“Seramai 406 suspek dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Shahrulnizam berkata, antara modus operandi penipuan dalam talian ialah pelaburan tidak wujud, tipu belian online, ‘Love Scam’, tipu kerja sambilan dan pinjaman tidak wujud.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa ambil tahu trend modus operandi terkini penipuan dalam talian dan tidak mudah terjerumus menjadi mangsa kepada sindiket penipuan.

“Orang ramai juga dinasihatkan jangan menyerahkan kad pengeluaran tunai kepada pihak lain kerana jika wang hasil penipuan masuk ke dalam akaun, anda akan didakwa di mahkamah.

“Sentiasa merujuk kepada bank atau balai polis berdekatan untuk kepastian dan jangan mudah percaya dengan tawaran keuntungan luar biasa ini,” katanya.

2024.3.22,森州警方侦破“AH CHEN”投资计划诈骗集团,涉及网络投资计划诈骗活动的6名中国籍男子落网助查。
该集团在马来西亚设立“大本营”,以住家单位作为“呼叫中心”,且使用手机应用程式“拼多多”及“QQ”进行不存在的投资计划;而该集团主要受害者为中国人。
森州总警长拿督阿末查菲尔发文告表示,警方在3月20日接获情报后,芙蓉警区商业罪案组警员在芙蓉新城展开突击行动,成功侦破网络投资诈骗集团。
他说,警员在展开地毯式搜索后,在现场逮捕了涉及网络诈骗活动的6名中国籍男子,年龄介于27岁至36岁期间。
他指出,所有嫌犯昨日已经被押往芙蓉法庭申请延扣,获得批准4天,扣留期从3月21日至24日,以协助调查。
他披露,警方援引《刑事法典》第420(欺骗)条文、《刑事法典》第120(b)(刑事串通)条文及1959/1963年移民法令第 6(1) (非法进入及逗留)条文。
他称,警员在现场也起获了14部手机、一部电脑、一部笔记本电脑、一部打印机、一部WiFi路由器、14张手机预付卡、本笔记簿及13份文件。
阿末查菲尔续说,根据初步调查,该集团是从今年3月份甫开始运作,“大本营”是以围篱住宅区单位改造为宿舍及办公室。
他说,该集团成员主要任务是让受害者投资黄金和药品投资计划,据悉,这些计划在中国确实存在。
“涉及者以高回酬吸引受害者进行投资, 然而在他们投资后,则将以各种理由拒绝支付回酬,直到受害者无法联系该集团为止。”
阿末查菲尔披露,尽管该集团的活动不涉及我国人民,特别是森州人民,但他提醒民众不要轻易被高回酬诱惑,而进行网上投资计划。

Police cripple ‘Geng Ah Chen’ investment scam syndicate

State police chief Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof said that during the raid, police seized several items, including 14 mobile phones, a computer, a laptop, a printer and one WiFi router, as well as two note books and 13 sets of scripts.

SEREMBAN: Negri Sembilan police believe they have crippled an investment scam syndicate known as Geng Ah Chen following the arrest of six men, all Chinese nationals, here on Wednesday.

Acting on surveillance and investigation into illegal investment activities, the suspects, aged between 27 and 36, were arrested when a team from the Seremban district police’s Commercial Crime Investigation Division raided a house in Seremban 2 here.

State police chief Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof said that during the raid, police seized several items, including 14 mobile phones, a computer, a laptop, a printer and one WiFi router, as well as two note books and 13 sets of scripts.

“Investigation showed the syndicate has been operating since early March.

“It was operating in a gated residence, which serves as a hostel and a calling centre. The syndicate ran its activities using online messaging applications Pinduoduo and QQ,” he said in a statement today.

Preliminary investigation, he said, showed members of the syndicate targeted Chinese nationals and would get their victims to invest in a fake gold savings scheme and medicine, which supposedly came from China.

He added that the suspects have been remanded for four days until this Sunday to facilitate an investigation into the case under Sections 420 and 120 (b) of the Penal Code.

“They will also be investigated under Section 6 (1) of the Immigration Act 1959/63,” he said.

2024.3.12,4人遭诈骗逾11万令吉 警方逮4“钱骡”破案

4名年龄介于31岁至54岁的男女成为诈骗集团“钱骡”,导致4名受害者损失超过11万3000令吉,4名嫌犯已遭西南县商业罪案调查组逮捕。

西南县警方周二通过脸书帖文指出,其中50岁男子涉嫌在峇六拜网上兼职骗局,导致受害者分批转账6万5964令吉92仙至他的户头。

至于另一名被逮捕的31岁男子,涉嫌峇央峇鲁网上招聘兼职骗局,而受害者通过线上转账6次至不同户头,前后共损失3万1629令吉。

“另一名被捕的54岁女子,涉嫌峇央峇鲁网上社交媒体电话诈骗,而受害者也通过线上转账13次,共6600令吉至4个不同户头。

此外,另一名被逮捕的39督男子涉嫌线上”招聘兼职“骗局,而受害者转账9269令吉70仙到不同户头。

上述4宗“钱骡”案,警方援引刑事法典420条文(欺诈)展开调查。

Polis tahan 4 keldai akaun sindiket penipuan babit kerugian lebih RM100,000

BALIK PULAU: Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki menjadi ‘keldai akaun’ kepada beberapa sindiket penipuan sehingga menyebabkan empat mangsa mengalami kerugian lebih RM113,000 dalam serbuan berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata dalam kes pertama, polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa bagi urusan mendapatkan komisen kerja dalam talian melibatkan kes di Bayan Lepas.

“Berdasarkan siasatan mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun bank suspek dengan jumlah keseluruhan RM65,964.92 dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun kerana menjadi keldai akaun kepada sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud membabitkan mangsa di Bayan Baru.

Katanya dalam kes tersebut mangsa telah membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank lelaki terbabit berjumlah RM31,629.

Kamarul Rizal berkata bagi kes ketiga, seorang wanita berusia 54 tahun ditahan selepas dipercayai terlibat dalam sindiket ‘phone scam’ melalui aplikasi TikTok dengan mangsa membuat 13 transaksi dalam talian ke akaun bank berbeza keseluruhan berjumlah RM6,600.

“Kes keempat melibatkan penahanan lelaki berusia 39 tahun yang menjadi keldai kepada akaun sindiket urusan kerja sambilan dalam talian tidak wujud dengan mangsa membuat transaksi dalam talian ke akaun bank keseluruhan berjumlah RM9,269.70,” katanya.

Menurutnya kesemua yang ditahan melibatkan sindiket penipuan berbeza dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

2024.3.9,16猪仔获救回国后又出国 苏海里:或已受训成诈骗中介
苏海里透露,警方怀疑16名获救回国后再出国的“猪仔”,或已受训成为诈骗集团的中介,诱骗更多人上当。

(吉隆坡9日讯)早前警方揭露,有16名“猪仔”获救回国后仍学不乖,再次“出国打工”,如今全国警察刑事罪案调查总监拿督斯里苏海里直言,警方有理由怀疑,这16人或是受过专业训练的诈骗集团分子。

苏海里指出,警方怀疑他们在回国后当起诈骗集团的中介,诱骗更多本地人上当,成为海外高薪招聘骗局的受害者。

“一般人如果被诈骗集团诱骗到国外搞诈骗的话,获救回国后心里会有阴影,不会再轻易上当,但这16人的举动却是反常,相当令人怀疑。”
苏海里也揭露,当他们获救回国后面对警方录供时,他们的问答彷佛有经过练习一般的痕迹,让警方不禁对他们起了疑心。

“无论如何,警方将会继续监督这些人的行踪。”

他是在今早,出席位于敦依斯迈医生花园社区礼堂举行的警民对话会后,在新闻发布会上向媒体这么指出。

此外,他也强调,这些获救的“受害者”回国后再出国并不犯法,但若他们涉及诈骗活动的话,警方会在掌握足够证据后,将他们绳之以法。

较早前,全国警察刑事罪案调查副总监(调查/法律)拿督鲁斯迪在砂拉越古晋出席出席反贩卖人口及反贩运移民法令(ATIPSOM)课程结业礼后揭露,有16名海外高薪招聘诈骗的受害者获救回国后,再度被老千的圈套吸引而出国进行诈骗。

他也表示,警方不排除这些人当中,有者成了诈骗集团的干部。

‘Lakonan’ hebat ejen scammer kerja kosong luar negara

Mohd Shuhaily Mohd Zain bercakap pada sesi Libat Urus JSJ bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI hari ini.

Kuala Lumpur: `Lakonan padu’ apabila ada mangsa penipuan tawaran kerja di luar negara yang diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebenarnya adalah orang tengah atau ejen sindiket tawaran kerja di luar negara.

Mereka yang diselamatkan ini adalah ejen yang direkrut sindiket penipuan sebagai usaha memperdayakan lebih ramai lagi individu untuk bekerja di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, mereka ini dikesan hasil siasatan susulan Bahagian Anti Pemerdagangan Manusia dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) terhadap mangsa-mangsa lain yang diselamatkan termasuk mereka yang diselamatkan di Kemboja dan Myanmar

“Kita lihat ada beberapa daripada mereka yang pernah keluar ke negara lain dalam konteks yang lebih kurang sama (kerja di luar negara) tetapi apabila dipanggil, standard jawapan seperti dilatih

“Jadi kita menggunakan risikan dan memantau pergerakan mereka. Ada antara mereka yang kembali ke negara kita kenal pasti banyak terbabit dengan ‘job scam’ (penipuan pekerjaan) dengan kata lain mereka menjadi ejen rekrut kepada sindiket penipuan pekerjaan,” katanya pada Sesi Libat Urus JSJ Bersama Masyarakat di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail(TTDI) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Deputi Komisioner Fadil Marsus.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesan 16 individu sudah keluar semula ke negara yang terbabit dengan penipuan pekerjaan.

“Susulan itu, PDRM sudah memaklumkan situasi berkenaan kepada kementerian bagi menilai prosedur pengeluaran dokumen perjalanan mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara,” katanya.

Sebelum ini, PDRM memaklumkan seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Februari lalu, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.

Kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos dan daripada kajian yang dijalankan 73 peratus bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak.

2024.3.1 联邦刑事调查局副局长拿督鲁斯迪莫哈末伊萨表示,自2021年以来,警方已解救了326名滞留在海外的马来西亚工作诈骗受害者。他说,从2021年至今年2月23日,警方共收到354起就业诈骗举报,涉及459名受害者。周五(3 月 1 日),他在《2007反人口贩运和偷运移民法》执行课程闭幕式后举行的新闻发布会上说:“其中,仍有 133 名受害者滞留在海外。”鲁斯迪 表示,大多数案件涉及柬埔寨、缅甸、泰国和老挝的就业诈骗,还有几起案件发生在阿拉伯联合酋长国和菲律宾。根据一项研究,他表示 73% 的受害者最终从事诈骗工作,12% 从事客户服务工作,8% 从事赌场工作,7% 从事厨师或其他工作。

Over 320 Malaysian job scam victims rescued since 2021, say cops

KUCHING: Since 2021, police have rescued 326 Malaysian job scam victims who were stranded overseas, says Federal CID deputy director Deputy Comm Datuk Rusdi Mohd Isa.

He said police received 354 reports on job scams involving a total of 459 victims from 2021 to Feb 23 this year.

“Of the total, 133 victims are still stranded overseas,” he told a press conference after the closing ceremony of an enforcement course on the Anti-Trafficking in Persons and Smuggling of Migrants Act 2007 here on Friday (March 1).

The course, attended by 48 senior police officers from Sabah and Sarawak, was officially closed by Sarawak police commissioner Comm Datuk Mancha Ata.

DCP Rusdi said Sarawak police received 54 reports involving 83 job scam victims over the same period.

He said 64 victims were rescued and brought back to Sarawak while 19 were still overseas.

“The victims mostly fell for fake job advertisements on social media offering jobs in casinos or resorts overseas.

“Upon arriving in the country, they ended up being forced to work as scammers among others,” he said.

DCP Rusdi said the most cases involved job scams in Cambodia, Myanmar, Thailand and Laos, while several were in the United Arab Emirates and the Philippines.

Police have confirmed that at least 16 Malaysians, initially “rescued” from overseas job scams, had left the country with the intention of becoming scammers themselves.In the press conference, Bukit Aman Criminal Investigation Department (CID) Deputy Director (Investigations/Legal) DCP Datuk Rusdi Mohd Isa revealed that these individuals, despite being brought back to Malaysia, expressed a continued desire to work abroad.As of now, the whereabouts of these 16 individuals remain unknown, as they have not returned to Malaysia.“These individuals were unemployed and managed to secure jobs overseas as scammers or recruiters. However, upon returning to Malaysia, they find themselves unemployed again and still express a desire to work overseas,” explained DCP Rusdi.

Based on a study, he said 73% of the victims ended up working as scammers, 12% in customer service, 8% in casinos and 7% as cooks or other jobs.

He also said police were working non-stop to combat job scams through strategies such as focusing investigations on recruiters for syndicates in Malaysia and collaborating with relevant agencies to rescue victims.

“The best way to combat job scams is to increase awareness among the public,” he said.

326 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan

KUCHING, 1 Mac: Seramai 326 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara berjaya diselamatkan dari tahun 2021 hingga 23 Feb lepas, manakala 133 orang masih terkandas di luar negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.

“Daripada kajian yang dijalankan 73 peratus bekerja sebagai scammer, 12 peratus sebagai petugas khidmat pelanggan, lapan peratus bekerja di kasino dan tujuh peratus menjalankan pelbagai pekerjaan seperti tukang masak dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Kursus Penguatkuasaan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) Zon Sabah dan Sarawak tahun 2024 di sini, hari ini.

Rusdi berkata antara faktor utama yang membuat mangsa dipengaruhi dan diperdayakan untuk bekerja di luar negara iaitu faktor tarikan tawaran gaji lumayan serta mangsa yang hilang punca pendapatan.

“Mengikut trend semasa, mangsa-mangsa ini terpengaruh dan diperdaya dengan iklan-iklan tawaran pekerjaan di laman sosial contonya seperti Facebook,” katanya.

Mengenai Sarawak, beliau berkata negeri ini merekodkan 54 kes jenayah penipuan tawaran pekerjaan melibatkan 83 mangsa sejak 2021 sehingga 23 Februari ini.

Daripada jumlah itu, 64 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Sarawak manakala 19 mangsa masih terkandas di negara destinasi.

2024.2.1 MUDA前万达镇州席候选人林慧娴(Abe Lim)照片被冒用诈骗,多人蒙受财务损失甚至频临要自杀

(吉隆坡1日讯)大马民主联合阵线(MUDA)前万达镇州席候选人林慧娴(Abe Lim)照片被冒用诈骗,多人蒙受财务损失甚至频临要自杀!

林慧娴针对身分被冒用诈骗,导致多人财务损失一事,于今天中午前往警局报案,并在Instagram社交媒体帐号分享此事警惕网民。

她在贴文中表示,她几乎每天都会收到一些陌生人传来信息,尤其自称与她有男女朋友关系的男子。

“他们很愤怒,很困惑,有些人想要退钱——他们说寄给我的钱是用于日常开支、医院帐单或帮助亲戚。”

她直言,最初,她都选择忽略这些讯息,因为她已清楚地知道她本身不曾与这些人有过任何互动。

“然而,随著越来越多受害者讲述类似故事,真相变得逐渐清晰。原来一直以来,有不法集团设立骗局冒用我的名义,并已造成严重后果。”

她透露,有些人损失高达44万2000美元(209万令吉),其他人平均损失约2000美元(近1万令吉),最惨有些已濒临自杀边缘。

她表示,当她意识到本身的照片,被人以诈骗方式伤害别人,令她非常难过和心碎。对造成受害者的损失和情感困扰感到非常遗憾。

“为解决这个问题,我已向警方报案。另外,我想澄清一下,我不是朵拉、安娜、夏月或其他与任何诈骗事件有关的名字的人。”

她重申,希望这篇文章有助于澄清并防止身分继续被利用。

另外,警方敦促大马公民,如果怀疑自己成为诈骗事件的受害者,请在 24 小时内致电 997 联系国家诈骗应对中心 (NSRC)。

Abe 亲笔

Almost every day, I get messages from men who believe they are in a relationship with me. They are angry, confused, and some want their money back – money they say they sent me for investments, charity, daily expenses, hospital bills, or to help relatives.

Initially, I ignored these messages, knowing clearly it wasn’t me they were actually interacting with. But as more victims came forward with similar stories, the reality of the situation became clear. These scams, run by an organized group, have had serious consequences. Some men have lost as much as $442,000, others around $2,000, and tragically, a few have been driven to the brink of suicide.

It’s heartbreaking to know that my pictures were used in this deceitful way to harm these men. I feel incredibly sorry for their losses and emotional distress.

To address this, I’ve made a police report. Also, I want to clarify that I am not the person known as Dora, Anna, Xia Yue, or any other name that might be associated with these incidents.

I hope this post helps to clarify the situation and prevent further exploitation.

For Malaysians: Call 997 to reach out to the National Scam Response Centre (NSRC) within 24 hours if you suspect you have fallen victim to a scam.

2024.1.31 中国商人访马惊魂26小时-遭马中诈骗集团禁锢勒索

元旦日勒索禁锢26小时惊魂!

事主(中)叙述自己遭遇时,也透露自己曾遭虐打,左起游佳豪与李文彬(右)。

41岁中国商人前来大马寻找投资商机实地考察期间,遭以女同胞为首的马、中诈骗与勒索集团成员盯上,以介绍投资项目和认识“拿督级商人”为由,短短3周内诈骗20万令吉,复在商人觉得可疑后,将他禁锢与虐打,复向他勒索15万令吉和恫言将他“卖猪仔”!

这名来自山东省的事主郎秀钽,周三在莲花苑州议员游佳豪与安邦再也市议员李文彬的陪同下,于记者会揭露案情始末。

事主曾从事自媒体,如今从事出口贸易,他于去年12月9日前来大马进行实地考察,以作为中国商会在大马投资药材、电子产品、旅游地产等后续的首选。

他说,待4、5天后,他前往某著名旅游地点,并向当地柜台人员实地了解当地业务后,突有自称有关旅游景点的官方工作人员,衣著端正的的中国人上前,表示可以向事主介绍当地和参观,并以方便他出入为由,为事主提供贵宾级的酒店客房服务,还派人全程24小时陪同与为他服务。

他引述对方的话,指可以介绍和安排本地“大佬”见面,以致诱导他支付一些20万令吉“公关费”;待12月31日他因没有任何接到任何后续,才决定终止合作,并强烈表达要求离开当地。

翌日午夜零时30分至凌晨1时之间,两名中国人与两名本地华人以带他前往首都用餐为由,将他骗上车后,便露出真面目和勒索15万令吉。

“对方在首都时威胁指他与警方关系良好,并说:‘若不配合可以给你打毒品,可以给你卖给印度人,可以把你卖给诈骗公司,卖到那边他们就会付钱给我,如果你是聪明人,你就自己付掉。’”

事主拒绝就范,而遭对方抢走手机、证件与值钱财物,复遭安排给两名印裔人,两人乘车载他一两小时后,又有另一名巫裔人士现身,指这两名印裔人士要向他另勒索20万令吉;事主再度拒绝后,就遭押送到加影某公寓出入口处的保安室内禁锢。

“我曾遭大水管虐打背部,额头遭攻击受伤;且四肢遭胶带和绳子捆绑,复禁锢在保安房间,但仍在挣扎下脱困,第一次用脚揣门到用椅子把连接打断,不超过15秒。”

“当时是2日的凌晨4时之前,有4名印裔保安员发现和追我,惟恰好有一名巫裔男子骑摩托车经过,并把我载到车程5分钟左右的加影警局求助。”

事主与对方相识两周以来,遭对方得知他的银行资料,以致遭对方诈财,还遭使用酷刑虐打与勒索。

他指,在双方相识三、四天后,他同意支付一笔10万令吉的费用,而对方也因而得知他手机上的银行资料,包括有八十多万人民币存款。

他坦承,在支付第一笔钱后,他已感觉对方不靠谱,因此曾婉拒合作,也不计较有关款项的付出,但对方虽同意,却还是安排一名本地华人跟他进出。

他较后因一直有人上前与对方结识,且在本地的投资相对而言甚便宜,而被说服并在八、九天后,第二次再支付10万令吉。

他说,在离开当地前的这段期间,他被安排到当地著名地标参观,且一直自付膳食。

他补充,他共面对的人数超过10人,分别是一名中国女性首脑、六七名中国男性、3名本地华人,与两印裔人士。

事主报警时却被诬赖是赌博欠债所致,他不满并指即使确有其事,也不需要走到勒索和禁锢这一地步。

他说,他在前往警局后,获得一名警察提供食物,给已饿了一天多的他,随后被告知需待清晨6时许执勤的警察为他录取口供。

较后,他却被告知此案交由文冬警方处理;在无法可施之下,他只好联络大馆求助,并与后者提供的执业律师商量两天后,便听取警方的指示。

不过,他在报警时却被告知他因涉及借贷活动,而欠债后才发生此事。

“我即使在赌博或借钱,就可以绑架勒索吗?后来警方接受和录取口供,但对方指此案交由加影,迄今没有任何下文。”

事主不满大马警方调查迄今超过3周仍无下文,并非议警方在查案过程中有推卸责任之嫌。

2024.1.29 (吉隆坡)大马皇家警察就涉及超过4070万令吉的加密货币投资诈骗案开启多达49份调查文件。

Polis Johor
2024.1.29周一

KualaLumpur – Polis Diraja Malaysia membuka sebanyak 49 kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan mata wang kripto accerx melibatkan kerugian lebih RM40.7 juta.

Sinar Harian

Polis siasat penipuan kripto libat kerugian lebih RM40 juta
28 Januari 2024

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia membuka sebanyak 49 kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan mata wang kripto dikenali Accerx melibatkan kerugian lebih RM40.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 45 daripada 49 kertas siasatan dilaporkan dalam tempoh sembilan hari.

“Ia termasuk kerugian terbesar yang dialami oleh seorang wanita berusia 80 tahun kerugian RM10.4 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan itu di Perak, pada Jumaat lalu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan mangsa warga emas itu disyaki mula menyertai skim pelaburan terbabit setelah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mempromosikan skim berasaskan mata wang kripto.

Ramli dilaporkan berkata, melalui kumpulan itu, mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto.

Mangsa kemudian diminta membuat bayaran balik setelah pembelian kripto berjaya.

Terpedaya dengan helah digunakan, mangsa telah membuat 13 transaksi ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat berjumlah RM10.4 juta.

Katanya, mangsa mula sangsi dengan kesahihan pelaburan itu apabila diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

Dalam kes berlainan, JSJK turut menerima laporan pada 18 Januari membabitkan kerugian RM1.2 juta daripada seorang pesara berusia 74 tahun yang terlibat dalam pelaburan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


评论

发表回复

您的电子邮箱地址不会被公开。 必填项已用 * 标注